Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara dan bentuk. Bezanya adalah bagaimana kita mengendalikannya dan menerimanya menjadi sebahagian dari hidup kita.
Dalam hidup ini, semua orang mempunyai dugaan hidup dan ujian yang berbeza, namun tidak dinafikan bahawa ia sebenarnya mengajar dan membuatkan kita lebih kuat. Ada yang diuji dengan kehilangan harta, kematian orang tersayang, kesusahan hidup dan lain-lain.
Seperti kisah kesusahan hidup seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini. Bait peribahasa; berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sangat bersesuaian dengan kisah wanita ini.
Motorsikal hampir ‘ditarik’
Wanita yang bernama Siti Norol Salwani Ismail,28, berkongsi cerita di laman Tiktok apabila didatangi seorang individu yang mahu menarik motosikalnya kerana gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan.
@wanie_kelatekisah hari nie dgn keadaan selsema xsihat bt juga grab tiba2 ada yg dtg nk tarik motor dia kata 3 bulan dh xbyr mmg ada tunggakkan bulan2 byr juga 100 150 mcm tu bulan nie je xbyar lagi dia kata sy bt keje sy je nk x nk kena tarik motor nie, terus ckp ng dia klau awk tarik sy nk keje mcm mne nk cari duit bt byar smua tunggakkan tu dgn anak kt rmah lagi nk mkn apa? bkn xbyr trus cuma xbyr penuh je bincang2 dia kata xpe la sy lepaskan tapi klau org lain yg tahan sy xthu la mcm mne pstu dia minta duit kopi terus terang ckp ada dlm beg rm3 je…dia pon gerak terus…. entah la mcm mne nk bt lagi nk settle kn smua tu duit nk mkn lagi bru je lepas byar rmah bnda lain lagi dtg kalau ada duit 6k trus boleh settle duit motor tapi tu la nk cari untk 3 bulan pon susah♬ original sound – ~bunga_larangan~
Difahamkan, motosikal tersebut merupakan satu-satunya ‘peneman’ yang telah dibawa untuk membuat khidmat penghantaran makanan (GrabFood) sejak lebih setahun.
“Kisah hari ini dengan keadaan selsema tak sihat, buat juga grab. tiba-tiba, ada yg dtg nak tarik motor. Dia kata 3 bulan dah tak bayar.
“Memang ada tunggakkan bulan-bulan bayar juga RM100 atau RM150 macam tu, cuma bulan nie je tak bayar lagi. Entah lah, macam mana nak buat lagi nak settle kan semua tu, duit nak makan lagi… baru je lepas bayar rumah” tulisnya.
Setelah merayu kepada individu yang mahu ‘menarik’ motosikal tersebut, Salwani akhirnya ‘dilepaskan’ atas dasar kasihan. Apa yang membuatkan Hijabista berasa simpati adalah wanita terbabit hanya mempunyai wang tunai sebanyak rm3.
“Saya cakap dengan orang tu bahawa motosikal ini adalah satu-satunya kenderaan untuk saya buat kerja, cari rezeki. Bukan saya nak meraih simpati, tapi saya benar-benar tak mampu.
“Kadang-kadang, adik dan anak dapat makan nasi dengan telur goreng bersama kicap. Saya tak makan tak apa, asalkan mereka makan di rumah.
“Nak beli beras dan telur pun tak mampu, saya berhutang dengan kedai runcit dekat rumah,” katanya.
Menurut satu portal hiburan, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu telah menetap di Kuala Lumpur bersama anak lelaki berumur sembilan tahun dan adik perempuannya yang mengalami masalah kesihatan. Dia juga telah menjadi ibu tunggal sejak anaknya masih dalam kandungan.
Terdesak, bukan untuk raih simpati
Usai video yang dimuat naik di laman TikToknya tular, Salwani meluahkan rasa terkejut dan langsung tidak menyangka akan mendapat perhatian netizen. Video tersebut kini telah meraih 338.5K jumlah tontonan dan 16.8K kesukaan.
“Sebenarnya saya terkejut, tak sangka video luahan tu jadi viral. Saya hanya berkongsi kesedihan sebab sangat terdesak, tapi bukan mahu meraih simpati,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang turut bersimpati serta mendoakan buat wanita tersebut. Bahkan, ada yang memberikan kata-kata semangat serta ‘memujuk’ wanita tersebut.
“Moga Allah permudahkanlah segala urusan awk sekeluarga dan dilimpahkan rezeki..”
“InsyaAllah setiap dugaan pasti ada hikmah…Allah maha adil”
“Allah uji Allah sayang hamba-NYA. Allah tahu awak kuat Sbb tu Allah uji. Sy pesan diri sy juga semoga jadi manusia ,penyabar,kuat..”
“Semoga awak terus sabar n kuat semangat untuk mencari rezeki…..Allah sentiasa ada bersama kita…”
“Saya faham perasaan akak… apabila kita terikat dgn hutang mmg rasa buntu, mana nk cari duit lebih… Tapi yakinlah rezeki Allah dah atur yang terbaik.. Insyallah”
Setelah video tersebut tular, Salwani telah mendapat beberapa bantuan daripada warganet. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih buat mereka yang telah menghulurkan bantuan.
Enggan ‘dilabel’ meraih simpati, Salwani bertekad untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga makanan. Difahamkan, dia juga telah mula menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.
“Sebelum ini, saya pernah berniaga daging harimau menangis pada 2021 dan bertahan selama setahun je sebab tak cukup modal.
“Kalau ada modal atau offer untuk saya berniaga makanan, insyaAllah saya terima. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan hanya Allah yang dapat membantu membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Artikel Berkaitan: Kasih Sampai Syurga, Ibu Gigih Jual Kek Di Kaki Lima Demi Tampung Kos Rawatan Anak OKU
Sumber:Mstar
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI