Idamkan Kulit ‘Glowing’ Persis Gal Gadot? Jadikan 5 Rutin Ini Amalan Sis!

Share

Siapa yang tak kenal dengan aktress jelita Antarabangsa Gal Gadot, yang terkenal setelah membintangi filem Wonder Woman. Selain memiliki wajah yang cantik, Gal Gadot juga terkenal kerana mempunyai kulit yang bersinar semulajadi.

Sehubungan itu, rakan selebiriti, Keren Bartov, serta jurufacial Gal Gadot telah mendedahkan rahsia yang diamalkan Gal Gadot sebagai rutin penjagaan kulit yang membuatkan kulitnya glowing. Memetik laporan dari laman Boldsky, Hijabista kongsikan rahsia rejim kulit Gal Gadot yang boleh hijabi amalkan!

1. Elakkan Tangan Selalu Menyentuh Wajah

Menjauhkan tangan dari wajah sepanjang hari sememangnya bukan hal yang mudah. Namun, tindakkan selalu menyentuh wajah secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kulit.

Malah, tindakan ini akan memburukkan lagi keadaan kulit yang sudah dijangkiti bakteria seperti jerawat, minyak dan kotoran akan merebak dengan pantas sekiranya hijabi selalu menyentuh wajah sekaligus menyebabkan jerawat dan menyumbat liang pori.

Jadi kalau hijabi nak dapatkan kulit yang glowing, elakkan tabiat sering menyentuh wajah.

2 . Cuci Wajah Dengan Teknik Yang Betul Hingga Bersih

Untuk mendapatkan kulit glowing seperti Gal Gadot, pastikan anda mencuci wajah dengan betul. Kerana dalam rutin penjagaan kulit kebersihan kulit wajah adalah langkah paling penting, kerana membersihkan wajah dapat menghilangkan kotoran dan minyak yang berkumpul pada muka. Apabila wajah anda bersih, produk penjagaan kulit akan dapat diserap dengan baik.

Justeru, untuk membersihkan kulit secara menyeluruh tanpa stres, Hijabista cadangkan hijabi mengaplikasikan pembersihan berganda, dengan produk yang lembut diikuti dengan micellar water yang dioleskan menggunakan kapas selepas membersihkan wajah.

3. WAJIB Gunakan Sunscreen Setiap Masa!

Ketika anda berada diluar rumah dan terdedah kepada sinar matahari secara langsung. WAJIB gunakan sunscreen setiap dua jam, atau setiap jam. Terutamanya jika hijabi sedang berada di pantai meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Ini adalah bertujuan mengelakkan kulit dari terbakar (Sunburn).

Gunakan sunscreen secara berasingan dengan produk lain. Kerana pelembap dan lapisan bedak kompak, tidak dapat memberikan perlindungan UVA dan UVB yang cukup seperti sunscreen.

Artikel berkaitan: Siku, Lutut ‘Kerepot’ Dan Buruk! 4 Cara Ini Bantu Hijabi Pulihkannya

4. Lakukan Rawatan Kulit Khusus

Selain itu, untuk mendapatkan kulit glowing seperti Gal Gadot, Hijabi boleh ke pusat rawatan kulit wajah dan menggabungkan rawatan kulit yang dicadangkan oleh pakar aestetik dengan rawatan kulit khusus menggunakan teknologi moden. Hasilnya, kulit anda akan dirawat sebanyak 70 peratus dengan bahan merawat kulit aktif dan 30 peratus dengan perawatan secara khusus.

5. Pentingnya Vitamin C

Salah satu hal yang boleh membantu kulit anda menjadi glowing adalah dengan menggamalkan pengambilan vitamin C. Kerana penggunaan vitamin C akan memberi kesan yang ketara pada wajah dan dapat membantu meratakan tona kulit, mencerahkan kulit, serta memudarkan kesan parut jerawat!

Sumber: Boldsky

Artikel berkaitan: Bahang El Nino Buat Suhu Badan Hijabi Tak Menentu? Ini 3 Jenis Hidangan ‘Penyejuk Badan’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir