Siapa tak kenal dengan Ifa Raziah, keletahnya ketika di pentas memang cukup menghiburkan. Sama ada menyanyi, berlawak atau berlakon, dia sememamgnya artis serba boleh. Kalau dulu kita lihatnya badanya sedikit berisi iaitu 71kg, tetapi kini beratnya hanya 59KG. Bagai tak percaya dengan penurunan berat badan yang begitu ketara. Ramai beranggapan Ifa menjalani pembedahan untuk tampil kurus. Tetapi hakikatnya dia hanya mengamalkan sejenis diet yang membantunya mengurangkan berat badan sebanyak 12kg sejak dua bulan lalu.
Menurur Ifa kepada BH ONLINE, dia sering dikecam kerana mempunyai bentuk badan agak berisi. Malah tawaran kerja seni juga agak berkurangan apabila bertubuh gempal. Jadi dia tekad untuk mendapatkan bentuk badan lebih langsing untuk mencari rezeki.
Walaupun menerima tohmahan mengatakan dia melakukan pembedahan, tetapi Ifa menafikan sambil memberitahu jika melakukan demikian pasti dia sudah terlantar di hospital. Ifa Raziah akhirnya mendedahkan rahsia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12Kg dalam masa dua bulan.
Dia hanya mengamalkan diet berasaskan apa sahaja air yang tidak bergula. Dia juga menolak untuk mengambil makanan. Dan jika mahu makan akan ambil sup atau apa jua masakan berasaskan haiwan laut, terutama ketam. Selain itu, Ifa juga nekad untuk kurus dengan mengamalkan diet tanpa senaman.
Perubahan dialami, bukan sahaja beratnya sudah turun, malah kulitnya juga lebih gebu dan menarik.
Pemenang trofi Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH 29 dan 3.0 itu berkata jika dirinya berasa sangat lapar, beliau juga akan memakan telur rebus sehingga 10 biji sehari.
“Sepuluh biji telur rebus itu saya agihkan untuk makanan waktu pagi, tengah hari dan malam. Ketika saya mula-mula amalkan diet ini, tidak dinafikan memang otak kurang fokus. Saya tidak boleh berfikir dengan betul sebab tak makan.
“Lama kelamaan, ia jadi biasa. Sampai sekarang, tengok makanan pun saya naik takut,” katanya yang turut mengamalkan meminum 3 liter air putih sehari.
Bagaimanapun pesannya, jika hati tidak kental atau lemah semangat jangan sesekali mencuba diet yang diamalkannya.
“Memang hati kena kental kalau nak cuba diet sebegini. Mental dan fizikal kena seiring. Orang hati kering saja barangkali boleh amalkan diet ini. Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan dan akan menyambung amalan diet terbabit selama empat bulan lagi.
“Saya sendiri tidak menyangka diet ini membuahkan hasil. Bayangkan, selama ini saya menari zumba dan makan makanan sihat, namun tetap tak menjadi. Malah, saya juga pernah menyuntik hormon, tetapi tetap tidak berhasil,” katanya.
Mengenai wajahnya yang kelihatan lebih segar, Ifa berkata, beliau hanya mengamalkan produk keluaran sendiri, Diva’s Secret dan menjalani rawatan wajah dipanggil Platelet Rich Plasma (PRP), sebelum ini tanpa melakukan apa-apa suntikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI