Ikon Fesyen Vivy Yusof Kongsi 5 Tip Elak ‘Spoil Mood’ Sepanjang Syawal. No 3 Jangan Sesekali Lupa!

Share

Hari ini sudah masuk Syawal kelima kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Dan nampaknya minggu ini pasti jadual penuh untuk menghadiri jemputan rumah terbuka. Untuk memastikan persiapan menghadiri rumah terbuka berjalan lancar, jom kongsi beberapa tip oleh ikon fesyen Vivy Yusof. Walaupun sekadar undangan rumah terbuka, tetapi jika tertinggal salah satu ini, boleh menyebabkan anda hilang mood.

1. Rancang #OOTD

Seelok-eloknya anda sudah terlebih dahulu merancang baju apa yang hendak digayakan pada hari raya mengikut acara atau majlis. Seperti dirinya yang bukan sahaja pergi beraya ke rumah saudara tetapi saya perlu menghadiri majlis rumah terbuka dan sebagainya. Jadi Vivy sudah rancang baju apa yang sesuai sedondon dengan suami dan anak-anak.

2. Pilihan Baju Yang Selesa

Baju raya yang dipakai hendaklah selesa. Sebagai ibu yang sudah mempunyai dua anak, baju yang selesa amat penting untuk menjaga mood saya pada hari itu. Elak memakai baju yang terlalu ketat kerana kita bakal memakai baju itu hampir seharian.

3. Serikan Wajah Dengan Mekap

Jangan lupa intuí menyerikan sedikit wajah anda metida menghadiri rumah terbuka. Produk Duck ada mengeluarkan alat solek dalam set palet yang sesuai untuk travel. Jadi anda boleh bersolek mengikut citarasa anda asalkan ia tidak berlebihan.

4. Jangan Dilupa Kasut & Aksesori

Pakai kasut yang bersarung atau mudah untuk anda pergi beraya keluar masuk rumah orang. Jangan memakai kasut yang bertali dan sebagainya kerana ia membuatkan anda tidak selesa sepanjang berada di sana. Kecuali jira majlis dilakukan di luar yang tidak memerlukan ada buck dan pakai kasut berkenaan. Juga jangat abaikan pemakaian aksesori supaya penyerikan lagi penampilan anda.

5. Senarai Packing Jika Bermalam

JIka mahu hadiri majlis rumah terbuka yang memerlukan anda menginap di hotel atar rumah saudara, jangan lupa membuat packing list. Bukannya apa bimbang kika Sudan sampai tempot dituju ada barang yang tertinggal seperti baju, tudung atauun aksesori. Jika berlaku boleh spoil mood

untuk beraya dan selfie bersama teman-teman.

SUMBER: ASTRO AWANI

Published by
Siti Zurina