Apabila berlakunya masalah teknikal seperti mikrofon imam tidak berfungsi di masjid, pastinya akan menimbulkan situasi panik buat barisan jemaah di belakang kerana dikhuatiri tidak mampu mengikuti bacaan daripada imam tersebut.
Mungkin itulah yang dirasai oleh Furqan Fawwaz yang melalui pengalaman yang mendebarkan buat dirinya apabila mikrofonnya tidak kedengaran sewaktu dia menjadi imam solat tarawih pada Ramadan pertama yang lalu.
Menerusi hantarannya di laman instagram, pemuda berusia 23 tahun ini tidak sedar akan situasi itu dan mujurlah seorang pakcik yang juga bilal masjid berkenaan telah menolongnya menghidupkan semula mikrofon tersebut.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan bilal tersebut dan mendoakan kesejahteraannya.
Selain itu, ramai juga yang kagum dengan Furqan yang merupakan seorang penyanyi nasyid ini kerana mampu menjadi imam yang baik pada usia yang muda.
sumber: instagram @furqanfawwaz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hadis Yang Harus Diajarkan Kepada Anak-Anak Sejak Kecil
Ini merupakan Hadis Nabi SAW, yang mengandungi nasihat yang harus dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Dimulakan dengan hadis ringan yang berkaitan langsung dengan pembesaran anak.
Ustaz Abu Ihsan al-atsaary, seorang Dai yang kerap membuat laporan mengenai keibubapaan Islam di saluran TV Muslim ini menjelaskan terdapat beberapa hadis yang ringkas, mudah dan mudah diingati.
Artikel Berkaitan : Lelaki Ini Sanggup ‘Jalan Kaki’ Selama Setahun Menuju Tanah Suci!
Hadis Kebersihan Sebahagian Daripada Iman
Kesucian hadis adalah sebahagian daripada iman. Sebagai contoh, mengenai isu menjaga kebersihan Rasulullah saw.
“Kebersihan itu bagian dari iman.” (HR. Muslim)
Tanda orang mukmin adalah kebersihan, baik dalam dirinya mahupun orang sekelilingnya. Galakkan kanak-kanak mengamalkan gaya hidup bersih. Contohnya, jangan buang sampah merata-rata dan jangan biarkan ia berselerak di dalam bilik, dalam rumah mahupun di kawasan sekitar.
Untuk mengamalkan disiplin yang bersih, seseorang itu mesti bermula pada zaman kanak-kanak. Kerana kita melihat bahawa kanak-kanak yang kotor tidak diajar untuk hidup bersih.Sebagai contoh, kita melihat ada kanak-kanak yang lalai dengan sampah. Mungkin itu yang dilihat oleh ibu bapanya atau gurunya.
Oleh itu, disiplin dalam pembersihan mesti dilatih. Dan kami sandarkan kepada Hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Hadis Larangan Sombong
Sombong adalah sifat yang sangat buruk. Sebab itu kita kena ajar anak-anak perkara yang berkaitan dengan perkara ini. Sama seperti Hadis Nabi tentang definisi sombong, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi kesombongan.” (HR. Muslim)
Kesombongan menghalang seorang hamba syurga. Kemudian terangkan apa itu definisi sombong. Nabi SAW bersabda:
“Sombong itu adalah suka menolak kebenaran dan senang merendahkan orang lain.” (HR. Muslim)
Dengan cara ini, anak-anak dibesarkan untuk mendengar dan menerima nasihat, untuk menegakkan apa yang betul, dan untuk memuliakan kebenaran. Kerana memperkecilkan kebenaran adalah perangai orang yang sombong. Kemudian ajar mereka menghormati/menghargai orang lain kerana sombong memperlekehkan orang lain.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Sindir & Canang Di Media Sosial Jika Suami Hanya Baca 3 Qul Masa Solat Tarawih
Penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam dan Siti Hawa, membawa kepada keturunan yang mempunyai jantina lelaki serta perempuan untuk berganding hidup menerusi perhubungan yang halal.
Suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif.
Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini.
Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya.
Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah,
“Abang. Saya tak kisah abang ulang baca ‘Qulhuallahu ahad’ pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah.
Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah.”
Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama.
TAK PERLU CANANG AIB SUAMI DI MEDIA SOSIAL
Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang.
Pada kita ianya gurauan. Namun dalam tak sedar orang yang memerhati memandang rendah pada suami kita bahkan memandang rendah pada kita yang tidak tahu menjaga aib suami.
Sokonglah suami sendiri. Walau macamana pun dia, dia tetap suami kalian yang melafazkan akad suatu ketika dahulu menerima kalian menjadi sebahagian bebanannya.
Muliakan suamimu. Muliakan suamimu. Muliakan suamimu.
Nescaya syurga menantimu di alam sana.
Sumber kredit: Mohd Fadli Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yaana Lee, Pemilik Butik LeeyanaRahman Buat ‘Surprise’ Di Bulan Ramadan Buat Ibu & Ayahnya, Hadiahkan Kereta Baru
Tiada yang menggembirakan bagi seorang anak apabila dapat membahagiakan kedua orang tuanya. Bagi pemilik jenama dan butik pakaian muslimah, Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Yaana Lee, dia berasa sangat berpuas hati kerana hasrat untuk menghadiahkan kedua ibu bapanya dengan kereta baru akhirnya menjadi kenyataan.
Berikut perkongsian Yaana.lee di laman Instagramnya. Moga kita juga berpeluang berbuat demikian untuk membahagiakan kedua ibu bapa selagi mereka masih ada.
ALHAMDULILLAH, SURPRISE Ramadhan untuk mak ayah
Dari Oct tahun lepas booking pre order kereta ni, minggu lepas baru dapat. Syukur Alhamdulillah. Kami dapat kebenaran rentas negeri tapi sehari je.
Malam ni terus balik kl. Walaupon kadang2 mak ayah kita `menolak’ tak mahu duit kita, tak mahu hadiah dari kita, namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan kita dan dlm setiap rezeki kita.
Doakan semoga mak ayah kami panjang umur dan dapat terus berdoa untuk anak2 , sebab doa ibu bapa tiada hijab disisi Allah and sangat mustajab.
Thankyou untuk semua yang membantu menjayakan surprise ni . Tq suami , tq adik beradiks . I love you.
HIJABISTA: Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas kelebihan yang diperoleh anak yang mampu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Ibnu ‘Umar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat pada waktunya.” Ditanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.” Kemudian ditanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber kredit: Instagram yaana.lee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI