Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.
Oleh itu berhati-hatilah ibu bapa ketika berbicara. Setiap butiran yang keluar dari mulut kita biarlah yang baik-baik sahaja. Usah menuturkan butir-butir kata yang buruk pada anak-anak. Berkatalah yang baik-baik sahaja supaya kerana apa sahaja yang keluar dari mulut anak-anak kita ialah doa.
Walaupun sedang marah, istighfar dan ingatlah pada Allah. Anak-anak adalaha amanah Allah kepada kita. Sebagai ibu bapa sepatutnya kita mendokan kesejahteraan anak-anak bukan sebaliknya.
Jangan diikutkan perasaan amarah kerana kelak membawa kekesalan.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
JANGAN TIKAM BELAKANG ANAK-ANAK DENGAN DOA KEBURUKAN
Ada seorang lelaki bertemu Abdullah bin Mubarak mengadukan sikap durhaka anaknya. Abdullah bin Mubarak bertanya “Apakah engkau telah mendoakan keburukan atasnya?” Dia menjawab, “Ya! Benar”. Lantas Abdullah berkata, “Kalau begitu engkau telah memusnahkannya”.
Doa ibu ayah mustajab, ibarat senjata canggih yang mantap, bila salah guna akan merana, bila betul caranya akan terhijab nikmatnya.
Jika anak menyakiti hati kita, biadap dan kurang prihatin walaupun sakit di hati pujuklah hati sendiri. Sebelum mendoakan dia ampunkan dulu segala kesalahan anak. Tarik nafas berulang kali, jangan tarik muka! Cepat kedut nanti.
Selepas memaafkan anak cepat-cepat doakan anak kita agar dia sedar silapnya, diberi kekuatan untuk mentaati ibubapanya. Mohon Allah ampunkan dosa anak kita tu.
Kalau nak doa keburukan buat anak memang boleh tapi percayalah ‘badi’ buruk tu akan terkena kita juga! Bila susah anak tu akan cari kita juga, dia mengadukan nasibnya lah, minta pinjam duitlah, minta bantuan kita lagi dan lagi akhirnya kita sendiri yang sakit jantung mengenangkan masalah dia.
Semoga Allah bantu kita untuk mudah maafkan anak, bersabar dengan mereka dan mendoakan mereka memperolehi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.
Dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Sumber kredit: Ustazah Isfadiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI