Pelawak yang juga usahawan berjaya, Shuib Sepahtu meluahkan rasa gembiranya apabila berjaya merealisasikan hasrat isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin untuk membantu dua buah keluarga di Kelantan yang menjadi mangsa kebakaran.
Kediaman mangsa-mangsa tersebut yang bertempat di Bachok telah musnah sekitar Februari tahun lalu dan menurut Shuib, arwah isterinya adalah individu yang paling semangat untuk membantu mangsa-mangsa ini mendapatkan rumah baharu.
Memuat naik di instagram, Shuib telah berkongsi momen-momen sewaktu beliau dan Sarah menziarahi tapak kawasan tersebut selepas ia musnah terbakar.
13 Februari 2021 #ThrowBack
Ibulah yang paling semangat nak sangat bantu 2 keluarga ni untuk ada rumah baru. Alhamdulillah harini Daddy dan team @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci.Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untuk melihat dua rumah ini dibangunkan. “Ibu,,,,Alhamdulillah,dah siap rumahnya sayang @sitisarahraissuddin “
Menjengah di ruangan komen, ramai yang terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh Shuib dan arwah isterinya serta turut merasa seolah-olah arwah masih ada di dunia ini setelah menonton klip tersebut.