Percintaan jarak jauh sering memberikan kesukaran buat ramai pasangan di luar sana. Banyak juga kes-kes dan terputusnya hubungan kerana percintaan ‘LDR’ (Long-distance relationship).
Sis! Tak semua percintaan itu semudah 1,2, dan 3, sudah tentunya ada cara yang boleh anda rapatkan hubungan meski pun berjauhan. Jom kita cuba beberapa cara ini untuk rapatkan serta menambahkan lagi kemeriahan dalam percintaan.
Word of Affirmation (kata-kata)
Bahasa cinta atau kata-kata yang meluahkan perasaan anda kepada pasangan. Dengan ‘Love Language‘ ini, pasangan anda akan lebih rasa menghargai meski pun anda bukanlah seorang individu yang suka menunjukkan isi hati.
Ads
Kata-kata itu bukanlah sekadar ‘I love you’ tapi boleh juga dengar bertanya khabar dan cuba berkongsi pendapat jika mereka sedang hadapi masalah. Ini juga akan merapatkan lagi hubungan serta toleransi anda dalam satu perhubungan.
Act of Service(Layanan)
Berbeza sedikit dari ‘Word of Affirmation‘, Layanan atau ‘Act of Service’ merupakan satu layanan anda kepada pasangan secara spontan tanpa mereka ketahui. Ini merupakan satu elemen yang ramai gemar kerana sifat keterujaan dan ingin tahu.
Boleh sahaja anda berikan sesuatu barangan atas talian seperti hadiah atau apa-apa buat pasangan anda. Boleh juga memesan makanan untuk mereka yang membuatkan pasangan anda lebih rasa di hargai.
Perhubungan jarak jauh sudah tentu mempunyai perbezaan masa yang ketara. Sebagai contoh, pasangan anda lebih banyak masa terluang ketika siang, anda pula lebih banyak masa ketika waktu malam.
Ads
Jadi, cuba luangkan masa yang walaupun singkat dengan sepenuh hati anda bersama pasangan. Dari situ, anda lebih memahami konsep masa yang terluang itu dengan lebih bermakna dan manfaat.
Kulit wajah yang kusam akan membuatkan penampilan wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Wajah akan kelihatan tidak berseri walaupun mampu ‘disorok’ dengan solekan yang tebal.
Persoalanya, sampai bila nak bergantung kepada solekan semata? Justeru, penting untuk anda merawat dan menjaga kesihatan kulit wajah, barulah apabila disolek, seri wajah terserlah.
Di sini Hijabista kongsikan satu cara, khusus untuk mereka yang mahu merawat dan mengatasi pelbagai masalah kulit yang dihadapi wanita khususnya Hijabi!
Ambil Tahu Masalah Kulit Dan Cara Merawatnya!
Kebanyakkan produk kulit, boleh didapati di drugstore. Tetapi untuk memilih produk asas perawatan kulit wajah, pertama anda perlu tahu jenis dan masalah kulit yang dihadapi. Kemudian, barulah boleh memilih produk yang bersesuaian.
Tapi dengan adanya rangkaian Dermistry+ Concentrate Booster Serum hijabi tidak perlu gusar lagi! Ini kerana, Dermistry+ adalah pakar dalam pembuatan serum yang membantu menyelesaikan pelbagai jenis masalah kulit.
Lebih menarik lagi, Dermistry+ juga digelar sebagai ‘pakar serum’, telah mencipta rangkaian serum untuk membantu anda mengatasi pelbagai masalah kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, bintik-bintik hitam dan parut jerawat! Nama ‘Dermistry’ berasal daripada “Dermatologi dan Chemistry”, mencerminkan tumpuan jenama pada sains kulit dan gabungan ramuan yang mujarab, manakala moto ‘Pakar Serum’ menggambarkan formulasi langsung dan tepat jenama itu.
Paling bagus sekali apabila Dermistry+ disokong oleh piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto, memastikan penggunaan kepekatan tinggi bahan selamat dalam kadar optimum. Komitmen jenama kepada pendekatan penjagaan kulit yang bersih dan minimalis menawarkan dos yang tepat, menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.
Mesti hijabi tertanya-tanya apa yang membezakan rangkaian Dermistry+ Concentrate Booster Serum dengan serum lain di pasaran? Banyak sangat bezanya sis! Bak kata pepatah ibarat langit dengan bumi.
Menariknya, Dermistry+ Concentrate Booster Serum direka khas untuk menembus jauh ke dalam lapisan kulit, sekaligus memberikan anda hasil klinikal jauh lebih berkesan dalam merawat masalah kulit yang dihadapi.
Dermistry+ Concentrate Booster Serum bebas pewangi, alkohol, pewarna, minyak mineral, silikon dan paraben. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Justeru, dengan menggunakan Demistry+ kulit sis akan sentiasa dilindungi!
Dermistry+ Ultra illuminating Concentrate Brightening Booster Serum Diuji Secara Klinikal, Dijamin Selamat Dan Berkesan!
Terdapat lima varian untuk dipilih daripada Dermistry+. tetapi produk utama ialah Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum.
Jika anda mempunyai tona kulit yang kusam dan tidak sekata, bintik-bintik gelap dan tanda jerawat. Produk ini mengandungi bahan aktif dos yang tepat yang boleh menyasarkan dan menyelesaikan masalah kulit anda dengan berkesan.
Dalam sebotol Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum mengandungi bahan aktif seperti:
0.1% Retinol – Memperbaiki kulit kusam dan kasar, meremajakan kulit agar kulit satu tona lebih cerah berseri
5% Niacinamide – Mengandungi bahan-bahan pencerah yang berkesan untuk memudarkan parut jerawat serta bintik hitam.
5% Vitamin C – Anti-oksidan yang tinggi mampu menembusi lapisan kulit dengan segera, mencerahkan dan meningkatkan keserian kulit secara semulajadi.
Keputusan Ujian Klinikal:
87% Mencerahkan tona kulit
87% Mengurangkan Garis Halus & Kedutan
Selepas 14 hari, berkesan mengurangkan panjang kaki gagak sehingga 7.76%
Senang cerita, dalam sebotol serum keluaran Dermistry+ ni bukan sahaja merawat masalah kulit, tapi mengandungi pelbagai manfaat untuk melindungi kulit. Reka bentuk pembungkusan Dermistry+ juga amat estetik, saintifik dan bersih.
Fuhhh! Memang rugi betul kalau Hijabi tak dapatkan Dermistry+ Concentrate Booster Serum ni tau! Dah la banyak manfaat untuk rawat masalah kulit. Harganya pun cukup berbaloi sis!
Rangkaian Dermistry+ Concentrate Booster Serum ini boleh didapati di farmasi Watson atau aplikasi beli belah Lazada dan Shopee pada harga serendah RM 90 sahaja! Untuk maklumat lanjut, sila layari Dermistry
Mencari sepasang kaca mata bukan mudah apatah lagi jika anda berhijab. Elak tudung kembang dan gaya serba tak kena sepanjang hari bahkan sepanjang waktu pemakaian, perlu perhatikan beberapa ciri-ciri ini.
Bentuk muka
Bentuk muka memainkan peranan yang besar di mana bingkai cermin mata akan kelihatan menarik pada anda. Untuk menentukan bentuk muka anda dan gaya cermin mata yang akan kelihatan terbaik, tarik rambut anda dari muka anda dan lihat terus ke cermin. Lihat dengan teliti bentuk dan kontur keseluruhan muka dan kepala anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Berikut ialah tujuh bentuk muka utama dan jenis bingkai cermin mata yang kelihatan terbaik pada setiap bentuk:
Bentuk muka bujur
Bentuk muka bujur dianggap ideal kerana perkadarannya yang seimbang. Untuk mengekalkan keseimbangan semula jadi bentuk muka bujur, cari bingkai cermin mata yang selebar (atau lebih lebar daripada) bahagian terluas muka anda. Bingkai berbentuk walnut yang tidak terlalu dalam atau sempit adalah pilihan yang sangat baik.
Muka berbentuk hati
Muka berbentuk hati mempunyai sepertiga atas yang lebar dan sepertiga bawah yang sempit. Untuk mengurangkan lebar jelas bahagian atas muka, pilih bentuk bingkai yang lebih lebar di bahagian bawah. Bingkai nipis, berwarna terang dan bingkai tanpa bingkai yang mempunyai penampilan yang terang dan lapang juga merupakan pilihan yang baik.
Bentuk muka bujur
Bentuk muka bujur lebih panjang daripada lebar dan mempunyai garis pipi yang panjang dan lurus. Untuk menjadikan muka bujur kelihatan lebih pendek dan lebih seimbang, cuba bingkai yang mempunyai lebih dalam daripada lebar. Bingkai dengan hiasan atau kontras juga menambah lebar pada muka.
