Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk tampil cantik. Begitu juga dengan ikon fesyen dan sosiolite antarabangsa ini, Olivia Palermo. Dia tidak menggunakan barang mahal untuk kecantikan kulit wajahnya, sebaliknya hanya menyapu petroleum jelly setiap malam. Macam tidak percaya tetapi itulah rutin kecantikannya selama ini.
Seperti orang lain, dia juga turut menangggalkan mekap selepas bersolek tebal usai melakukan pertunjukan pentas atau majlis dihadiri. Menurutnya, dia tidak menggunakan produk mewah sebaliknya hanya lap muka
dengan produk petroleum jelly ini dengan kapas setiap malam sebelum tidur.Satu lagi penjagaan kecantikan dirinya adalah dengan membasuh rambut setiap hari. Jika orang lain mencuci rambut 3 kali sehari, tetapi bagi Polermo dia melakukannya setiap hari. Menurutnya dia mengikut cara ibunya yang mencuci rambutnya setiap hari.
Jadi tidak hairanlah, rambut model antarangbangsa ini kelihatan sangat cantik dan beralun setiap kali beraksi di luar. Walaupun gayanya cukup simple, tetapi Olivia Palermo punya aura tersendiri.
Petroleum Jelly seperti produk Vaselin merupakan produk penjagaan yang baik dan boleh dipercayai. Petroluem jelly ini juga mampu membuatkan bulu mata lebat dan tebal dengan menyapu sedikit sebelum menggunakan maskara.
Selain itu, produk ini juga boleh membuatkan siku yang hitam dan kering jadi sempurna dengan menyapu di bahagian berkenaan setiap hari sebelum tidur.
Boleh juga dikenakan di bibir untu memastikan ia jadi pelembap yang baik. Ia tidak mengeringkan bibir dan penggunaannya juga diyakini selamat dan membuatkan gincu juga tahan lebih lama.
Pastikan juga sapukan produk ini di bahagian tangan, kaki dan leher sebelum tidur. Ia baik untuk menghidrasi kulit dengan losyen. Jadi tidak susah untuk memastikan kulit cantik sebelum tidur, lakukan sahaja tanpa modal yang banyak. Paling penting buat secara konsisten.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM OLIVIA PALERMO & PINTEREST