Ibarat ikan duyung versi berhijab, cantiknya Ria Ricis! Suka hobi lasak siap ada lesen diving profesional! Hebatnya selebriti yang juga Youtuber dan penulis buku, Ria Ricis. Aktiviti menyelam mula dilakukannya pada 2013.
Lebih membanggakan, dia turut memiliki lesen khas sebagai penyelam profesional sejak 2019.
Mengakui bahawa dia suka berenang, Ria Ricis atau nama penuhnya Ria Yunita memberitahu hobinya itu bermula semasa tinggal di Batam.
Selepas ke Jakarta, hobinya itu tetap diteruskan. Ria Ricis mengakui, dia jatuh cinta dengan kehidupan dalam air dan belajar menyelam.
“Saya cakap pada suami, saya nak masuk syurga dan terus hidup dalam air. Saya ada impian nak hidup dalam air,” luah ria Ricis.
Dia juga mengakui ingin menyelam ke seluruh laut di Indonesia seperti di Maluku, Banda Neira, Aceh.
Beberapa bulan lalu, adik kepada pendakwah selebriti terkenal Oky Setiana Dewi ini muncul di Akuarium Jakarta sebagai ikan duyung. Ianya menjadi tular dan meraih pujian ramai.
Aksi menyelam wanita berusia 28 tahun ini sebagai ikan duyung di Akuarium Jakarta itu membuatkan ramai yang memuji.
BACA JUGA: RIA RICIS Kini Pengasas Tadika Islam Kanak-Kanak, Turut Bergelar Tenaga Pengajar
View this post on Instagram
Menyelam dengan kostum ikan duyung merupakan aksi menyeronokkan yang dilakukan oleh Ria Ricis.
“Cool Icis, ikan duyung pakai tudung,” tulis seorang netizen.
Untuk perkembangan terkini, Ria Ricis berjaya merealisasikan impiannya apabila kini menjadi pengasas tadika dan turut bergelar tenaga pengajar. Menurut Ria Ricis, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki tadika kerana sering menjaga anak saudaranya.
Tadika yang diasaskan oleh Ria Ricis itu dinamakan Sekolah Islam Awal Kanak-Kanak TK Maha, di mana dia berkhidmat sebagai pengasas dan menguruskannya bersama adik beradik iaitu Oki Setiana Dewi dan Shindy.
Kredit Foto: Instagram Ria Ricis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI