Bentuk badan tak seimbang, memang menjadi masalah bagi hijabi untuk memilih pakaian yang sesuai. Apatah lagi bentuk badan seperti buah pear. Sesekali teringin kaki langsing dan kecil seperti tiang lampu di tepi jalan tetapi mustahil dalam masa sesingkat ini boleh mencapai impian sebegitu.

Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda adalah masalah kebayakkan hijabi. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha. Peha yang langsing pakai apa pun nampak cantik terletak, tak nampak lemak berlebihan dan tidak seperti sarung nangka. Malah, hijabi boleh tampil lebih berkeyakinan.

Bagaimana caranya nak dapatkan peha langsing? Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha:

1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:

• Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.

• Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.

• Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.

• Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.

• Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

IKLAN

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

IKLAN

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.

7 cara mudah ini. Apa yang penting kena jadikan ia rutin dan disiplin.

Minum air kosong
Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.

Makan makanan rendah kalori

Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca peha anda besar.

IKLAN

Pengambilan nutrisi

Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.

Tetapkan masa tidur

Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama peha anda besar.

Jangan tertekan atau stres

Lemak yang terkumpul di peha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.

Jangan kerja berlebihan

Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan peha.

Sumber: Kevin Zahri

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI