Siapa sahaja yang tidak mahu merakamkan momen-momen yang menarik dan kongsikan kepada umum. Ramai yang tertarik dengan perhatian yang diberikan sehingga ada yang terlebih ‘kongsi’ di sosial media sehingga membawa keburukan.

Artikel berkaitan: Tak Sangka ‘First Lady’ Korea Selatan Berusia 50 Tahun! Ramai Terkejut

Namun, tidak semua yang sukakan kehidupan terlalu ‘expose‘ di media sosial kerana ingin menjaga privasi. Jadi ingin tahu bagaimana artis terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, menjaga privasi di laman media sosial? Ikuti artikel ini.

Tak semua boleh kongsi di sosial media…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

 Aktress terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, baru sahaja memuatnaik sebuah hantaran yang menunjukkan gambar kaki anak lelakinya. Walaupun hanya sekeping foto, ribuan peminatnya membanjiri ruangan komen memberi kata-kata yang positif.

Dia juga terkenal dengan caranya untuk menjaga privasi kehidupan hariannya tidak mahu terlepas untuk berkongsi sedikit perubahan dalam kehidupannya bersama peminat. Jadi bagaimana pula dia menjaga privasi di sosial media seperti yang di katakan? Ini adalah beberapa tip yang boleh kita lihat darinya.

Ads

Kongsi ketika perlu sahaja

Ikuti Cara So Ye-Jin Jaga Privasi Di Sosial Media, Tak Perlu Kongsi Semuanya!
Sumber dari Instagram @yejinhand

Umumnya Son Ye-Jin akan memuatnaik beberapa gambar ucapan hari perayaan dan tanda terima kasih kepada peminat, krew produksi dan apa-apa anugerah yang bermakna buatnya. Ini menunjukkan tanda penghargaannya buat mereka yang sudi bersamanya dalam perjalanan kariernya.

Fotonya tidak terlalu keterlaluan, cukup sekadar dia gambarnya bersama hadiah dari peminat dan ucapan yang cukup ringkas dan manis. Melalui caranya, kita boleh lihat tidak semua perkara perlu di dokumentasikan di sosial media.

Hanya foto diri sendiri tanpa ahli keluarga atau rakan rapat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

 Ye-Jin juga jarang sekali memuatnaik gambarnya bersama ahli keluarga mahupun teman rapat kecuali anjing peliharannya. Boleh dilihat di sini bahawa Ye-Jin amat menitikberatkan privasi orang di sekelilingnya.

Ads

Ada antara dari kita yang suka untuk memuatnaik foto keluarga bersama di media sosial, itu tidak mengapa. Namun, pada zaman sekarang yang agak bahaya ini, orang yang tidak kenali mudah sahaja mendedahkan ahli keluarga kita tanpa sedar.

Penggunaan ayat-ayat yang murni

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

 Dia juga sangat rajin menulis pada setiap hantarannya di Instagram untuk menjelaskan pengalaman serta berkongsi perkara yang positif kepada followers-nya. Ini membuatkan peminatnya lebih jelas memahami situasi yang terjadi bukan sekadar sekeping foto sahaja.

Tak usah tag lokasi anda

Ikuti Cara So Ye-Jin Jaga Privasi Di Sosial Media, Tak Perlu Kongsi Semuanya!
Sumber dari Instagram @yejinhand

Siapa sahaja yang tak ingin kongsikan gambar suasana apabila melancong ke luar negara, sudah tentu anda teruja bukan? Tetapi bagi Ye-Jin dia hanya berkongsi gambar itu tanpa perlu tag lokasinya berada di mana, cukup sekadar gambar yang menceritakan semuanya.

Ads

Jadi bagi anda yang ingin mulakan kehidupan yang punyai privasi tersendiri, bolehlah ikuti Son Ye-Jin menjaga privasi hidupnya di sosial media. Ingat, tak perlu terlalu berkongsi kerana boleh membawa padah!

Artikel berkaitan:

Sumber: Diva.my

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI