Haiwan sembelihan yang boleh dijadikan korban ialah lembu, kambing, biri-biri dan unta. Haiwan tersebut sama ada jantan atau betina atau yang telah dikasi.
Haiwan korban mestilah dipilih daripada yang terbaik dan tiada cacat cela berdasarkan hadis sahih daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أربعٌ لا تجوزُ في الأضاحي العوراءُ البيِّنُ عَوَرُها والمريضةُ البيِّنُ مرَضُها والعرجاءُ البيِّنُ ظَلَعُها والكسيرةُ التي لا تُنقِي
Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban ialah yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya”. Riwayat Abu Daud (2802)
Para ulama bersepakat bahawa digalakkan mencari yang terbaik dan sempurna dalam pemilhan haiwan korban. Mereka juga bersepakat bahawa kecacatan yang disebut di dalam hadis di atas atau lebih teruk dari keempat-empat kecacatan tersebut tidak sah untuk dijadikan binatang korban (Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/120)
Jika di Malaysia, ramai yang sudah tahu bagaimana proses sembelihan korban dilakukan. Lalu bagaimana pula di negara-negara lain? Melalui coretan Zunita Ramli dilaman facebooknya, yang kini menetap di Jepun, wanita ini berkongsi prosedur proses korban di sana.
Pernah terfikir tak macam mana ibadah korban sembelihan dilakukan di Jepun? Di Jepun, sembelihan binatang tak boleh dibuat sembarangan ya. Ada prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sebab di Jepun ada satu undang-undang yang dinamakan “The Slaughterhouse Law“ atau Undang-undang Rumah Sembelih.
Undang-undang ini memperuntukkan bahawa setiap haiwan yang ingin disembelih mesti dilakukan di rumah sembelihan yang diiktiraf. Penyembelihan haruslah dilakukan oleh penyembelih yang diiktiraf Muslim dan kompeten dalam tugasan. Bermakna, penyembelih harus ada lesen sembelihan yang diperakui oleh badan bertauliah.
Undang-undang ini penting untuk pastikan kawasan sembelihan itu bersih dan dapat kurangkan risiko punca penyebaran penyakit. Ini juga dapat menjamin daging haiwan yang disembelih tidak tercemar dan sekaligus menjaga kesihatan orang yang menerima daging haiwan sembelihan tersebut. Penyembelih yang kompeten dan berlesen juga dapat pastikan penyembelihan dapat dilakukan dengan betul dan cermat.
Di Jepun, ada beberapa rumah sembelihan seperti di Kumamoto dan Tokushima. Di Miyazaki pula, pembinaan rumah sembelihan 100% untuk daging halal dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jepun. Manakala tiga syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM untuk lakukan sembelihan halal di Jepun adalah seperti Sanda, Zenkai Meat dan Nishiawa.
Untuk ibadah Qurban di Jepun pula, pihak pengurusan masjid atau Islamic Centre biasanya akan menguruskan dari segi urusan legal dan kelulusan dari pihak berkuasa. Di Sanda sendiri, ada lebih kurang 8 ekor lembu disembelih untuk Hari Raya Qurban tahun ini. Selain waktu korban, daging halal untuk pasaran juga melalui proses yang sama.
Di Jepun, banyak juga dilakukan ibadah korban. Ini salah satu juga oleh CICC (Chiba Islamic Culture Center).
1 bahagian – RM1.7k
Seekor lembu – RM12k
Ini bermakna, untuk sembelih sendiri binatang Qurban di parking lot atau kawasan masjid contohnya, adalah sesuatu yang salah di sisi undang-undang Jepun dan pelaku boleh didakwa.
Sumber kredit: Zunita Ramli dan Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Top image: Photo by cottonbro from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.