Ibu Kembali Ke ‘Pangkuan Ilahi’, Ubai Akui Terpaksa Redha Walaupun Berat! – “Hilangnya Doa Seorang Ibu.”

Share

Umum sedia maklum ibu kepada pempengaruh media sosial, Ubai Rohani Jamal terpaksa ditidurkan apabila keadaan kanser Ovari yang dihadapinya semakin kritikal.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram milik Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli petang tadi memaklumkan bahawa ibu kesayanganya itu telahpun meninggal dunia pada Ahad, jam 6.45 petang tadi.

Berehatlah Mak! Terima Kasih Mak, Jadi Tempat Ubai Mengadu.

Menerusi hantaran sama, Ubai turut meluahkan isi hatinya yang hiba di atas pemergian ibu tercinta.

“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik,semua orang senang dengan mak.

“Ubai ingat semua pesan mak, Ubai tak pernah lupa. Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat.

“Ubai janji akan jaga adik beradik semua. Terima Kasih Emak, Ubai sayang Mak sangat-sangat,” tulis Ubai pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Artikel berkaitan: Buang Gula-Gula Sewaktu Menyanyi Atas Pentas, Shila Amzah Minta Maaf Baru Sahaja Sembuh

Sekadar recap, pada 8 Julai lalu, ibu Ubai dikejarkan ke Hospital PPUM apabila mengalami pendarahan pada bahagian rahim.

Sebelum ini, ibunya sudah pun menjalani pembedahan membuang ovari apabila Dr. mengesahkan ibunya menghidap kanser pada Januari lalu.

Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos ini.

Sumber: Instagram Ubai

Artikel berkaitan: “Jika Nak Saya, Harus Terima Saya Seadanya”- Pernah Disuruh Buka Hijab, Shila Amzah Tegas Pendirian & Kekal Istiqomah!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir