Selepas menjuarai Ceria Popstar 2, nama Masya Masyitah semakin melonjak naik dalam industri seni. Semakin menginjak dewasa, gadis yang kini popular dengan lagu Halimunan ini juga sangat pandai menyuai padan pakaiannya dan tampil trendy namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan.
Mari kita lihat fesyen yang digayakan oleh Masya ini. Sangat on point!
Penyanyi terkenal, Aina Abdul akui satu ketika dahulu dia akan mudah tersinggung dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh segelintir pihak gara-gara penampilan ‘luar kotak’ yang sering digayakannya ketika membuat persembahan.
Menurut Aina, setiap kata-kata negatif atau berbaur sindiran itu akan sentiasa bermain di benak fikirannya.
Namun, seiring perjalanan waktu, penyanyi yang terkenal dengan kekuatan vokal itu menyifatkan dirinya kini lebih matang untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
Aina Abdul Makin Kuat, Kalis Kecaman Netizen
“Kalau dulu, saya akan mudah bengang dengan gelaran-gelaran negatif daripada netizen. Komen-komen tersebut akan menghantui saya sepanjang hari itu. Saya akan moody dan cepat overthink.
“Namun, sekarang saya semakin kuat. Saya juga punyai sistem sokongan yang sangat membantu. Mereka akan sentiasa pastikan saya tidak nampak komen-komen negatif itu.
“Saya rasa sangat dilindungi. Mereka lebih mengetahui diri saya daripada saya kenal diri saya. Ia juga membuatkan saya lebih mengenali diri sendiri.
“Jadi, saya cuba untuk tidak melihat dan membaca komen-komen negatif itu. Walaupun saya cakap saya kuat tapi tentu ada harinya kita akan rasa down juga,” katanya kepada HIJABISTA.
Aina berkata sedemikian ketika ditemui pada sebuah majlis sidang media yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya.
Pandang Setiap Komen Negatif Dari Sisi Positif
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam itu tetap mahu memandang perkara ini dari sudut positif selain turut menyifatkan komen-komen netizen antara faktor yang membuatkan namanya terus kekal relavan sehingga hari ini.
“Segala komen-komen netizen sepanjang empat hingga lima tahun ini sememangnya banyak membantu perjalanan kerjaya saya dalam cara yang sangat pelik.
“Mereka membuatkan semangat saya rasa ‘terbakar’. Setiap kali saya buat sesuatu, saya mahu pastikan mereka bercakap dan berfikir mengenai saya.
“Untuk terus kekal di dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Saya salute kepada artis-artis senior yang mampu bertahan sehingga hari ini.
“Tanggungjawab anak seni ini besar. Sebab itu saya dan team akan sentiasa brainstorm untuk setiap idea pemakaian dan persembahan untuk mereka sentiasa ingat saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Kalau sebelum ini namanya hanya di kenali dalam kalangan pengikutnya di media sosial sebagai seorang model Muslimah. Malah wajah ayunya sering ditagih pemilik butik Muslimah untuk memperaga busana mereka. Beri apa sahaja baju atau hijab padanya, pasti hasil yang diberikan tidak mengecewakan.
Kini nama Sharifah Husna Syed Mustafa bukan sahaja popular dan dikenali di media sosial, tetapi juga dalam dunia seni. Biarpun berstatus ibu kepada dua cahayamata, namun tidak membataskan minatnya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Pembabitannya sebagai pelakon mula disedari ramai sejak berlakon dalam drama pertamanya Cinta Tiada Ganti. Malah bakatnya terus dicungkil apabila berlakon dari satu drama ke satu drama lain.
Ditambah pula dengan anugerah seraut wajah manisnya yang cantik berhijab menjadi faktor utama menjadikan selebriti kecil molek ini kian popular.
Jika diintai di laman Instagramnya juga, gaya Husna dalam setiap foto di muat turun memang sangat cantik dan bijak bergaya. Selain itu, dia juga rajin membuat tutorial hijab untuk berkongsi dengan followernya.
Ayuh kita lihat 10 gaya pelakon berhijab yang popular dental drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Husna Mustafa yang sangat anggun dan sedap mata memandang.
#8. nida_atan Cantik btul la Husna ni..kali pertama tgok dlm drama cinta tiada ganti trus jtuh cinta sejuk mata pandang wajahnya..lpas tu mmg sesuai dia bwak watak setiausaha..bergaya..cute n xsangka dah ada suami
Mogul fesyen, Neelofa menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkemuka, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.
Pengusaha jenama Naelofar itu berkata, dia berasa sangat teruja disolek oleh Patrick sempena acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal.
“Sebelum ini, saya kerap melihat ‘glamazon look’ hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.
“Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020,” ujar Neelofa.
Mempunyai pengikut sebanyak 1.7 juta di Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan. Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.
Meskipun perkahwinan yang terbina ini, merupakan perkahwinan kali kedua buat Yatt, namun Yatt akui bahawa dia amat seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat cahaya mata kerana...