
Umum sedia maklum ibu kepada pempengaruh media sosial, Ubai Rohani Jamal terpaksa ditidurkan apabila keadaan kanser Ovari yang dihadapinya semakin kritikal.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram milik Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli petang tadi memaklumkan bahawa ibu kesayanganya itu telahpun meninggal dunia pada Ahad, jam 6.45 petang tadi.
Berehatlah Mak! Terima Kasih Mak, Jadi Tempat Ubai Mengadu.
Menerusi hantaran sama, Ubai turut meluahkan isi hatinya yang hiba di atas pemergian ibu tercinta.
“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik,semua orang senang dengan mak.
“Ubai ingat semua pesan mak, Ubai tak pernah lupa. Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat.
“Ubai janji akan jaga adik beradik semua. Terima Kasih Emak, Ubai sayang Mak sangat-sangat,” tulis Ubai pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Buang Gula-Gula Sewaktu Menyanyi Atas Pentas, Shila Amzah Minta Maaf Baru Sahaja Sembuh
Sekadar recap, pada 8 Julai lalu, ibu Ubai dikejarkan ke Hospital PPUM apabila mengalami pendarahan pada bahagian rahim.
Sebelum ini, ibunya sudah pun menjalani pembedahan membuang ovari apabila Dr. mengesahkan ibunya menghidap kanser pada Januari lalu.
Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos ini.
Sumber: Instagram Ubai
Artikel berkaitan: “Jika Nak Saya, Harus Terima Saya Seadanya”- Pernah Disuruh Buka Hijab, Shila Amzah Tegas Pendirian & Kekal Istiqomah!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Guna Baking Soda & Cuka Cuci Mesin Basuh, Barulah Pakaian Bersih & Berbau Wangi

Mesin basuh memang menjadi gajet penting buat seisi rumah. Ia bukan sahaja memudahkan aktiviti mencuci pakaian tetapi dalam masa yang sama menjadikan urusan kerja-kerja rumah menjadi lebih parktikal memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas di tempat kerja.
Namun tidak dapat dinafikan, ada ketikanya pakaian yang dicuci dengan mesin basuh berbau kurang menyenangkan. Tahukah anda bahawa salah satu punca yang menjadi masalah pakaian yang dicuci berbau masam atau hapak adalah disebabkan oleh kotoran dalam mesin basuh.

Maka sebab itulah pentingnya kita mencuci mesin basuh agar pakaian kita yang dicuci bersih dan bebas kuman.
Berikut perkongsian Khairul Abdullah
Saya cuci mesin basuh setiap 2-3 minggu sekali.Itu pun tiap kali cuci, air mesin basuh akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal dalam mesin basuh.

Sebab itulah lagi kerap basuh, lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam mesin basuh. Jadi kalau rajin, setiap minggu boleh cuci mesin basuh, Jika malas, boleh cuci setiap 2-3 minggu sekali.
Boleh sahaja beli segala jenis pencuci khas untuk cuci mesin basuh. Saya lebih suka guna baking soda dengan cuka.
Beli baking soda selepas itu campur dengan cuka sebotol. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun boleh guna juga.
Caranya mudah sahaja. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
BERIKUT LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN:
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam mesin basuh. Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak. Sudah siap basuh buka penutup dan biarkan.

2. Kalau ada bleach klorox, boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup dua kali cucian maka mesin basuh sudah berada dalam keadaan tip-top.

3. Tempat letak sabun, softener jangan biar berkerak. Tray biasanya boleh cabut dan keluarkan. Boleh cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikit kalau mahu pakaian kita sentiasa bersih.

Selepas aktiviti mencuci mesin basuh, bila basuh baju, mesti wangi. Sebelum ini letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun baju yang dibasuh tidak berapa wangi.

Marilah kita cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih. Semoga dengan perkongsian ini, pakaian yang kita dan ahli keluarga pakai bebas kuman.
Sumber kredit: Khairul Abdullah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dugaan Menimpa, Neelofa & Rico Rinaldi Antara Bakal Jemaah Haji Yang Terkandas Di Airport

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya hari kemuncak ibadah haji. Namun, sebuah dugaan telah menimpa sejumlah besar bakal jemaah haji Malaysia apabila mereka tidak dapat bertolak ke Makkah pada waktu yang ditetapkan bagi mengerjakan ibadah itu disebabkan masalah visa.
Neelofa dan juga pereka fesyen terkenal iaitu Rico Rinaldi merupakan antara jemaah yang terkandas kerana insiden mengejutkan itu.
Menerusi instastory, Neelofa telah memberikan sedikit pencerahan buat para pengikut laman sosialnya.

Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan rakan jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah 2 malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir 2 hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insyaAllah akan ke Makkah esok.
Menerusi instastory juga, Rico Rinaldi telah meluahkan rasa syukur kerana urusannya juga serba sedikit telah dipermudahkan.

Moga ada keajaiban yang datang kerana ingin menemani ayahnya yang bersendirian menunaikan haji.


Menurut laporan Astro Awani, sebahagian jemaah haji tidak dapat berangkat ke sana disebabkan kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kemasukan mereka bagi menunaikan haji. Selain itu, terdapat juga masalah teknikal pada visa haji furada yang mereka peroleh.

InsyaAllah, team Hijabista mendoakan agar segala urusan bakal jemaah haji ini dipermudahkan dan akan selesai dalam secepat mungkin. Moga mereka semua selamat bertolak ke sana dan mendapat haji yang mabrur. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyegar Kulit Dari Korea Yang Sesuai Dengan Semua Jenis Kulit Wanita Asia

Penjagaan kulit muka yang betul memerlukan rutin pembersihan dan lembapan yang kerap. Walaubagaimanapun toner muka juga memainkan peranan penting dalam memastikan anda mempunyai kulit wajah yang sihat dan bersih selalu.
Penyegar Kulit atau toner merupakan skin care yang diperlukan semua wanita. Kita memakai toner selesai mencuci wajah dengan tujuan agar kulit lebih segar ketika bersolek. Nsmun toner jua menjadi salah satu rutin wajib wanita korea

Kecantikan ala Korea banyak diimpikan oleh para wanita di berbagai belahan dunia. Maka dari itu tidak hairan jika produk kecantikan dan skin care dari Korea jadi buruan masyarakat. Dengan memakai skin care dari Korea, para wanita berharap boleh memiliki kulit seindah dan secantik ala artis Korea.
Tren skin care Korea ideal dengan rutin perawatan kulit yang sangat mendalam. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan cerah berseri. Salah satu produk yang menjadi faktor wanita Korea mendapatkan kulit yang cerah dan halus ialah melalui produk penyegar mereka.
Toner dari Korea mengandung bahan-bahan aktif tertentu yang dapat mengatasi masalah kulit yang spesifik. Dalam toner Korea, ada aneka jenis zat seperti AHA, BHA, salicylic acid, dan hyaluronic acid. Di samping itu, toner Korea juga mengandung bahan alami seperti witch hazel dan rose water. Aneka bahan tersebut membuat kulit makin cantik dan sihat. Jom semak senarai toner terbaik dari Korea.
1. LANEIGE Essential Power Skin Refiner Light
Berkesan untuk kulit berminyak dan kombinasi

Kandungan Dervatif Vitamin B3 di dalam toner ini menggalakkan kulit menjadi lembab di dalam dan kekal matte di luar dan bertindak secara berkesan bagi membuang kulit-kulit mati pada wajah.
LANEIGE Essential Power Skin Refiner Light ini sangat bagus untuk kulit yang kelihatan berkilat dan membosankan serta kulit yang kering. Produk ini mampu melembabkan kulit wajah sehingga ke bahagian dalam kulit.
Tekstur toner ini ialah jenis pelembab, susu dan likat yang mampu melembabkan kulit yang kering secara perlahan-lahan. Air mineral di dalam penyegar ini mampu memberikan proses yang pantas bagi melembabkan kulit wajah.
2. Yadah Anti-Trouble Toner
Membantu menghilangkan jerawat

Yadah Anti-Trouble Toner ini merupakan produk bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan bermasalah. Ekstrak akar Rubus Coreanus membantu untuk mengawal sebum pada kulit wajah dan mempunyai antibiotik yang berlebihan dan mempunyai kesan anti-radang untuk menghilangkan jerawat pada wajah. Organic Opuntia dan Aloe Vera membantu untuk menenangkan kulit wajah dari masalah dan meninggalkan kulit kaya dengan nutrisi untuk melembutkan kulit wajah.
3. Klairs Supple Preparation Toner
Memulihkan kulit yang kusam & kulit kering

Penyegar yang menyenangkan dan mengembalikan serta memulihkan penghidratan bagi kulit kusam, iaitu Klairs Supple Preparation Toner. Toner ini mampu memberi penghidratan dan menenangkan kulit yang sensitif serta membersihkan tekstur kulit wajah untuk menjadi licin, dalam masa yang sama mengimbangkan suhu PH kulit dalam keadaan optimal.
4. MIZON Dust Clean Up AHA Daily Peeling Toner
Toner exfoliating terbaik

MIZON Dust Clean Up AHA Daily Peeling Toner merupakan penyegar harian yang membersihkan kulit wajah secara lembut dari kulit mati. Produk ini diformulasikan dengan AHA yang mampu menghilangkan kulit mati secara berkesan dan melembutkan kulit yang kasar.
5. Benton Aloe BHA Skin Toner
Toner Korea yang murah dan tanpa alkohol

Benton Aloe BHA Skin Toner ini diformulasikan dengan bahan-bahan natural yang tidak mengandungi alkohol. Sodium Hyaluronate dan Glycerin sayuran membantu untuk memberikan kelembapan pada kulit. Kandungan BHA Aloe Vera mampu menyingkirkan Blackhead dan kulit mati. Aloe Vera juga mampu untuk mengecilkan liang-liang pori.
Terbaik untuk mengecilkan pori
6. Etude House Wonder Pore Freshner Toner
Terbaik untuk mengecilkan pori

Etude House Wonder Pore Freshner Toner ini merupakan penyelesaian bagi mereka yang mempunyai masalah liang-liang pori. Toner ini sangat berkesan untuk membersihkan sehingga ke dalam liang-liang pori kulit wajah dan luar dengan esktrak peppermint. Malah, mampu memberikan kelembutan pada kulit wajah seperti kulit bayi dan mencegah kulit dari sebarang masalah pH tidak seimbang.
Selain itu, ia juga sangat bagus bagi membersihkan kulit secara mendalam, mengawal sebum, mengecilkan liang-liang pori, untuk mendapatkan kulit yang bersih dan lembab.
7. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion
Toner yang mempunyai dual fungsi

Penyegar yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 ini mengandungi bahan seperti hatomugi, houttuynia cordata dan bunga chamomile yang membantu melawan kerosakan kulit, kulit kemerahan dan menenangkan kulit yang iritasi. Selain itu, ia turut membantu memberi kelembapan pada kulit wajah agar kulit kekal lembut dan licin.
Anda tidak perlu risau tentang penyegar ini kerana ia bebas dari bahan wangian, pewarna dan minyak mineral. Cuba penyegar ini untuk mendapatkan kulit yang licin berseri.
8. SYAHIRAH Korean Secret Hydrasoft
Toner memenuhi keperluan dan bajet

Penyegar wajah tanpa alkohol dengan bahan kandungan yang diimport khas daripada Korea ini bukan sahaja membantu memberi 3 kali ganda hidrasi pada wajah, malah ianya juga membantu mengecilkan liang pori supaya dapat mengawal pengeluaran sebum dan minyak. Kulit wajah juga anda berasa segar dan bermaya dengan memudahkan penyerapan produk selanjutnya.
Siapa saja yang tidak suka dengan produk berkualiti setaraf produk Korea namun berharga rendah seperti ini!
9. Nano White Refining Treatment Toner
Kulit bebas minyak dan jerawat

Toner ini membantu mengecilkan liang dan menghilangkan sebum yang berlebihan. Ia mempunyai omega putih-C, allantoin, ekstrak jeruk, ekstrak lemon dan ekstrak bilberry untuk mengimbangi dan menghidrat kulit. Ia juga mengandungi witch hazel yang berfungsi sebagai astringen bagi meminimumkan liang-liang dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Memastikan kulit bebas minyak dan menghindari kulit dari jerawat.
10. Nature Republic Bee Venom Toner
Mudah menyerap dan tidak melekit

Toner bee venom ini digunakan selepas pembersihan untuk membuang sebarang sisa lebihan dan kotoran pada wajah yang boleh menyumbat liang-liang pori anda. Toner ini akan membantu mengawal sebum, kulit berminyak dan kulit bermasalah agar kulit lebih sihat. Toner ini juga sesuai bagi yang berkulit sensitif kerana fungsinya untuk merawat pori-pori dan membuang sel kulit mati di wajah. Formulasi air glasier (mineral, oksigen aktif) mampu melindungi kulit daripada persekitaran yang berbahaya dan memastikan tiada minyak berlebihan pada kulit wajah. Toner yang pasti disukai oleh anda kerana ia jenis air yang menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan tidak melekit.
Sumber: productnation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

