Imam Muda Hassan Kongsi Doa Hindari Hasad Dengki, Bila Orang Yang Kita Dengki Dapat Nikmat, Berjumpa Dengannya & Ucapkan Tahniah

Share

Hampir setiap orang tentu pernah mengalami perasaan dengki dalam hidupnya. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stres dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia daripada penciptaNya.

Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada.

Gambar: theladders.com

Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kita sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.

Berikut perkongsian penuh makna daripada Imam Muda Hassan.

Sebusuk-Busuknya Tong Sampah, Lebih Busuk Lagi Hati Orang Yang Selalu Dengki Pada Kehidupan Orang Lain

Bahasa Arab sebut dengki tu sebagai ‘hasad’. Tapi dalam Bahasa Melayu bila sebut hasad selalunya diiringi dengan dengki. So jadilah hasad dengki.
Bermula dengan penyakit hasad dengki ini, penyakit berangkai lain akan mula menyerang:
– Penyakit benci
– Penyakit dendam
– Penyakit sombong

Gambar: vanessacoppes.com

Lebih dahsyat lagi, dari penyakit hasad dengki boleh mengundang penyakit yang lebih dahsyat lagi iaitu penyakit ‘Syirik’. Dengan perasaan dengki, ada yang sanggup menggunakan sihir bagi merosakkan hidup seseorang yang lain.

Apa akibat penyakit dengki?
1. Boleh merosakkan amalan ketaatan.
2. Terhalang daripada mendapat syafaat Nabi di akhirat kelak.
3. Akan menghadapi banyak kesukaran hidup.
4. Selalu gagal dalam hidup.
5. Hilang rasa ketenangan sebab hati sudah rosak.


Macamana cara nak merawat hasad dengki?
1. Bila orang yang kita dengki itu beroleh nikmat, pergi berjumpa dengannya dan ucapkan tahniah. Bila dia ditimpa musibah berjumpalah dengannya dan ucapkan takziah.
2. Pujilah keistimewaan orang yang kita dengkikan itu di belakangnya. Dan simpanlah rahsia keaiban dirinya.
3. Selalulah menziarahinya dan berikan hadiah. Nabi SAW ajar dengan memberi hadiah akan mengikat cinta dan kasih sayang. Moga dengan itu dapat menyingkirkan rasa dengki dengannya.
4. Berdoa pada Allah agar dihindari rasa dengki sebab ia adalah perasaan yang didokong oleh syaitan dan nafsu ammarah bissuu’

Baik suami isteri, baik jiran tetangga, baik menantu mertua, baik adik beradik, baik sepupu sepapat, baik ipar biras, baik rakan sepejabat… ingatlah tiada apa yang menguntungkan dengan penyakit hasad, bahkan merugikan diri sendiri dunia dan akhirat.

Hidup tak lama, sibuklah dengan mencari ketenangan dan kebahagiaan itu lebih menguntungkan, baik dunia baik akhirat.

Sumber kredit: Facebook Imam Muda Hassan Adli

Published by
Norhasliza