Liyana Jasmay, 27, penyanyi dan aktres terkenal meluahkan rasa kecewa jika ada pihak yang menjadikan hijab sebagai penghalang untuk berjaya. Menurut Liyana, sejak dia memakai hijab kira-kira setahun yang lalu, rezeki makin murah dan kehidupannya turut dipermudahkan.
Dalam pada itu menerusi perkembangan terbaru, pelakon kecil molek ini yang sudah empat tahun menimba ilmu dan pengalaman menerbitkan drama, kali ini mengorak langkah dengan bergelar produser filem lakonannya sendiri, Bella & Jamie.
Ads
Apapun, kata Liyana akui berdebar menanti feedback penonton, dia mensasarkan sekurang-kurangnya satu juta untuk filem ini. Bella dan Jamie bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia esok, 31 Januari 2019.
Filem ini menceritakan persahabatan antara dua gadis, Bella dan Jamie apabila hubungan mereka lebih erat selepas mendapat tahu bapa mereka merancang untuk berkahwin.
Ads
Walaubagaimanapun, keakraban mereka menjadi keruh apabila Bella mendapati Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.
Sedikit trivia mengenai filem Bella & Jamie, ini adalah gandingan kedua bagi Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Izzue Islam.
Mereka pernah bergandingan bersama pada pertama kali untuk telemovie bertajuk SI TUDUNG TWEET, projek pertama yang diterbitkan oleh produksi miliknya yang ditubuhkan bersama kakak beliau, Edriana Jasmay iatu Mermaid Studios pada tahun 2011.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah bossbukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.
Nama Sari Yanti tidak perlu diperkenalkan lagi. Figura genit yang memiliki keanggunan yang menawan kalbu serta senyuman yang mampu mencairkan hati setiap mata yang memandang.
Rasanya masih belum terlambat untuk admin ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Sari Yanti. Semoga sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping keluarga tercinta.
Seperti yang kita semua tahu, Sari Yanti telah pun berhijab sekitar Jun yang lalu. Admin akui, Sari Yanti kelihatan sungguh ayu dan manis apabila mengenakan hijab.
Gemar Gaya Yang Simple
Menyentuh tentang gaya ikatan tudung yang digemarinya, Sari akui dia selesa mengenakan gaya yang ringkas tetapi kemas. Menurutnya lagi, antara warna tudung yang disukai adalah warna coklat dan kelabu.
Tambahan pula dia sering membawa watak yang memerlukan dia untuk berhijab dan itu menguatkan lagi niatnya untuk berhijab. Sejujujurnya, Sari katakan niat berhijab itu datang sendiri tanpa paksaan.
Jep Ingat Sari Bertudung Kerana Bulan Ramadan
Kini, Sari lebih selesa berhijab. Tambahan pula suaminya, Jep Sepahtu juga menggalakkan Sari untuk berhijab.
Yang kelakarnya, Jep tahu Sari mula berhijab seminggu selepas itu. Itu pun apabila dia nampak Sari lebih banyak menghabiskan masa bersama telefonnya.
“Sebenarnya, saya pada ketika itu sedang membalas mesej kak Fynn Jamal yang mengucapkan tahniah di atas penghijrahan saya. Pada waktu itulah baru Jep tahu yang saya sudah berhijab sepenuhnya.
Jep ingat dia bertudung sekadar menghormati bulan Ramadan. Padahal tak pernah saya bertudung hanya kerana bulan Ramadan. Pada saya, nak bertudung tu biarlah ikhlas dan jangan buka-buka lagi selepas itu.”
Perbezaan Sebelum & Selepas Berhijab
Sari akui bahawa terdapat banyak perbezaan sebelum dan selepas dia berhijab terutamanya dari segi pakaian. Banyak baju di dalam almari yang sudah tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab itu.
“Kita tidak boleh pakai apa sahaja yang kita suka selepas berhijab nie. Kena fikirkan sama ada pakaian tersebut sesuai atau tidak dengan imej berhijab saya.
Banyak benda yang saya belajar terutamanya dalam membetulkan cara hidup, semuanya ke arah gaya hidup sebagai seorang Islam.”
Suka Aura Positif Jep
“Pada saya, Jep adalah seorang yang mempunyai aura yang positif. Jarang saya lihat Jep bersikap negatif dan sekali gus buat saya juga mahu jadi seorang yang positif.
Selain itu, Jep juga seorang ketua yang bagus. Walaupun dia seorang pelawak, dia seorang lelaki yang tegas.
Kalau nak tahu, Jep juga sebenarnya seorang yang pemalu. Apa yang anda lihat pada kaca televisyen tidak sama dengan realiti. Itu membuatkan saya lagi tertarik dengan Jep.”
Doakan Kami Punya Zuriat Bersama
Ditanya mengenai anak bersama Jep, Sari Yanti amat teruja dan berharap akan memperoleh zuriat bersama Jep satu hari nanti. Sari juga berharap agar para peminat di luar sana mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata cepat-cepat.
Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.
Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini. Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.
“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.
Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.
Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...