Sekarang bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran. Belum campur dengan pelbagai rekaan, ada yang instan, selendang labuh, paras dada ataupun sarung sahaja dengan menggunakan pelbagai fabrik. Sebagai perempuan memang rambang mata dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika didatangkan dengan harga promosi sungguh di luar jangkaan.
Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai mengikut syariah yang ditetapkan agama? Terutama bahagian menutup bawah dagu
yang ramai tidak ambil kisah perkara ini. Bagi mereka janji rambut ditutup sudah memadai dan dikira menutup aurat.Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya, tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar
adalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.Selain isu bawah dagu, perlu tahu cara pemakaian hijab mengikut syariat. Di sini juga disertakan 10 panduan untuk diikuti sebagai seorang wanita Muslim.