Ramai yang terhibur apabila melihat video yang dilakukan oleh influencer dan juga ahli farmasi terkenal iaitu Siti Awe. Bukan sembang kosong, Siti Awe sentiasa menyampaikan sesuatu yang bernas dan bermanfaat dalam penulisan dan juga video yang dibuatnya.
Berkongsi suatu berita yang mengejutkan di laman sosialnya, rupa-rupanya Siti Awe atau nama sebenarnya Siti Hawa Mohd Nor kini berada di United Kingdom dan bakal menetap dalam tempoh setahun di sana bagi menemani suaminya iaitu Faiz menyambung pengajian di sana.
Hello guys, i’ll be away for a year. Faiz is pursuing his Master in Structural Engineering while im mastering the art of Domestic Engineering. Please pray for the both of us❤️
Seronoknya dapat peluang ke UK! Semoga urusan Siti Awe dan suami dipermudahkan di sana dan terus setia memuat naik video-video yang best buat para peminatnya yang sentiasa suka dengar celoteh-celoteh daripadanya.