Selain persefahaman berumahtangga, pasangan yang sudah bernikah disarankan mengamalkan doa-doa dari Al Quran agar hubungan kekal dan dilindungi selalu.
Perkongsian hari ini adalah tentang cinta suami. Mahukan menjadi isteri yang sentiasa dikasihi, tentu mahukan? Siapalah…. yang tidak ingin cinta dari suami. Tahukah anda bahawa cinta antara suami isteri adalah tunjang utama sebuah keluarga.
Doa yang dianjurkan ini adalah yang terbaik, selain dapat cinta suami, anda juga memiliki pahala membaca Al Quran.
Mudah sahaja caranya:
- Al-Fatihah
- Al-Insyirah
- Hembus ke ruang tengah kening sambil usap perlahan.
- Pastikan ketika itu, suami sudah tutup mata dan tidur lena
- Niatkan – Ya Allah, lebarkanlah cinta suamiku padaku.
Amalkan selama seminggu, Insyallah anda akan nampak hasilnya! Cara ini boleh dipratikkan oleh suami juga.
Hanya untuk yang telah sah bernikah dan suami isteri yang halal sahaja yang dianjurkan amalan ini. Bagi yang sedang bercinta atau bertunang dilarang sama sekali.
Sumber: Ustazah Cinta
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Hadir Ke Majlis Ilmu, Jalan Kashoorga Talkshow Program Kemusykilan Agama Santai & Rileks
Dalam kesibukan kita melalui kehidupan harian yang penuh dengan cabaran ‘santapan rohani’ usah dilupa. Sesungguhnya mencari ilmu itu adalah ibadah.
Bagi membantu masyarakat mendapatkan huraian persoalan hal agama, Kashoorga tampil dengan program rancangan berbentuk talkshow santai yang disiarkan di Youtube menerusi saluran Jalan Kashoorga.
Topik-topik yang diutarakan juga jelas berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Jadi ianya lebih ‘dekat’ dengan golongan masyarakat.
Banyak soalan-soalan menarik dan hangat akan dijawab secara telus oleh pihak panel jemputan. Tentunya ia akan memberikan manfaat untuk pengetahuan bersama.
Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW akan dijadikan panduan dalam setiap topik yang diketengahkan. Ia bagi memastikan kupasan serta penerangan yang diberikan melalui persoalan yang dibangkitkan tidak lari dari landasan syarak.
Kita dituntut untuk menambah ilmu agama. Dalam keadaan pandemik yang begitu menyukarkan kita menghadiri majlis ilmu, ia bukanlah penghalang untuk kita menambah ilmu agama. Jalan Kashoorga antara platform yang boleh kita jadikan medium untuk menambah pengetahuan agama.
Diterbitkan untuk tayangan berdurasi 15 minit, program kupasan soal jawab kemusykilan agama ini akan bersiaran dua kali sebulan setiap Jumaat jam 8.00 malam. Jalan Kashoorga adalah inisitif terbaharu Kashoorga setelah program Tazkirah Kashoorga mendapat sambutan ramai.
Kupasan sesuatu topik disampaikan dengan lengkap tetapi dalam mood yang santai. Jadi ianya lebih mudah difahami seakan penonton menghadiri majlis ilmu secara fizikal.
Mohd Fadzly Fuad dipertanggungjawabkan untuk mengemudi Jalan Kashoorga. Personalitinya yang petah berbicara dalam mood yang santai menjadikan program wawancara berbentuk ilmiah tidak jemu untuk ditonton hingga ke minit terakhir.
Untuk musim pertama ini sebanyak 24 episod akan disiarkan. Empat episod sudah pun disiarkan di saluran Youtube Jalan Kashoorga. Bersama panel-panel jemputan yang berbeza setiap episod, setiap topik dikupas dengan begitu sempurna.
Subscribe segera program talkshow ini kerana ada banyak lagi kupasan tajuk menarik dan hangat buat anda. Berdakwah dalam suasana santai. Pendekatan santai ini diambil bagi memberikan aura berbeza dan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penonton.
Bagi mendapatkan lebih banyak info tentang topik-topik yang pastinya berkisar tentang kehidupan harian kita, jangan lupa saksikan program ini pada setiap Jumaat jam 8.00 malam dua kali sebulan. Promosi berterusan akan disiarkan menerusi laman Facebook dan Instagram Kashoorga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengantin Lelaki Bangkit Peluk Ibu, Mohon Restu Sebelum Akad Nikah Buat Netizen Sebak
Hari pernikahan adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Semasa majlis akad nikah, pengantin lelaki kebiasaannya akan mulai ‘cuak’ menanti saat untuk melafazkan akad.
Baru-baru ini telah tular di Tiktok video seorang pengantin lelaki yang sempat bangkit peluk ibu untuk memohon restu sebelum akad nikah disebabkan perasaan gementar. Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok iaitu Rianyana2, dia berkongsi detik-detik yang tidak mungkin dilupakan ketika menghadiri majlis pernikahan adik perempuannya.
Menerusi rakaman tersebut, terjadi satu situasi yang tidak disangka-sangka; yang mampu menyentuh hati dan perasaan semua yang melihatnya.
@rianyana2 Membalas @shalizaalladdin ♬ suara asli – rianyana2
Pada awalnya, tok kadi meminta pengantin lelaki untuk berlatih lafaz akad nikah agar tidak tersasul serta lancar nanti. Walau bagaimanapun, disebabkan terlampau gemuruh, lelaki terbabit kelihatan resah dan matanya seperti mencari seseorang.
Alangkah terkejutnya apabila pengantin lelaki tersebut secara tiba-tiba bangun daripada tempat duduknya dan kemudian merapati seorang wanita, iaitu ibunya yang duduk di bahagian tepi kawasan akad nikah tersebut. Difahamkan, tujuan pengantin lelaki itu memeluk ibunya adalah kerana untuk menenangkan hatinya serta ingin meminta restu dan semangat bagi meneruskan majlis tersebut.
Artikel berkaitan: Tersalah Sebut Nama Pengantin Atau Ayah Pengantin, Ketahui Hukum Akad Nikah
Momen berkenaan turut disaksikan oleh tetamu yang lain dan dapat dilihat bakal isterinya tersenyum melihat situasi tersebut. Video tersebut turut menyentuh hati warganet apabila dimuat naik ke laman Tiktok, dan meraih lebih 14.3K kesukaan setakat ini.
Artikel berkaitan: Kongsi Tip Bagi Hubungan Antara Non-Muslim, Adam Corrie Nasihat Niat Kerana Allah SWT
Netizen turut memuji dan ‘tumpang’ sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pengantin lelaki tersebut serta mendokan kebahagian pengantin tersebut.
Terdapat juga netizen yang sebak dan memuji ibu pengantin lelaki tersebut yang berjaya mendidik anaknya dengan begitu baik.
“Alhamdulillah. Anak yg mendahulukan org tua. In shaallah jadi suami yg soleh”
“Ulang banyak kali airmata laju jew…”
“Auto kluaq ayaqmata(air mata) tengok….Lelaki yg sgt menghormati dan menyayangi ibunya..in shaa Allah akan jg keluarga dia elok2…”
“Tiba tiba makcik sebak plk..anak yg baik awak ni”
“Alhamdulillah, sejuk mata memandang, semoga diberkati dan bahagia hingga ke jannah… aamiin”
Masyaallah, memang anak yang sangat baik. Team Hijabista turut mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua pasangan tersebut. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawadah dan warohmah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Menjadi Asbab Penghijrahan” Imej Berhijab NORA DANISH Raih Pujian & Doa
Masya-Allah, manisnya Nora Danish berhijab! Pelakon cantik Nora Danish menarik perhatian warga media sosial apabila tampil dengan imej berhijab. Rata-rata memuji dan mendoakan agar Nora kekal istiqamah. Semoga ia menjadi asbab kepada penghijrahan.
Menerusi perkongsian di instagram peribadinya, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, memuat naik foto memaparkan dirinya menggayakan hoodie kelabu dan tudung berwarna hitam.
Pun begitu, Nora tidak memberi sebarang kenyataan berhubung penampilannya itu. Nora juga telah menutup ruangan komen dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada para peminat serta rakan artis.
Ekoran tercetusnya spekulasi berhubung imejnya itu, Nora akhirnya mendedahkan sebab dia tampil berhijab sejak kebelakangan ini.
Dedah Nora, dia merasa senang untuk memakai pakaian menutup aurat sepanjang menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri yang kni sedang menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, dengan menutup aurat akan memudahkannya untuk solat dan mengaji sepanjang menjaga bekas suaminya itu.
“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana mencetuskan banyak tanda tanya.
“Jadi kalau saya menjaganya (Nedim) di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk mengerjakan solat dan dalam masa sama saya megaji juga.”
Nora turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakannya.
“Saya hargai dan harap doa anda, doa ibu anda dan doa saya juga Allah makbulkan Insya-Allah,” jelas Nora menerusi sebuah video di akaun Tiktok peribadinya.
Terdahulu, Nora sah bercerai talak satu dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu, setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15. Mereka bercerai pada 2008.
Hijabista mendoakan agar Nora Danish terus istiqaamah seterusnya dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI