HUAWEI Share: Pelbagai Kemungkinan & Kemudahan Dengan Hanya Satu Tap!

Share

1+8+N

1- Telefon pintar

8- Komputer riba, tablet, TV pintar, kaca mata, jam, kereta, pembesar suara

N- Perjalanan yang mudah, pejabat bergerak, smart home, kecergasan dan kesihatan, hiburan

Inilah yang dapat dilakukan oleh HUAWEI P40 Pro + hanya dengan satu tap:

1. * komputer riba HUAWEI

One Tap Share antara komputer riba dan telefon pintar boleh dilakukan dengan hanya klik telefon pintar anda pada label HUAWEI Share di komputer riba. Telefon pintar HUAWEI dapat dihubungkan dengan komputer riba HUAWEI dan bukan hanya berkongsi data antara telefon pintar dan komputer riba, malah skrin telefon pintar anda dapat ditampilkan di skrin komputer riba.

Anda boleh memindahkan fail antara telefon pintar dan komputer riba melalui tetikus dan papan kekunci. Sekiranya anda menggunakan HUAWEI Matebook X Pro, anda boleh melakukan fungsi tarik dan lepas terus pada skrin sentuh komputer riba dengan jari. Jadi, anda tidak perlu lagi mencari kabel untuk menyambungkan telefon pintar HUAWEI anda dengan komputer riba.

2. **HUAWEI Smart TV

Apabila anda ingin menyambungkan telefon pintar anda ke TV, hidupkan NFC pada telefon pintar anda dan klik telefon anda pada label HUAWEI Share pada alat kawalan jauh TV. Anda akan dapat saksikan skrin telefon pintar anda ditayangkan di TV. Berbanding dengan cara kebiasaannya, operasi ini jauh lebih mudah dan pantas.

** tidak terdapat di Malaysia

3.HUAWEI MatePad Pro

Sama seperti komputer riba Huawei, Huawei MatePad Pro mempunyai fungsi kolaborasi pelbagai skrin. Telefon pintar boleh dikendalikan pada MatePad Pro, yang mana membolehkan dua cara ‘drag and drop’ gambar, video dan fail antara telefon pintar dan tablet, menjadikan kerja anda lebih efisien.

Untuk melakukan kolaborasi pelbagai skrin, hidupkan fungsi NFC pada telefon pintar HUAWEI dan dengan hanya satu sentuhan pada kekunci Shift papan kekunci untuk memprojekkan skrin telefon pintar di MatePad Pro.

4. HUAWEI Sound X

Huawei Sound X adalah pembesar suara pintar pertama yang menyokong Hi-Res yang direka oleh Huawei dan Devialet, sebagai tambahan kepada fungsi asas pembesar suara AI Huawei.

Ia mempunyai teknologi One Tap Share, di mana anda dapat memainkan muzik di telefon pintar anda dari HUAWEI Sound X dengan hanya satu klik pada kawasan pengesan NFC di pembesar suara.

Pembesar suaranya juga mudah dikawal. Anda tidak perlu mengeluarkan telefon anda jika anda mahu memberhentikan muzik. Cukup tutup bahagian atas pembesar suara dengan telapak tangan anda sebentar.

5. HUAWEI AX3 router

Terlupa kata laluan Wi-Fi? Dengan hanya satu sentuhan pada HUAWEI AX3 router, anda dapat gabungkan  telefon pintar HUAWEI secara langsung di kawasan pengesan NFC di router tersebut dan terus boleh akses segera ke rangkaian Wi-Fi.

6. * Kereta

Kini, anda tidak perlu lagi membawa kunci kereta! Dengan telefon pintar HUAWEI, anda hanya dekatkan NFC telefon anda pada pemegang pintu kereta bagi membukanya. Untuk mengunci kereta anda, tutup pintu setelah anda keluar dan dekatkan bahagian NFC telefon berhampiran pemegang pintu kereta anda.

* hanya terdapat dalam model tertentu

Selain daripada satu sentuhan sambungan antara “1” dan “8”, HUAWEI akan terus mengerjakan hubungan antara “8”, misalnya One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan Laptop, Freebuds dan Watch GT, dan banyak lagi!

Pintar Dan Hebat Melalui Kesinambungan hubungan Dengan HUAWEI Share!

Untuk lebih info mengenai 1+8+N, layarilah:

https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/

 

Published by
Team Hijabista