Hukum Wanita Ternampak Aurat Kaki Ketika Berada Di Luar? Sah Atau Tidak?

Share

Kaki terselak daripada baju dan orang lelaki ternampak tidak boleh ya! Pernah tak anda terfikir sama ada memakai sarung kaki atau stokin buat para wanita Islam itu hukumnya wajib atau tidak? Sebagai seorang Muslimah semestinya aurat itu sangat penting dan anda perlu menjaganya. Apa pula hukum buat wanita yang sengaja untuk memakai penutup kaki?

Seperti yang anda tahu, aurat wanita Islam adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Allah juga pernah bersabda kepada Nabi bahawa hendaklah wanita menutup seluruh tubuh mereka. Seperti yang anda tahu, wanita Islam perlu menutup aurat saat dia sudah haid (akil baligh) dan sedikit pun tidak boleh terlihat pada dirinya melainkan wajah dan kedua telapak tangannya.

Artikel Berkaitan: Hijabi Perlu Menjaga Kebersihan Tindik. Jangan Sampai Terkena Jangkitan!

Adakah wajib untuk memakai penutup kaki?

Jadi satu masalah yang selalu terjadi buat seorang wanita Muslimah adalah saat kita berada di luar daripada kawasan rumah. Penutup kaki atau stokin kaki selalu kita lupa. Tujuannya adalah agar lelaki yang bukan mahram tidak ternampak aurat anda. Hukum wanita memakai penutup kaki adalah wajib! Menurut para ulama juga, wanita Muslimah Islam perlu menjaga aurat. Sekiranya mereka tidak menutup aurat kakinya maka ia jatuh pada hukum Haram.

Bagaimana pula buat mereka yang ternampak aurat kaki ketika solat? Jadi hukumnya adalah Haram juga. Semestinya sewaktu anda menunaikan solat, aurat sangat dititikberatkan. Sekiranya anda tidak solat menggunakan jubah, anda perlu memakai stokin agar dapat membantu menutup bahagian kaki bawah anda.

Adab menggunakan penutup kaki dalam Islam

Rupanya adab menggunakan penutup kaki juga penting. Sebagai wanita Muslimah terdapat beberapa perkara yang ada perlu ambil berat apabola memakai penutup kaki. Jika anda tidak biasa, cuba perlahan-lahan. Pasti akan boleh apabila sudah dibiasakan. Ini adalah antara adab-adab menggunakan penutup kaki di dalam islam melalui sumber laman sesawang Muslimahcenter.com:

  1. Warna penutup kaki tidak menyerupai warna kulit kaki. Ini kerana jika anda menggunakan penutup kaki yang sama warna kulit kaki akan menampakkan seperti kaki anda sendiri. Jadi, perancangan untuk menutup aurat tidak tercapai.
  2. Lebih disarankan untuk menggunakan penutup kaki atau stokin kaki yang berwarna gelap.
  3. Jangan menggunakan penutup kaki yang nipis dan tidak nampak dalam. Ini supaya ia dapat membantu tutup dengan lebih selamat.
  4. Penutup kaki yang anda gunakan kenalah tebal.

Artikel Berkaitan: “Gembira Tetapi Bimbang Jika Hatinya Tidak Kuat dan Kembali Membuka Aurat…”– Usop Gembira Nasihatnya Kepada Isteri Kini Sudah Bertudung

Akhir kata, menutup kaki buat wanita Islam hukumnya wajib dan sebagaiman ianya diperintah oleh Allah dan Rasul-Nya dalam ayat Al-Quran dan hadis. Untuk menjadi wanita Muslimah hendaklah anda bertaqwa dan sentiasa ingat untuk menutup aurat. Jadikanlah penutup kaki itu peneman buat anda. Ia agar kaki anda tetap dilindung dan dapat membantu untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: Muslimahcenter

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.