NU Ideaktiv Dan EML Bekerjasama Sasar Kuasai Segmen Pengiklanan PKS

Share

NU Ideaktiv Sdn Bhd (NU Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyediakan segmen pengiklanan media bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim dan Pengarah Urusan Enrichment Media Lab, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, menerusi kerjasama itu, EML akan bertindak sebagai rakan pakar media yang memberikan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS.

“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan mereka bagaimana PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”

“Kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan: Syria Care dan Sinar Karangkraf Bersama Menjalinkan Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0

Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.

“Kami juga sedang merangkakan satu acara besar untuk meraikan Ramadan dan Syawal, yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan EML, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir berkata, pihaknya akan memperhalusi dan meneliti setiap harta intelek (IP) di bawah NU Ideaktiv.

“Kita akan lihat kelebihan dan cabaran yang ada untuk bantu melonjakkan jenama dan pasaran PKS.

“NU Ideaktiv mempunyai idea yang hebat, tetapi dari segi PKS pula, mereka memerlukan pendekatan atau pengiklanan dengan cara yang berbeza kerana perniagaan dalam dunia maya ketika ini sangat kompetitif.

“Jadi kami berperanan menghubungkaitkan kelebihan IP NU Ideaktiv dan keperluan PKS untuk menjalinkan satu kolaborasi dari segi pengiklanan dan penjenamaan,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: Program Embrace Umpama Sinar Baru Buat Pesakit Kanser Payudara Metastatik, Pfizer Malaysia Bekerjasama Dengan BCWA Tingkatkan Kesedaran Masyarakat

Sekadar info, Nu Ideaktiv Sdn Bhd merupakan syarikat media usahasama Astro dan Karangkraf yang telah menawarkan kandungan 360 platform menerusi media digital, media sosial, TV, radio, aplikasi dan media cetak eksklusif. Enrichment Media Lab pula merupakan agensi media dan penasihat jenama yang pakar dalam idea, konsep dan kajian perniagaan relevan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira