Anak lelaki lmahupun anak perempuan, masing-masing punya keistimewaan yang berbeza. Anak perempuan memiliki hati yang lebih lembut. Anak perempuan umumnya lebih dekat dengan ibu bapa terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama.
Bagi Datin Mastura Yazid, ibu mentua kepada Mira Filzah, yang memiliki empat orang cahaya mata lelaki, kehadiran menantu perempuan di dalam keluarganya ibarat mendapat anak perempuan.
Nyata beliau begitu teruja dengan kehadiran dua orang menantu perempuan di dalam keluarganya iaitu, Shalma Ainaa yang mendirikan rumah tangga dengan anak keduanya, Wan Imar Mohammad Khair-il Anuar pada tahun 2016. Terbaharu, menantu perempuan keduanya, iaitu Mira Filzah yang mendirikan mahligai bahagia bersama anak sulungnya, Wan Emir Astar pada 3 September yang lalu.
Berikut perkongsian Datin Mastura Yazid di laman Facebooknya.
Saya seorang Wanita dan Ibu yang dianugerahkan zuriat 4 orang anak lelaki dan setelah Wan Imar di ijab kabul , pada tarikh ini, 4 tahun yang lalu, saya bersyukur nya saya dianugerahkan seorang anak perempuan. Itulah putaran hidup, di atas ketentuan Allah SWT pada 5 Mei 2016, kami tinggal berlima, pada 17 September, kami kembali enam dan kini pada 3 September 2020, kami bertambah menjadi tujuh.
Hanya tiap kali anugerah ini sampai, terdetik pada diri saya, “alangkah indah kalau Wan ada di sini bersama kami, inilah yang amat dinanti Wan, menerima anak perempuan” Rahsia dan ketentuan Allah SWT adalah segala-galanya.
Berikut dikongsikan kelebihan memiliki anak perempuan dalam Islam.
PELINDUNG DARI API NERAKA
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad). Jika seorang pasangan suami diberi anugErah oleh Allah dengan titipan seorang anak perempuan dan mampu melewati ujian Allah dalam hal mendidik anak perempuan tersebut pada jalan Allah, maka akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.
Anak perempuan yang dididik dengan kasih sayang hingga mampu menjadi anak yang solehah seperti memiliki hati yang lembut, menutup aurat, dan berbakti kepada orang tuanya menunjukkan kejayaan ibu bapanya dalam mendidik anak tersebut.
DEKAT DENGAN RASULULLAH
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini. beliau menggabungkan jari jarinya”. (HR Muslim). Rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan solehah, iaitu Fatimah Az Zahra. Pada hari kiamat nanti, ibu bapa yang memiliki dua anak perempuan dan mendidiknya ke jalan Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat. Kenikmatan tersebut merupakan salah satu wujud kasih sayang Allah kepada wanita.
JALAN MASUK SYURGA
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud). Allah memberi jaminan syurga bagi ibu bapa yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membeza-bezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki. Ciri ciri wanita penghuni syurga ialah yang menerima anugerah Allah berupa anak perempuan dengan bahagia dan mendidiknya semata-mata kerana Allah.
LEBIH DEKAT SECARA HATI NURANI
Anak perempuan memiliki hati yang lebih lembut, lebih dekat dengan ibu bapanya terutama ibu kerana karektor perempuan yang hampir sama. Ibu bapa wajib menjaga dan melindungi anak perempuannya dari jalan atau pergaulan yang salah. Harus dibiasakan dengan ilmu agama sejak kecil, sehingga ketika dewasa ia akan faham tentang ilmu agama dan memiliki kedekatan yang lebih dengan kedua ibu bapanya kerana dididik nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti.
PELINDUNG DI HARI KIAMAT
“Siapa yang memiliki 3 anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah). Jelas dari hadis tersebut bahAwa seseorang yang dianugerahi Allah 3 anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya serta bekerja keras untuk mendidiknya menjadi anak solehah, kelak akan dilindungi ketika hari kiamat sebab kebaikannya pada ketiga anaknya. Itulah salah satu perlindungan ketika hari kiamat menurut Islam.
CERMIN KELEMBUTAN HATI
Anak perempuan memiliki hati yang lembut, umumya anak perempuan terbiasa bermain segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti boneka yang cantik atau bermain masak-masak. Hal tersebut merupakan cermin kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas anak perempuan.
