Masih ramai menantu perempuan yang tidak sebulu dengan ibu mertua disebabkan cara yang berlainan. Benar sekali kata pepatah yang hidup kita ini memang penuh cabaran dan tidak akan bermakna hidup seseorang itu, andai tidak disertakan dengan dugaan.

Jika tidak pun dari orang luar, keluarga sendiri yang menjadi punca. Namun semua itu harus ditangani dengan baik, ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula tidak berselerak.

Kisah pergolakan antara menantu dan mentua sangat sulit untuk diselesaikan. Isu ibu mertua dengan menantu perempuan memang tidak akan habis sampai bila-bila pun. Jika tidak ditangani secara bijak maka akan rosaklah rumah tangga yang dibina.

Hubungan antara ibu mertua dengan menantu perempuan seharusnya akrab seperti sahabat. Bagaimanapun, tidak ramai berpeluang menikmati persefahaman begitu.

Imam Muda Hassan Adli Kongsi Tip Ambil Hati Ibu Mertua Salah Satunya Jangan Asyik Berkepit Dengan Pasangan

Kerap kalinya hubungan antara ibu mentua dengan menantu perempuan dingin, penuh curiga dan cemburu.

Berikut perkongsian Imam Muda Hassan Adli.

Ads

SUSAHNYA NAK AMBIL HATI MERTUA

Nak tak nak, suami isteri kena terima hakikat bahawa perkahwinan bukan hanya melibatkan suami isteri sahaja, tapi melibatkan mertua dan ipar duai.

Imam Muda Hassan Adli Kongsi Tip Ambil Hati Ibu Mertua Salah Satunya Jangan Asyik Berkepit Dengan Pasangan

Cara mertua mungkin tak sama dengan cara ibu ayah kandung kita. Cara kemas baju, lipat kain, sidai baju, memasak, kemas rumah, waktu tonton TV, cara makan, cara basuh pinggan…. semua tu tak sama. So ingat, “jangan samakan cara keluarga kita dengan keluarga mertua”. Sebab apa tak sama?

Sebab Rules and Regulations berbeza setiap keluarga.

Ads

Suami wajib ikut rules keluarga isteri, isteri juga wajib follow rules family suami. Jangan terlalu cepat melatah and please stop complaining and comparing! Sebab bukan kerja kita nak ubah manusia, tugas kita “macam mana aku nak sesuaikan diri dalam family ni”.

Imam Muda Hassan Adli Kongsi Tip Ambil Hati Ibu Mertua Salah Satunya Jangan Asyik Berkepit Dengan Pasangan

INI ADA SIKIT TIP UNTUK AMBIL HATI MENTUA:
*Isteri tunjuk rajin masak di dapur, walau tak pandai masak sekalipun. Sebab fikiran ibu mertua, kalau isteri tak suka duduk dapur, dia akan susah hati memikirkan nasib anak lelaki dia, siapa yang akan masak untuk anak lelaki dia.

*Selalu berikan hadiah. Tak semestinya mahal-mahal. Mertua bukan tengok pada nilai hadiah, tapi dia suka tengok sikap menantunya yang baik suka memberi. Dan memang Nabi ajar kita supaya selalu beri hadiah sebab ia boleh menambat kasih sayang.

Ads

*Jangan asyik berkepit dengan pasangan. Ia mungkin merimaskan mertua. Kalau nak berkepit, berkepitlah 24 jam kat rumah sendiri.

View this post on Instagram

Salam..Alhamdulillah.. #Repost @_7harimencintaiku2 • • • • • • Mak Leha berbisa betul ya mulut dia, tajam betul sindiran tuh😁 . #7HARIMENCINTAIKU2 Mulai 2 Julai 2020 Setiap Isnin hingga Jumaat 7 Malam hanya di Akasia @tv3malaysia . Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail Arahan : @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd Dibintangi oleh @sallywho @shukriyahaya @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @lizza_abdullah @kazar35 @jajailiyes_ @bilazali @jasminhamidjh @seanlje @dhia_ly @puterirafasya1 @shaharuddinthamby @wafarienaroslan @_anneabdullah @razzuanrosli @syaffiqsahli Dan ramai lagi . OST Aku Bidadari Syurgamu – @ctdk . #7harimencintaiku2 #akasiatv3 #tv3malaysia #sitisaleha #shukriyahaya #wansharmila #sofi #syazwanzulkifly #khuzairi #miaadriana #ctdk #7harimencintaiku #dramasangat #Malaysia #kitabaikramaisayang #sitinurhaliza

A post shared by @ lizza_abdullah on

*Jangan sesekali marah pasangan depan mertua. Ia akan menjadikan mentua mula susah hati dan tawar hati dengan menantunya.

*Angguk-angguk kepala tanda setuju. Apa yang mertua cakap, iyakan aje. Tak perlu bantah. Melainkan ianya memang betul-betul salah, dan cara nak betulkan statement mertua mesti dengan cara bahasa yang berlapik, jangan terlalu direct. Budi bahasa budaya kita!

Sebenarnya tak susah pun nak ambil hati mentua…

Sumber kredit: Facebook: Hassan Adli dan Instagram Liza Abdullah dan Siti Saleha

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI