Penyanyi yang popular dengan lagu Salahku, Yonnyboii telah selamat bergelar suami kepada suri hatinya, Nik Nazira yang juga seorang pempengaruh laman sosial.
Baru sahaja bertunang pada bulan lalu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila mereka memuat naik foto pernikahan mereka di Instagram pada malam semalam.
Jelas Nazira, mereka sebenarnya telah bernikah pada hari Sabtu yang lepas dan mahu merahsiakannya sehingga Januari akan datang namun terpaksa diumumkan lebih awal memandangkan video majlis pernikahan mereka sudah tersebar di laman TikTok.
Walaupun terpaksa melakukan persiapan dalam keadaan segera, namun mereka bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan olehNya.
Heres a story,
We got married last saturday 20/11,
Wanted to keep it a secret until January but there was a video going around tiktok about our little wedding ceremony, we tried to control that but somehow word got out so we decided to just announce our marriage. It was very last minute, got my dress done in a day, venue done in a day & even the tok kadi had to clear up his schedule in a day 😂🤍
But Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan
Saya nikahi teman baik saya!
Dear bestie, lover, wife, thank you for making me the most happiest man in the world.
Tahniah diucapakan kepada pasangan ini! Sama cantik sama padan. Didoakan moga bahtera perkahwinan ini akan kekal selamanya hingga ke syurga.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee