Hari ini sudah masuk Syawal kelima kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Dan nampaknya minggu ini pasti jadual penuh untuk menghadiri jemputan rumah terbuka. Untuk memastikan persiapan menghadiri rumah terbuka berjalan lancar, jom kongsi beberapa tip oleh ikon fesyen Vivy Yusof. Walaupun sekadar undangan rumah terbuka, tetapi jika tertinggal salah satu ini, boleh menyebabkan anda hilang mood.
1. Rancang #OOTD
Seelok-eloknya anda sudah terlebih dahulu merancang baju apa yang hendak digayakan pada hari raya mengikut acara atau majlis. Seperti dirinya yang bukan sahaja pergi beraya ke rumah saudara tetapi saya perlu menghadiri majlis rumah terbuka dan sebagainya. Jadi Vivy sudah rancang baju apa yang sesuai sedondon dengan suami dan anak-anak.
2. Pilihan Baju Yang Selesa
Baju raya yang dipakai hendaklah selesa. Sebagai ibu yang sudah mempunyai dua anak, baju yang selesa amat penting untuk menjaga mood saya pada hari itu. Elak memakai baju yang terlalu ketat kerana kita bakal memakai baju itu hampir seharian.
3. Serikan Wajah Dengan Mekap
Jangan lupa intuí menyerikan sedikit wajah anda metida menghadiri rumah terbuka. Produk Duck ada mengeluarkan alat solek dalam set palet yang sesuai untuk travel. Jadi anda boleh bersolek mengikut citarasa anda asalkan ia tidak berlebihan.
4. Jangan Dilupa Kasut & Aksesori
Pakai kasut yang bersarung atau mudah untuk anda pergi beraya keluar masuk rumah orang. Jangan memakai kasut yang bertali dan sebagainya kerana ia membuatkan anda tidak selesa sepanjang berada di sana. Kecuali jira majlis dilakukan di luar yang tidak memerlukan ada buck dan pakai kasut berkenaan. Juga jangat abaikan pemakaian aksesori supaya penyerikan lagi penampilan anda.
5. Senarai Packing Jika Bermalam
JIka mahu hadiri majlis rumah terbuka yang memerlukan anda menginap di hotel atar rumah saudara, jangan lupa membuat packing list. Bukannya apa bimbang kika Sudan sampai tempot dituju ada barang yang tertinggal seperti baju, tudung atauun aksesori. Jika berlaku boleh spoil mood untuk beraya dan selfie bersama teman-teman.
SUMBER: ASTRO AWANI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Pewarna Rambut Dari Herba, Selamat Digunakan. Hanya Sediakan Di Rumah!
Pewarna rambut sentiasa berada di rak teratas senarai kecantikan hijabi, walaupun berhijab! Satu-satunya pemikiran yang menghalang kita adalah kemungkinan kesan selepas warna kimia yang termasuk rambut rosak, kusut dan menipis malah bimbang tidak telus air wuduk.
Terima kasih kepada pewarna rambut herba, bahan-bahan organik ini hanya akan menjadikan rambut anda lebih kuat dan sihat! Pewarna rambut bukanlah sesuatu yang dimasak oleh golongan milenial dan telah digunakan sejak turun temurun.
Sama ada mengekalkan warna rambut asal mereka, menambah sorotan atau melunturkannya, resipi herba boleh melakukan semua itu sambil mengekalkan rambut anda berkilat lagi berkilau. Berikut ialah beberapa resipi pewarna buatan sendiri untuk menambah rupa yang menarik pada rambut anda yang ditunggu-tunggu.
ARTIKEL BERKAITAN: Keliru Dengan Hukum Sah Atau Tidak? Tetapi Ada Keinginan Mewarnakan Rambut.
1. Pewarna Beetroot Untuk Warna Burgundy Asli
Warna rambut Burgundy telah menjadi antara kegemaran selama-lamanya orang yang suka mewarna rambut mereka tetapi tidak mahu menjadikannya kelihatan terlalu jelas. Berikut adalah semua yang anda perlukan untuk membuat warna rambut burgundy di rumah.
Anda perlu:
- Ubi bit
- Minyak Pembawa
Masa Penyediaan:
- 4-5 minit
Masa pemprosesan:
- 60 Minit
Cara untuk membuat:
Ambil ubi bit parut dan campurkan dalam minyak pembawa. Sapukan campuran pada keseluruhan rambut dan tutup kepala anda dengan beg plastik atau topi mandi. Biarkan ia berehat selama sejam dan kemudian basuh. Ulangi sekali sebulan untuk mengekalkan warna.
2. Pewarna Oren Lobak Merah
Pewarna lobak merah memberi anda warna oren yang sesuai dengan rambut yang diluntur.
Anda perlu:
- lobak merah
- Minyak Pembawa
Masa Penyediaan:
- 4-5 minit
Masa pemprosesan:
- 60 Minit
Cara untuk membuat:
Campurkan lobak merah parut dalam minyak pembawa dan sapukan ke seluruh rambut. Setelah seluruh rambut anda diwarnakan, letakkan penutup plastik di atasnya dan biarkan selama sejam. Bilas perlahan-lahan dan keringkan rambut. Ulangi sekali setiap bulan.
3. Peluntur Rambut Lemon
Pewarna lemon ialah agen peluntur semula jadi yang menghilangkan warna rambut semulajadi anda untuk membolehkan warna lain meresap masuk.
Anda perlu:
- 2 bahagian jus lemon
- 1 bahagian air
- Sebotol semburan
Masa Penyediaan:
- 2-3 minit
Masa pemprosesan:
- 60 Minit
Cara untuk membuat:
Campurkan 2 sudu jus lemon dalam satu sudu air dan isikan dalam botol semburan. Semburkan campuran ke seluruh rambut anda. Sapukan ini seminggu sekali dan lihat warna semula jadi rambut anda mencerahkan secara beransur-ansur. Biarkannya mengeringkan atau mengeringkan rambut anda.
4. Pewarna Coklat Kopi
Jika anda merajuk kerana sebotol kopi yang tidak lagi mempunyai aroma, kami boleh mengajar anda cara membuat pewarna rambut coklat dengannya!
Anda perlu:
- 1 sudu besar kopi
- 1 cawan air
Masa Penyediaan:
- 15-20 minit
Masa pemprosesan:
- 5 minit
Cara untuk membuat:
Campurkan serbuk kopi ke dalam air dan biarkan ia mendidih sehingga ia berkurangan kepada separuh. Biarkan ia sejuk dan simpan pewarna dalam cawan. Syampu rambut anda seperti biasa dan gunakan air rebusan untuk membilas rambut anda akhirnya. Memohon dua kali seminggu akan memberikan warna coklat pada rambut.
ARTIKEL BERKAITAN: Daun Kari, Daun Inai & Minyak Kelapa Rawat Macam-macam Masalah Rambut, Yang Penting Bajet
5. Pewarna Inai
Inai adalah salah satu pilihan yang paling disukai untuk mewarna rambut yang menyuburkan rambut dan memberikannya kilauan semula jadi.
Anda perlu:
- 1 cawan inai
- 1 cawan air
Masa Persediaan:
- 5 minit
Masa pemprosesan:
- 2 jam atau lebih
Cara untuk membuat:
Campurkan serbuk inai dan air dalam mangkuk sehingga menjadi pes. Sapukan campuran dari rambut ke hujung dan biarkan selama lebih daripada satu jam. Adalah sesuai untuk menunggu sehingga inai kering, tetapi itu boleh mengambil masa 4 jam. Tutupnya dengan plastik untuk mengelakkan lebihan menitis dan kemudian basuh. Nah, rambut anda lebih lembut! Anda boleh menggunakan inai sebulan sekali untuk mengekalkan warna.
6. Pewarna Merah Kayu Manis
Pewarna kayu manis mencerahkan warna rambut semula jadi anda dan memberikannya warna kemerahan. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut hitam legam semulajadi yang ingin menukar warna rambut mereka.
Anda perlu:
- Setengah cawan serbuk kayu manis
- Perapi setengah cawan
Masa Persediaan:
- 5 minit
Masa pemprosesan:
- 60 minit
Cara untuk membuat:
Campurkan serbuk kayu manis dan perapi anda dalam mangkuk dan sapukan pada rambut. Biarkan selama sejam, kemudian basuh dengan air suam. Menggunakan ini dua kali sebulan akan memberikan rambut anda warna kemerahan.
7. Pewarna Safron
Jika anda tidak mahu menggunakan inai, pewarna hitam buatan sendiri ini akan membantu anda menutup uban anda dalam masa yang singkat
Anda perlu:
- 1 sudu besar kunyit
- 2 cawan air
Masa Persediaan:
- 20 minit
Masa pemprosesan:
- 2 jam
Cara untuk membuat:
Mulakan dengan merebus kunyit dalam air selama 20 minit. Biarkan ia sejuk, kemudian sapukan ke seluruh rambut anda dari akar hingga ke kulit kepala. Biarkan ia berehat sehingga 2 jam dan kemudian basuh dengan syampu lembut. Anda boleh menggunakannya sekali seminggu.
Jadi sekarang anda tahu betapa menyeronokkan dan mudahnya membuat pewarna buatan sendiri, mewarna rambut anda kini semudah membuat pek muka! Beberapa petunjuk yang perlu diingat ialah, pastikan anda menyuburkan rambut anda dan memberi rambut anda rehat dari semasa ke semasa. Sesetengah bahan herba ini boleh mengeringkan rambut, jadi anda perlu memastikan anda menggunakan perapi dalam dan minyak rambut dengan kerap.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nuha Bahrin Akui Terkesan Video Nyanyian Lama Kembali Tular, -“Awak Sebenarnya Sudah Mengguriskan Hati Ibu Saya”
Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Keluarga turut terkesan
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Sumber: Utusan, Gempak dan Instagram Nuha Bahrin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi Penyebab Berlaku Sembelit Antaranya Perubahan Diet & Pengambilan Susu
Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu. Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.
Sembelit juga menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut. Sembelit memang amat menyakitkan. Cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.
Sembelit juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Berikut perkongsian Dr Zubaidi
APAKAH PUNCA-PUNCA SEMBELIT?
Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelitnya kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit pula. Jadi bergantung pada individu.
1. Antaranya ialah mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil.
2. Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga.
3. Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini. Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis. Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in anus) yang cuba mengelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.
4. Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit. Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.
5. Wanita yang hamil juga mengalami masalah sembelit terutama di akhir kehamilan. Ini kerana saiz rahim semakin membesar. Mereka yang mengalami tekanan emosi juga mungkin mengalami masalah ini.
6. Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.
7. Selain itu ialah perubahan diet, terutama diet yang tidak cukup sayur. Mereka yang tidak cukup minum air, tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, terutama mereka yang sakit terlantar di katil. Ini menyebabkan sembelit.
Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya. Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson’s atau Multiple Sclerosis atau penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ.
Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan. Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.
Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.
HIJABISTA: Moga perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami masalah sembelit.
Sumber kredit: Dr Zubaidi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI