Ikuti Checklist Ini Untuk Jadi Muslim Berjaya Pada Ramadan 2023!

Share

Hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum kita mulai menjemput bulan suci Ramadan Al-Mubarak. Ramai orang mempunyai perasaan yang teruja setibanya bulan ini kerana manfaat yang ditawarkan tidak terhingga.

Jadi sebelum mula niat puasa nanti, adakah anda sudah sediakan checklist untuk menghadapi bulan Ramadan? Belum? Jangan risau kami ada sediakan khas buat anda.

Artikel berkaitan: Mungkin Perkara Biasa, Tapi Sebenarnya Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Di Bulan Ramadan. Elakkan Ya!

Checklist Untuk 30 Hari Ramadan 2023!

Sumber dari Canva

Bukan mudah untuk kita menghayati bulan yang diberikan keberkatan oleh Allah swt, kekangan masa dan kehidupan pasti menganggu. Tapi adanya checklist ini anda pasti akan cuba sedaya upaya untuk capai goal pada Ramadan kali ini.

1. Khatam Al-Quran

Sumber dari Canva

Letakkan matlamat untuk diri anda bermula 1 Ramadan untuk khatam Al-Quran. Banyak masjid serta surau yang mengadakan program khatam al-Quran dalam tempoh sebulan berpuasa setiap kali Ramadan, jadi cuba hadirkan diri.

2. Tadabbur Al-Quran

Sumber dari Canva

Pasti ada yang mempunyai masalah untuk cuba habiskan khatam al-Quran, namun ada jalan yang mudah untuk kita amalkan. Tadabbur al-Quran adalah salah satu cara yang mudah untuk pelajari ayat-ayat suci.

Mungkin ada yang akan memilih beberapa surah tetapi adanya niat dan inisiatif untuk mencuba sudah cukup mendekatkan diri anda bersama yang Maha Esa.

3. Qiamulail

Sumber dari Canva

Melakukan ibadah qiamulail agak susah kerana waktu yang susah untuk dilakukan kerana ia tengah malam. Tetapi ramai sahaja yang lakukannya sebelum bangun sahur atau selepas sahur, iaitu sebelum waktu solat Subuh.

Dengan ini anda akan mudah untuk lakukan qiamulail tanpa rasa malas atau terlajak masa. Ada usaha pasti ada jalannya!

4. Bersedekah

Belajar untuk bersedekah meski pun ia kelihatan kecil tapi besar ganjarannya yang diberikan oleh Allah SWT. Nak bersedekah ini mudah, mungkin dengan cara membantu atau berikan sedikit makanan bersama dengan rakan terdekat.

Amalan ini boleh dijadikan sebagai panduan hidup dan mengajar erti kesafahaman antara satu sama lain, empati kepada mereka yang ada di sekeliling kita.

5. Berzikir

Sumber dari Canva

Sering kita ucapkan rasa penat dan mengeluh kerana kekurangan tenaga sewaktu berpuasa. Tahukah anda, dari membazir tenaga boleh sahaja berzikir dengan memuji nama Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Hal ini boleh membuatkan anda kurang untuk bertutur topik kosong dan lebih fokus dalam melakukan ibadah berpuasa. Lagi seronok elakkan diri dari perkara lagha!

Artikel berkaitan: Ramadan Bakal Tiba, Ini Antara Lokasi Iftar Sesuai ‘Citarasa’ Hijabi, Pilihan Hijabista!

6. Tarawih

Sumber dari Canva

Tarawih akan bermula malam sebelum kita mula berpuasa. Jadi kuatkan diri anda untuk lakukan ibadah tarawih ini kerana ianya cukup istimewa hanya di bulan Ramadan sahaja.

7. Bangun Sahur

Ramai yang malas bangun sahur bukan? Ada juga yang tak endah tentang sahur. Tahukah anda sahur itu merupakan satu sunnag dan ada keberkatan melaluinya.

Rasulullah saw juga dikatakan tidak pernah tinggalkan waktu untuk bersahur. Kalau malas, sediakan sebiji kurma dan segelas air kosong di tepi katil, nanti bila dah bangun minum sahaja dianggap seperti sahur anda.

Bila bulan Ramadan ini kita cuba untuk perbaiki diri dengan lebih baik. Mungkin sebelum ini banyak menghabiskan waktu dengan perkara yang tidak bermanfaat. Dengan adanya bulan Ramadan, kita akan didik diri untuk belajar cara menjadi seorang muslim yang berjaya.

Sumber: TZKRH

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee