Impikan Meninggal Dalam Keadaan Husnul Qotimah, Elak 4 Perkara Ini.

Share

Setiap makhluk diciptakan oleh Allah selalu berkaitan dengan batasan waktu, ada awalnya dan juga ada akhirnya. Ketika ajalnya sudah ditentukan, maka tak ada yang mampu menghalanginya.

Setiap manusia berharap agar akhir hayatnya dalam keadaan baik atau lebih dikenal Husnul Khatimah. Lantas apa tanda-tanda orang yang akan diberikan akhir hayat yang baik?
Imam Suyuthi dalam kitab Syarah As-Shudur fi Hal al-Mauta wa al-Kubur

mengutip sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Imam al-Hakim dari Sahabat Anas:

عن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا أراد الله بعبد خيراً استعمله، قيل: كيف يستعمله؟ قال: يوفقه لعمل صالح قبل الموت. رواه الترمذي والحاكم

Ertinya:
“Diriwayatkan dari sahabat Anas bahwasanya Nabi bersabda, ‘Ketika Allah menghendaki hambanya menjadi baik, maka Allah akan menuntunnya. Bagaimana Allah menuntunnya? lantas Nabi menjawab, Allah akan menuntunnya untuk berbuat hal-hal yang baik sebelum ia meninggal.’” (HR. Tirmidzi dan al-Hakim).

Imam al-Munawi dalam kitab Faidhul Qadir

menjelaskan bahawa orang yang dikehendaki oleh Allah baik akhir hayatnya akan dimudahkan untuk bertaubat dan selalu melakukan amal kebaikan. Penjelasan di atas dikuatkan oleh Ibnu al-Mulaqqin dalam Tabaqat al-Auliya’ yang mengutip pendapat ulama yang bernama Ma’ruf al-Karkhi yang menyatakan bahawa ketika Allah menghendaki hambanya menjadi baik, maka Allah akan membukakan pintu untuk selalu beramal kebaikan, serta menutup sikap malas-malasan dirinya.

Imam al-Suyuthi mengutip pendapat sebahagian ulamak yang menjelaskan bahawa ada empat hal yang menjadikan seseorang su’ul Khatimah atau mati dalam keadaan buruk, iaitu:

Meremehkan pentingnya solat

Memakan makanan atau minuman yang memabukkan.

Menyakiti hati kedua orang tua.

PIC: University Of Chicago Magazine

Menyakiti hati sesama orang muslim.

Maka dari itu, kita harus menjaga sikap agar tidak menyakiti orang lain, juga menjalankan kewajiban selagi badan masih sihat, otak masih cerdas, dan wang masih ada, tiada kesempitan hutang.

Published by
SH