“Ibu tak pandai, biarlah anak pandai” begitulah luahan pelakon Zarina Zainuddin sambil rasa syukur setelah anaknya, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan memperoleh keputusan cemerlang iaitu 6A 2B+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.
“Alhamdulillah Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6A 2B+”
Ibu mana yang tidak gembira apabila segala penat lelah dan pengorbanan dalam memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak akhirnya terbalas dengan sebuah kejayaan.
“Syukur, sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat ..” luah Zarina Zainuddin atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin yang kini berusia 54 tahun.
Zarina Zainuddin berkongsi berita gembira itu menerusia satu hantaran di akaun Instagram peribadinya.
BACA JUGA: Zarina Zainuddin Akur Terpaksa Cekal, Pengalaman Besarkan Dua Anak ‘Istimewa’ Tak Ternilai!
BACA JUGA: Dituduh Mengubah Wajah, Zarina Zainuddin Menjelaskan Perkara Sebenar
Biarpun menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ‘kurang bijak’ dalam pelajaran, Zarina Zainuddin tetap memastikan anak-anaknya berjaya dalam akademik’
“Ibu tak pandai, biarlah anak pandai”
Sambil berkongsi kejayaan anaknya itu, Zarina turut mendoakan para ibu bapa di luar sana serta mendoakan kejayaan anak-anak mereka.
“Semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak2 kita semua berjaya ,amin”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut serta rakan-rakan artis menzahirkan rasa bangga sambil menitipkan ucapan tahniah buat Zarina dan anak lelakinya itu.
Untuk info, Zarina Zainuddin dikurniakan empat cahaya mata lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan. Dua daripada empat anaknya menghidap autisme.
Hijabista mendoakan agar Muhammad Adam Azrai menjadi seorang anak yang soleh seterusnya mengecapi kejayaan dalam bidang yang diminati.