‘Igari Make-Up’ Kini Trending Di TikTok! Jadi Kegilaan Wanita Asia Jepun Dan Korea

Share

Warga TikTok pasti sudah familiar dengan trend solekan yang semakin menjadi fenomena dan kegilaan di kalangan wanita Asia khususnya wanita jepun dan juga K-Poppers.

Trend solekan ini menjadi tular di laman TikTok dan dikenali sebagai solekan Igari atau solekan ‘ala Mabuk’. Namun, ada juga yang memanggil solekan jenis ini sebagai
‘Drunk Blush Makeup’ atau ‘Hangover Makeup’, ini kerana solekan ini menfokuskan agar wajah tampak sedikit kemerah-merahan seseolah seseorang itu sedang mabuk.

Terdahulu, pada awalnya trend solekan ini menjadi kegilaan dan popular dikalangan wanita di Jepun, sebelumnya tular dan menjadi ikutan para pencinta kecantikan dari golongan K-Pop idol! Pasti hijabi tak sabar nak tahu, bagaimanakah caranya untuk mengaplikasikan solekan Igari ini kan? Di sini Hijabista kongsikan cara melalukanya!

Cara Mengaplikasikan Solekan Igari

@hello.remi igari makup tutorial!! #igari #japanesemakeup #makeup ♬ 東京フラッシュ – Vaundy

Menariknya, solekan jenis Igari ini adalah solekan yang universal dan amat sesuai dengan semua jenis kukit dan bentuk muka.

Malah, efek ‘ala mabuk’ yang dipaparkan sebenarnya memberi kesan penampilan yang lebih comel, seksi sekaligus membuatkan usia pemakai solekan Igari tampak lebih muda.

Cara-caranya:

• Pertama sekali, anda boleh memulakan rutin penjagaan kulit yang sering dilakukan sebelum memulakan solekan seperti biasa. Sebaiknya anda mengenakan foundation yang tipis dan ringan atau mempunyai minimal coverage.

• Kemudian, lukiskan bahagian alis kening dan oleskan mascara dalam kuantiti yang paling minima agar kesan solekan tampak natural dan menghasilaka make-up look semula jadi.

• Kontur? Tidak diperlukan ya bagi solekan Igari

Artikel berkaitan: 

• Untuk pemerah pipi atau blusher, terpulang pada anda untuk blusher jenis powder ataupun krim. Tapi menurut Hijabista, kami mencadangkan agar hijabi menggunakan pemerah jenis krim kerana ianya lebih tahan lama dan kelihatan lebih natural.

• Kemudian tarik cream blush berkenaan perlahan-lahan turun mengikut alur batang hidung dan bergerak ke bahagian bawah mata secara memanjang hingga ke hujung mata.

• Bagi bahagian bibir pula, digalakkan agar hijabi mengenakan warna lipstik yang seakan-akan atau sama dengan warna asal bibir kerana solekan igari ini seolah-olah menampilkan kesan cantik secara semulajadi. Siap, selamat mencuba!

Artikel berkaitan: 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir