‘I Will Do Anything Just To Make You Happy’- Ini Cara Elfira Loy Raikan Teman Baiknya, Bella Dally

Share

Teman baik itu sukar dicari. Kawan yang hadir waktu senang itu banyak tapi yang ada tatkala waktu susah itu sedikit bilangannya. Sebab itulah kita perlu hargai sahabat sejati ini dengan sebaiknya.

Seperti pelakon popular, Elfira Loy, dia telah menunjukkan penghargaan terhadap rakan baiknya iaitu Bella Dally melalui kejutan khas untuknya yang bakal bergelar ratu sehari tidak lama lagi.

Sweetnya El!

Luah El buat sahabat baiknya…

Saya akan lakukan apa sahaja untuk buat awak gembira. Harap awak sukakan kejutan kecil yang telah saya aturkan itu semalam. Termasuklah spa!

Doakan yang terbaik untuknya, harap segalanya berjalan lancar hingga hari itu tiba! Tidak sabar untuk melihat awak di hari istimewa nanti.

Bella juga tidak lupa menunjukkan penghargaan terhadap usaha El itu melalui gambar yang dimuat naik di laman instagramnya.

Elfira selalu memberikan usaha yang gigih dalam meraikan sesuatu sejak dari dahulu lagi. Terima kasih untuk hadiah spa dan juga makan malam. Sayang kamu.

Alahai manisnya El ni! Teringat zaman mereka berdua waktu berlakon bersama dalam drama Qalesya dulu. Moga ikatan persahabatan ini terus kekal sampai bila-bila ya!

kredit: instagram @elfiraloy @belladally

Published by
Qistina