MUDAH DALAM MEMBANTU KEDUA IBU BAPANYA
Anak perempuan seringkali lebih senang bermain di rumah. Hal tersebut dapat menjadi sisi positif jika kedua ibu bapa dapat mendidiknya. Ibu bapa dapat mengarahkan untuk mulai melatih kebiasaan tentang kewajiban perempuan sejak mereka masih kecil seperti membersihkan rumah dan memasak. Dengan demikian ibu bapa akan merasa sangat dibantu ketika anak perempuan tersebut sudah mampu membantu ibu bapanya.
KHABAR GEMBIRA DARI ALLAH
Anak perempuan sesungguhnya adalah sebuah khabar gembira dari Allah, bagi orang yang menolaknya hal tersebut dipandang buruk oleh Allah sebab Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
CERMINAN IBU
Anak perempuan merupakan cerminan daripada ibunya. Jika seorang ibu mampu mendidiknya dengan cara yang Islamik dan menghindarkannya dari pengaruh buruk persekitaran, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Sebab itu sebagai ibu bapa harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu, barulah mengajarkan pada anaknya.
MEMBERI KEBANGGAAN
Pada masa sekarang, ramai anak perempuan yang memiliki kesempatan sama dengan lelaki dalam banyak perkara, baik dalam soal pendidikan mahupun pekerjaan. Ibu bapa yang memiliki anak perempuan dan mampu membesarkannya hingga tumbuh dewasa dan memiliki sifat yang solehah, tentu akan merasa bangga sebab mampu menjadian anaknya tersebut sukses dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
JALAN UNTUK BERBUAT BAIK
“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke syurga”. (Shahih Al Adabil Mufrad). Keutamaan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam Islam. Ibu bapanya berjaya mendidik sebaik mungkin sesuai kemampuannya, akan menjadikan jalan baginya untuk selalu berbuat baik dan menjadi jalan pahala pula.
MENINGKATKAN KASIH SAYANG
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi puterinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu puteriku?”. (HR Bukhari). Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh ibu bapanya. Anak perempuan juga lebih dipantau kedua ibu bapanya apabila bergaul Ia merupakan satu bentuk kasih sayang. Memiliki anak perempuan dapat menjadi saranan untuk meningkatkan kasih sayang, sehingga akan meningkatkan kasih sayang dan rahmat Allah pula bagi kedua ibu bapanya.
DIMULIAKAN OLEH ALLAH
Jelas dari berbagai ayat Al-Quran dan hadis bahawa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi. Hal tersebut berlaku sejak kecil, ketika dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga. Sungguh keutamaan memiliki anak perempuan dalam Islam ialah ibu bapanya akan menjadi hamba yang beruntung sebab pintu amalan kebaikan terbuka dengan lebar.
MEMILIKI DARJAT YANG SAMA
Anak perempuan memiliki darjat yang sama dengan anak lelaki. Anak perempuan tidak berbeza dalam soal kepandaian dalam pendidikan mahupun dalam pekerjaan. Keutamaan memiliki anak perempuan dalam Islam ialah anak perempuan tersebut tidak memiliki perbezaan di mata Allah. Semuanya memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah.
LEBIH CERDAS DALAM ILMU DAN MENERIMA NASIHAT
Anak perempuan lebih mudah menerima tunjuk ajar daripada ibu bapa. Ia memudahkan ibu bapanya dalam memberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semua anak perempuan baik dan mengikut kata namun ia bergantung cara ibu bapanya mendidik sejak kecil dan bagaimana cara ibu bapanya menanamkan kesedaran nurani Islami di hati anaknya.
Kesimpulannya, kelebihan ibu bapa yang memiliki anak perempuan dalam Islam ialah tentang soal tanggungjawab mendidik anak perempuannya hingga anak perempuan tersebut berkahwin dan telah memiliki suami sebagai pemimpinnya. Ujian tersebut akan menjadikan ibu bapa lebih sabar ketika memberi ilmu dan memberi nasihat sehingga kelak anaknya menjadi wanita yang solehah.
Sumber kredit: Dalam Islam dan Facebook Datin Mastura Yazid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI