“Ikutkan Tok Ram, Berkain Pelikat Sahaja Di Pagi Raya,”- Alyah Bersederhana Sambut Raya Ikut Cara Tok Ram!

Share

Pelantun lagu Kisah Hati, Datin Alyah yang ditemubual di sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini, berkongsi tentang persiapan raya yang lebih bersederhana.

Menurutnya, sebagai seorang isteri, dia hanya mengikut apa sahaja yang ditentukan oleh suaminya iaitu seorang pengarah muzik terkenal dan disegani di Malaysia, Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram.

“Ikutkan hati memang mahu sambutan raya kali ini lebih meriah. Tetapi, Tok Ram orangnya biasa-biasa sahaja. Dia sangat sederhana. Kalau ikutkan Tok Ram, dia berkain pelikat sahaja di pagi raya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia dan suami selalunya membeli baju baru bukan hanya pada musim raya sahaja. Oleh disebabkan itu, banyak koleksi baju yang masih belum dipakai yang boleh digayakan di Aidilfitri tahun ini.

“Sebenarnya, banyak baju kami yang masih tidak sempat untuk dipakai. Maklumlah, sebelum ini kita beraya saat negara sedang pandemik. Jadi baju raya pun pakai untuk hari raya pertama dan kedua sahaja.

Kalau dahulu, ketika masih bujang, pastinya trend membeli baju baru setiap kali Syawal menjelma jadi ikutan. Tetapi, bila dah bersuami, saya harus ikut rentak dan cara Tok Ram. 

Ia bukanlah isu besar pun kerana saya tidaklah begitu mementingkan soal baju raya baru. Tetapi kadang-kala ada juga niat untuk membeli baju baru. Jika ada masa dan peluang, saya membeli secara dalam talian tanpa pengetahuan Tok Ram,” kongsinya sambil tersenyum malu.

Alyah dan Tok Ram mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013 di di sebuah majlis tertutup yang berlokasi di Indonesia.

Sumber gambar: Instagram Datin Alyah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

Published by
Putra