Baru-baru ini tular di media sosial pelakon dan usahawan muda yang berjaya, Neelofa dikritik kerana dikatakan tidak mengenakan ‘legging’ apabila menggayakan seluar koyak di lutut yang jadi trend masa kini.
Ketika itu Lofa memuat turut percutiannya bersama adik dan kakaknya di Itali setelah menjadi salah seorang speaker di UNDP Youth Forum. Admin seronok melayan gambar percutian mereka ini kerana pemandangan cukup indah yang diambil sepanjang mereka berada di sana.
Kita ketepikan dulu soal itu kerana pasti Lofa ada penjelasan untuk menjawab dakwaan ‘hater’ itu. Kita fokus kepada kejayaan lofa baru-baru ini yang membawa nama Malaysia
apabila dijemput memberikan ucapan di forum kepada belia baru-baru ini di New York.Membahaskan topik “Kepelbagaian Budaya Dan Daya Kreativiti Untuk Pembangunan Mampan Dan Keamanan”, Neelofa banyak menjadikan pengalaman peribadi dan keadaan sosial di Malaysia sebagai contoh sepanjang pengucapan beliau selama 30 minit.
Memang kita respek dengan Lofa kerana dalam usia masih muda sudah bergelar usahawan berjaya malah boleh dilabel jutawan muda. Kegigihannya menjalankan perniagaan Naelofar Hijab patut kita jadikan contoh untuk berjaya seperti dirinya.
Lofa memang seorang yang tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang dilakukan untuk terus memantapkan empayar perniagaan yang diuruskan bersama keluarganya.
Artis yang kini mendominasi follower tertinggi di media sosial instrgam mengumpul 5 juta ini telah tersenarai antara 11 rakyat Malaysia dalam ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan menjadi duta Swarovski juga telah melonjakkan namanya sebagai selebriti muda paling berjaya setakat ini.
Baru-baru ini, Lofa ada berkongsi tip bagaimana untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Hanya berbekalkan empat perkara dan bagi usahawan yang baru bertatih dalam bidang ini elok sangat jadikan ia sebagai panduan. Untung sabut boleh jadi jutawan muda seperti pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini.
Untuk berjaya kita perlu cabar diri sendiri. Lakukan apa yang disukai dan jangan berasa was-was untuk melakukannya. Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini dan perlu terus berani mencuba keluar dari zon selesa.
Untuk menjadi usahawan berjaya kita perlu sentiasa berfikiran positif. Tidak semestinya kita akan berada di atas dan ujian Allah itu datang tanpa kita duga. Tetapi bangkit dan belajar daripada kesilapan lalu. Cuba perbaiki kekurangan diri ke arah yang lebih baik. Jangan sesekali biar unsur negatif mengganggu hidup anda. Belajar terima sesuatu perkara dengan tenang dan positif.
Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Cuba bercakap dengan diri dan katakan anda boleh lakukan. Hanya diri kita sahaja tahu sejauh mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih baik.
Akhir sekali jangan lupa berdoa. Rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sentiasa bersyukur dan biasan motivasi pada diri sendiri. Insya-Allah rezeki berganda akan datang pada kita jika sentiasa mengingati-Nya. Kejayaan milik semua orang dan yang pasti anda perlu berusaha mencapainya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA