Tahun ini adalah satu sejarah di mana Jemaah haji hanya dalam skala kecil. Cukup bertuah insan yang menjadi tetamu Allah untuk menjalani ibadah haji dalam suasana penuh SOP dengan selesa.
Pengarah keselamatan awam Arab Saudi, Khalid bin Qarar Al-Harbi menjelaskan bahawa, bilangan jemaah dihadkan adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19. Bahkan, para jemaah yang terlibat perlu jalani ujian saringan sebelum tiba di sana dan menjalani perintah kuarantin selepas selesai menunaikan ibadah haji.
Menerusi twitter Faisal Rahim @acaiijawe perkongsian beliau suasana jemaah Haji yang berada di Mekah.
SUMBER: Twitter