Ibu Bapa Adalah Segalanya! Lepas Benam Sepanyol 3-0, Achraf Hakimi Berlari ‘Cium’ Ibu Raikan Kemenangan

Share

Pernah memaklumkan bahawa seluruh karier bola sepaknya didedikasikan khas buat kedua orang tuanya, malah pemain bola sepak pertahanan kanan pasukan Paris Saint-Germain (PSG) FC Achraf Hakimi telah membuktikan kemampuannya apabila berjaya menjaringkan gol dalam penalti penentuan Morocco menentang Sepanyol.

Kejayaan sepakan penalti itu sekaligus menewaskan pasukan gergasi Eropah, dengan skor 3-0 serta melayakkan Morocco ke suku akhir Piala Dunia dalam detik penuh bersejarah itu.

Terus Berlari Cium Ibu Untuk Raikan Kejayaan

Seperti yang dilakukan bagi setiap kejayaan yang diperolehnya sebelum ini, sebaik sahaja menjaringkan gol.

Achraf dengan pantas berlari kearah ibunya dan mengucup bibir ‘syurga’ yang duduk di kerusi penonton untuk meraikan kemenangan bersama pada perlawanan awal pagi tadi.

Artikel berkaitan: “Duit Boleh Di Cari, Ibu Tiada Ganti” – Chef Wan Tolak Tawaran Travelog Luar Negara, Fokus Jaga Kesihatan Cik Ani

“Ibu saya membersihkan rumah dan bapa saya adalah peniaga jalanan. Kami berasal dari keluarga sederhana yang bersusah payah mencari rezeki.

“Hari ini saya berjuang untuk ibu bapa saya. Mereka banyak berkorban untuk saya,” kata Achraf Hakimi lapor Bundesliga.

Menurut Achraf kedua ibu bapa merupakan tulang belakang utama yang menyokong kariernya sebagai seorang pemain bola sepak.

Jelasnya lagi, kedua ibu bapanya telah banyak melakukan pengorbanan dalam kehidupan mereka semata-mata demi melihat dirinya berjaya.

Untuk rekod, Achraf Hakimi dibesarkan di jalanan Madrid sebelum berjaya memasuki akademi Real Madrid.

Walaupun layak bermain bagi pasukan Sepanyol namun Achraf memilih untuk bermain dalam pasukan negara kelahiran kedua orang tuanya iaitu Morocco.

Pemain muda berusia 24 tahun itu telah pun bermain untuk banyak kelab terkemuka dunia dan dianggap sebagai salah seorang pemain bek kanan terbaik di dunia.

Sumber: Instagram Achraf Hakimi

Artikel berkaitan: Mak Salmah Dijangkiti Covid-19, Siti Nurhaliza Lega Ibu Hanya Bergejala Ringan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir