Setiap umat Islam pastinya mahu menghabiskan kehidupan di dunia dengan husnul khotimah iaitu pengakhiran yang baik serta diredhai oleh Allah S.W.T.
Oleh kerana itu, kita disarankan untuk membaca doa supaya Allah S.W.T memberikan kesempatan kepada kita untuk mengakhiri perjalanan hidup kita dengan sebuah kebaikan, bukan kebinasaan. Antara doa pendek yang boleh diamalkan ialah:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِيمَهُ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيهِ
“Allahummaj’al Khoiro ‘Umrii Aakhirohu, Wa Khoiro ‘Amalii Khowaatimahu, Wa Khoiro Ayyaamii yauma Alqooka Fiihi.”
Ertinya :
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku adalah umur yang terakhirnya, sebaik-baiknya amalku adalah amal-amal penutupannya dan sebaik-baiknya hariku adalah hari saat aku menghadap-Mu.”
Doa ini tidak hanya memohon kematian yang baik sahaja, namun maknanya jauh lebih mendalam. Amal ibadah yang akan menjadi penentu baik dan buruknya hidup kita adalah amalan penutup yang akan menemani perjalanan kita di akhirat kelak. Seberapa banyak pun amalan baik yang kita lakukan dalam hidup, namun jika akhirnya kita mati dalam keadaan bermaksiat, maka yang tercatat adalah keburukan.
Sebaliknya, meskipun kita hidup dalam bergelimang dosa dan kesalahan, namun jika di akhir hayat kita mampu bertaubat, maka InsyaAllah kebaikan akan menjadi penutup kehidupan kita.
Selain itu juga, kita boleh amalkan doa ini dalam kehidupan harian kita:
اَللهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِىْ وَخَيْرَ عَمَلِىْ خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ اَيَّامِىْ يَوْمَ لِقَآئِكَ
“Allaahummaj’al Khoiro Umrii wa Amalii Khowaa Timahu wa Khoiro Ayyaamii Yauma Liqooika”.
Ertinya :
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku hingga ajal (menjemput) diriku, dan jadikanlah sebaik-baiknya perbuatanku hingga kesudahannya, dan sebaik-baiknya masaku hingga berjumpa dengan-Mu.”
Sesungguhnya, semasa kita sihat bernafas ini, jadikanlah ia sebagai amalan tambahan untuk kita mengumpul pahala supaya boleh dijakan bekalan di akhirat kelak. Semoga semua yang membaca artikel ini diberi pengakhiran ayng baik, Husnul Khotimah oleh Allah S.W.T. InsyaAllah! Selamat beramal!