ICE UNITY, koleksi yang benar-benar melambangkan Malaysia, sebuah negara yang berbilang bahasa, pelbagai budaya dan berbilang bahasa. Kami hidup bersama dan bersatu sebagai SATU, menjadikan kami begitu unik dan terkenal di seluruh dunia.
ICE UNITY adalah jam tangan permainan warna yang dikeluarkan secara eksklusif di Jepun & Malaysia di bawah tema “PLAY WITH COLOURS”. Dengan indeks tiga dimensi, jarum, gelung dalaman, logo jenama, ringan dan kekuatan jam tangan ini super poliamida, material tali jam diperbuat dari getah silikon, jahitan sulaman, semua bahagian adalah matte dan warna yang serupa. Koleksi ini merupakan siri yang disusun dengan 8 warna – Ultramarine, Viridian, Vermilion, Violet, Red, Peony, Kuro dan Shiro.
Jam tangan yang berkonsepkan dual fungsi di mana hijabi mengayakan jam tangan dari ICE WATCH yang sesuai untuk semua majlis. Di awal kemunculan Ice Watch di Belgium 2007, jam tangan berjenama antarabangsa membawa antara generasi dan budaya. Reka bentuk unik jenama ini terdapat dalam beberapa model dan warna, menghasilkan lebih daripada 500 kombinasi yang berbeza.
Pada masa setiap hitungan minit, jenama Ice-Watch memastikan rekaan jamnya standing dengan perubahan masa dan teknolig. Kreativiti tanpa hadnya disokong oleh pereka berbakat yang berpusat di Belgium Belgium yang boleh dipercayai, kualiti pergerakan Jepun (Miyota), kepakaran dalam pengeluaran dan perhimpunan negara Cina, dan organisasi Hong Kong untuk logistik dan pengedaran. Keutuhan jenama ini Bersama usahasama pengasas dan CEO jenama Ice-Watch, JeanPierre Lutgen yang berasal dari Belgium.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sentiasa Kemaskini Lokasi Kita Berada Bila Memandu Sendirian Waktu Malam, Gunalah Apps Ini
Ramai yang gemar memilih memandu pada waktu malam. Alasannya kerana inginkan suasana sejuk dan lebih santai. Selain itu alasan lain yang sering menjadi penyebab untuk melakukan pemanduan pada waktu malam dan juga awal pagi ialah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Perlu difahami bahawa memandu sendirian punya risiko yang tersendiri. Kemungkinan kereta rosak, berlaku kemalangan dan sebagainya. Oleh itu amat penting buat mereka yang sering memandu seorang diri terutama pada waktu malam dan juga awal pagi untuk sentiasa memaklumkan kepada ahli keluarga status lokasi perjalanan.
Berikut tip bermanfaat seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.
Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dan sebagainya).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3.
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang Sakit Bila Kena ‘Frozen Shoulder,’ Doktor Ini Kongsi Punca & Cara Rawatan
Jangan pandang ringan apabila anda mula mengalami sakit pada bahagian bahu. Jika rasa sakit itu semakin hari semakin teruk, anda perlu lakukan sesuatu. Ia tidak boleh hilang sendiri.
Penyakit ini dinamakan Frozen shoulder. Inilah penyakit yang dialami jika anda mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian bahu sama bahu sebelah kanan, kiri atau kedua-dua bahu.
Jangan menganggap kesakitan ini hanya sementara. Malah jika tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan aktiviti harian terganggu.
FROZEN SHOULDER
Frozen shoulder, kadang kala dikenali sebagai “adhesive capsulitis”, adalah keadaan di mana sendi bahu tidak boleh digerakkan dan apabila digerakkan boleh menyebabkan rasa sakit.
Keadaan in tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi berlaku secara beransur-ansur,dan menjadi bertambah teruk.
Kadang kala masalah ini akan hilang dengan sendiri setelah 2-3 tahun. Ia boleh berlaku pada sebelah bahu atau kedua-dua belah bahu.
Risiko seseorang itu mendapat masalah ini apabila mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, autoimmune disease dan beberapa masalah kesihatan lain atau setelah menjalani beberapa prosedur yang menghalang pergerakan sendi bahu.
Strok yang lama dan tidak melakukan pergerakan sendi bahu juga berisiko mendapat masalah ini.
PUNCA FROZEN SHOULDER
Punca masalah ini apabila tulang, ligament dan tendon yang diselaputi oleh selaput kapsul menjadi tebal dan ketat sehingga sendi bahu tidak dapat digerakkan.
Penebalan selaput kapsul dan sendi bahu menjadi ketat akibat kesan dari penyakit kronik yang disebutkan tadi.
RAWATAN
Rawatan bagi masalah frozen shoulder ini adalah melakukan pergerakan sendi bahu secara perlahan-lahan, pengambilan ubat steroid dan ubat penahan sakit.
Suntikan steroid mungkin dilakukan jika perlu. Pembedahan arthroscopic hanya dilakukan jika selaput kapsul yang membaluti sendi itu terlalu ketat dan perlu dilonggarkan.
Untuk sementara, pesakit boleh mengambil ubat penahan sakit dan berurut perlahan-lahan bagi membolehkan sendi bahu dapat digerakkan.
Pergerakan bahu harus digalakkan bagi membolehkan masalah ini tidak bertambah teruk. Jika sendi bahu tidak dapat digerakkan langsung akibat terlalu sakit atau terlalu ketat, berjumpalah dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
UNTUK PENCEGAHAN AWAL:
*Elakkan bahu yang terlibat dari melakukan aktiviti yang membebankan.
*Kurangkan aktiviti yang memerlukan gerakan melebihi paras kepala seperti melontar.
*Dinasihatkan juga untuk berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya dan rehat secukupnya perlu diambil.
*Jangan tidur mengiring dengan menghimpit bahu.
*Amalkan tidur terlentang bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk berlaku pada bahu.
Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kelibat Emma Maembong Di Tanah Suci, ‘Dalam Diam’ Tunai Umrah Bersama Anak Dan Suami Raih Pujian Netizen!
Sejak awal tahun lalu, laman sosial dilihat dilihat dibanjiri dengan hantaran selebriti-selebriti Malaysia yang teruja menjadi tetamu Allah bersama keluarga mahupun pasangan masing-masing.
Namun, lain pula bagi selebriti jelita yang satu ini, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong apabila kelibatnya bersama suami dan anak kini terlihat berada di tanah suci, Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Jemaah Terserempak Dengan Emma Di Mekah
@zairachematt umrah 2023🌹🌹🌹 #emmamaembong #terjumpasecaraxsengaja #insafftravelumrah ♬ Ya Allaho Ya Rahman – Muhammad Qari Ejaz Ul Haq
Tindakan Emma yang tidak mewar-warkan perkara tersebut di media sosial telah menjadi bualan ramai, sekaligus meraih pujian di kalangan peminat dan warganet.
Artikel Berkaitan: “Emma Rasa Nak MATI, Nafas Tersekat & Ada Benda CUCUK Kat Hati” – Alami SIMPTOM Ini Sebelum TUMBANG
Perkara tersebut menjadi tular apabila terdapat jemaah yang turut berada di tanah suci memuatnaik sebuah video menerusi akaun pengguna TikTok @zairachematt, memaparkan pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu sedang mendukung anaknya sewaktu berada di Madinah.
Ramai Puji Kerjakan Umrah Dalam Diam
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut dan rata-rata warganet menghamburkan pujian diatas tindakan Emma Maembong yang secara senyap melakukan ibadah dan kebaikan.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen dan mencuri perhatian Hijabista.
“Dia dah pergi senyap2..Tapi orang pulak tolong hebohkan. Mujurlah benda baik”
“Senyap2 je g umrah rupanya. Allahuakbar semoga mendapat umrah yang mabrur”
“Bagus cara Emma..Tak perlu heboh pun..Tau2 da sampai sana. Alhamdulillah moga kita semua pun dapat jejak ke sana..”
“Owh patut la dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu..Senyap2 je dia g umrah..Humble betul..Semoga mendapat umrah yang mabrur” tulis wargamaya.
Selain itu, Hijabista juga sempat meninjau laman Instagram milik pelakon itu dan mendapati, Emma Maembong ada berkongsikan perkembangan terbaharunya, dengan memuat naik beberapa rakaman video dirinya dan keluarga ketika berada di Tanah Suci bersama suami dan anak.
Sekadar info, antara beberapa selebriti terkenal tanahair yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini adalah Intan Najuwa, Zizi Kirana, Puteri Sarah Liyana, Fasha Sandha, Chacha Maembong, Zul Ariffin dan ramai lagi.
Sumber: Tik Tok @zairachematt & Instagram Emma Maembong
Artikel berkaitan: Isu Buka Tudung Datuk Hassan al-Hafiz Pesan Emma Maembong Bertaubat, Cari Kawan & Suami Yang Baik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI