Kulit yang bersinar dan bersih merupakan asas kepada kecantikan yang natural. Nasib baik kulit yang sihat, bersinar dan sihat ini mampu dicapai dengan panduan rutin penjagaan wajah yang betul.
Namun apa yang penting untuk memastikan kulit kekal sihat setiap pagi, hijabi perlulah tidur yang mencukupi. Jom hijabista kongsikan lima perkara yang wanita berkulit sihat buat setiap pagi.
Jika anda sememangnya mengamalkan rutin ini, tahniah! Anda berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit anda merengsa. Dengan cucian dua kali (pagi dan malam) ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen ini secara konsisten. Tahukah anda ianya sangat penting untuk kesihatan kulit wajah? Jangan sesekali anda skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang boleh mengakibatkan timbul tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang dan melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk melembap pada kawasan yang kering.
Tidak bermakna satu-satu produk mekap yang popular itu ideal untuk kulit anda. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan memadankan produk mekap dengan kondisi kulit anda sangat penting dalam memastikan kemaslahatan kulit wajah anda. Anda boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi anda atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan akan bahan yang boleh dan tidak boleh anda pakai.
Nota kaki : Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang berpadanan dengan kondisi kulit anda akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membuat rawatan di klinik atau spa.