Bentuk muka persegi
Bentuk muka segi empat sama mempunyai rahang yang kuat dan dahi yang luas, dan lebar dan panjang muka mempunyai perkadaran yang hampir sama. Untuk menjadikan muka persegi kelihatan lebih panjang dan melembutkan sudutnya, cuba gaya bingkai sempit, bingkai yang mempunyai lebih lebar daripada kedalaman dan bujur sempit.
Bentuk muka berlian
Wajah berbentuk berlian adalah sempit di dahi dan garis rahang, dan mempunyai tulang pipi yang luas yang mungkin tinggi dan dramatik. Untuk menyerlahkan mata dan melembutkan tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai garis kening yang terperinci atau tersendiri. Cermin mata dan bingkai tanpa bingkai dengan bentuk bujur atau mata kucing juga boleh menjadi pilihan yang baik.
Bentuk muka bulat
Bentuk muka bulat mempunyai garis melengkung dengan lebar dan panjang dalam perkadaran yang sama dan tiada sudut. Untuk menjadikan muka bulat kelihatan lebih kurus dan lebih panjang, cuba bingkai cermin mata sempit bersudut untuk memanjangkan muka. Bingkai segi empat tepat yang lebar juga boleh menjadi pilihan yang baik.
Segitiga asas-bawah
Bentuk muka segi tiga asas ke bawah mempunyai dahi yang sempit dan melebar di kawasan pipi dan dagu. Untuk menambah lebar dan menekankan sepertiga bahagian atas muka yang sempit, cuba bingkai yang banyak beraksen dengan warna dan perincian pada bahagian atas (dahi) bingkai. Bingkai dengan bentuk mata kucing juga kelihatan bagus pada bentuk muka segi tiga asas ke bawah.
Tona kulit dan warna mata
Apabila memilih cermin mata, bentuk muka bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan bingkai mana yang paling sesuai untuk anda, warna kulit, warna mata dan warna rambut anda juga memainkan peranan penting. Cermin mata terbaik akan melengkapkan warna muka, mata dan rambut anda.
Warna kulit
Tidak kira warna kulit anda, ton kulit dikategorikan sama ada “sejuk” atau “hangat.” Kulit yang sejuk mempunyai rona biru atau merah jambu, dan kulit yang hangat mempunyai “pic dan krim” atau warna kuning. Kulit zaitun dianggap sejuk kerana ia adalah campuran biru dan kuning.
Warna mata
Warna mata biasanya merupakan elemen sekunder dalam menentukan pewarnaan anda kerana banyak variasi warna mata. Sebagai contoh, mata biru boleh terdiri daripada warna sejuk hampir ungu kepada kelabu biru pucat yang hangat. Mata coklat boleh berbeza-beza daripada naungan cider terang (hangat) melalui coklat sederhana hingga hitam sejuk.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Benar kata peribahasa, bapa borek anak rintik. Siapa yang tidak terhibur apabila melihat keletah mesra anak dan bapa ini menghiasi ruang di laman sosial. Pasti ada yang tersenyum teringat akan bapa sendiri.
Baru-baru ini, salah seorang penyanyi dari kumpulan De Fam, Cik Manggis memuat naik sebuah videonya menyanyi sambil ayahnya memetik gitar elektrik. Ayahnya yang dikenali sebagai Shamsuddin Idris kelihatan segak bergaya sambil memetik gitar irama lagu Tak Mengapa dari Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Tampak santai sambil berkain pelikat, video yang dimuat naik ini mendapat tumpuan ramai serta membuatkan netizen terhibur melihat kemesraan mereka berdua.Cik Manggis atau nama sebenar, Nurshazwani Shamsuddin juga tampak bersahaja mendendangkan lagu tersebut.
Oleh kerana videonya berdurasi pendek, ramai juga yang mahukan versi yang penuh! Ha! Nampak gayanya Cik Manggis kena buat video yang baru lah ya!
ala, nyanyi sampai habis la!
Ada juga yang mengatakan wajah ayahnya seakan-akan mirip wajah suaminya! Wah! Betul ke ni?
Ayah akak ke? Muka sama la dengan ayah akak.
Team Hijabista juga turut terhibur dengan video pendek dari Cik Manggis itu. Kami doakan ayah Cik Manggis dipanjangkan umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah Amin YRB.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...