Begitu banyak alasan mengapa ramai wanita mengelak untuk menyarung helaian rona putih dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rona putih ini terlalu istimewa dan hanya akan dipakai pada acara tertentu seperti majlis akad nikah kerana kesuciannya itu.
Seperti jua halnya dengan detoks sebagai alternatif untuk menyingkirkan racun dari dalam tubuh dengan amalan pemakanan nan sihat.
Detoks juga boleh kita praktik pada gaya sehari-hari. Menyarungkan busana warna putih untuk meneutralkan gayamu yang sudah multi rona hampir sepanjang minggu layak dicuba agar penampilan tidak menjemukan.
Namun, ada jua persoalan yang sering kali membelenggu fikiran. Adakah penampilan bakal terlihat seperti jururawat atau tampil terlalu rasmi. Ikut beberapa helah yang admin kongsi ini mampu mengubah persepsi anda terhadap tona putih di luar sana.
Apabila menyarungkan helaian berona putih, usahakan untuk tidak memilih ukuran blaus yang terlalu dempak. Tidak molek jika ia sendat, akan tetapi sekurang-kurangnya, ia tidak membayangkan tubuh anda.
Detil pada busana akan mengelakkan tona putih jadi terlalu monotoni. Kemasan seperti lipatan, ‘frill’ atau ’embellishment’ pada atasan atau celana boleh menjadi pilihan. Tapi terlalu banyak perincian atau kemasan juga akan membuatkan tubuh menjadi ‘bulky’. Maka, tetapkanlah apa yang ideal sebagai perhiasan tokokan.
Menyarungkan busana serba putih boleh diserasikan bersama aksesori yang senada. Tidak perlu memilih aksesori berwarna putih, sebaliknya gayakannya segandingan kalung kristal atau berwarna perak sebagai alternatif padu padan yang ideal.
Warna putih yang neutral membuatmu bebas bereksperimen dengan ajnas solekan. Namun, agar hasilnya tetap ‘subtle’; pastikan solekan tidak menjadi lebih dominan daripada busana, pilih warna pastel untuk kelopak mata dan bibir anda.
Gusar tampil ‘out-of-place’ dengan celana ‘super’ dempak di bahagian hujungnya? Sebenarnya ceraian ini adalah salah satu item ‘must-haves’ yang perlu anda miliki di lemari. Ikuti inspirasinya di sini…
Pertama, jadikannya ringkas dengan satu tona. Padukan ‘flare pants’ anda dengan atasan warna yang senada, sama ada baju T, kemeja, blaus ataupun ‘sweatshirt’.
Kedua, suntikan ekstra menawan dengan memadukannya dengan atasan seperti kemeja ataupun blaus dengan tambahan ‘outerwear’ seperti jaket kulit ataupun ‘blazer’.
Ketiga, minimumkan gaya untuk tampil ‘effortlessly’. Padukan ‘flare pants’ bermotif cetak (motif kotak-kotak ataupun abstrak cetak berwarna-warni) dengan blaus ataupun atasan polos serta beri sedikit tambahan tas tangan yang unik ketersendirian.