Hotel Royal Plaza On Scotts dipercayai telah menjadi menjadi hotel pertama di Singapura untuk membenarkan kakitangan barisan hadapannya menutup rambut seiring dengan kepercayaan dalam beragama.
Walaupun begitu terdapat garis panduan yang perlu diikuti. Pemakaian penutup rambut bukanlah dalam stail ikatan hijab biasa, sebaliknya hotel tersebut membenarkan pemakaian turban.
Menerusi laporan Berita Mediacorp dalam temubual mereka bersama pengurus besar hotel tersebut, keputusan untuk membenarkan pemakaian penutup kepala bagi pekerja wanita muslim yang berada dalam posisi barisan hadapan adalah satu langkah untuk menjadi masyarakat yang inklusif.
Perbincangan juga dilakukan bersama kakitangan dan pihak pegurusan hotel meminta mereka sendiri memilih corak dan warna yang diinginkan dan sebagainya. Menerusi perbincangan tersebut sebahagian besar terpulang kepada pilihan pekerja untuk memilih corak dan warna turban.
Ads
Dalam laporan itu juga Pengurus Perkhidmatan Tetamu, Cik Faralizah Abdul Rahman menyambut baik inisiatif yang dilakukan oleh majikannya. Menurutnya, “Saya pakai tudung masa saya pergi ke kerja. Jadi masa pakai uniform itu saya harus buka tudung. Dan balik saya harus pakai kembali. Jadi dalam tempoh (bekerja) itu, saya rasa kurang selesa terutama sekali macam sudah biasa tutup kepala, tutup rambut semua kan.”
Tambahnya lagi selain menutup kepala menggunakan turban, majikan juga membenarkan pemakaian baju turtleneck oleh itu tidaklah leher menjadi terlalu terdedah.
Untuk pengetahuan pembaca, bermula 1 November 2021, kerajaan Singapura telah membenarkan jururawat beragama Islam untuk memakai hijab sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka. Kebenaran tersebut disambut baik ramai terutamanya golongan Muslimah.
Dalam satu sumber, sejak hari pertama dibenarkan berhijab, stok tudung yang dikeluarkan oleh SingHealth kehabisan stok akibat sambutan yang hangat.
Ads
Perubahan ini merupakan satu usaha untuk menjadikan sektor pekerjaan bersifat lebih inklusif tanpa mendiskriminasikan mana-mana individu. Namun begitu sektor perkhidmatan awam lain seperti tentera dan polis masih tidak membenarkan pemakaian hijab sebagai sebahagian uniform.
Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
7 Kepentingan Selawat Yang Ramai Terlepas Pandang
1. Ia Adalah Perintah Allah
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
2. Allah Membalas Selawat HambaNya
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
3. Membuang Kerisauan
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
4. Diampunkan Dosa
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
7. Doa Mudah Terkabul
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Hidupkan Sunnah!
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gambaran sebenar syurga telah diberikan oleh Allah SWT melalui firman-Nya di dalam al-Quran. Dikatakan tempat itu adalah tempat berehat dan tanpa penderitaan. Tidak hairanlah ramai yang mendambakan suatu hari nanti menjadi salah seorang penghuninya.
Maka surah manakah yang memberikan gambaran yang lebih tepat tentang syurga? Di sini kami meringkaskan ayat-ayatnya.
Di dunia sahaja, agak ramai yang ingin memiliki rumah yang mewah dan luas. Namun, tidak perlu bersedih jika hasrat ini tidak menjadi kenyataan. Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang bertaqwa dalam Al-Quran Surah Ali Imran Ayat 133 syurga yang seluas langit dan bumi.
“Bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Ali Imran ayat 133)
Di samping itu, pelbagai kelengkapan mewah dari perak dan kristal disediakan untuk penghuni syurga.
“Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kristal, kristal yang jernih terbuat dari perak, mereka tentukan ukurannya yang sesuai (dengan kehendak mereka).” (QS. Al-Insan ayat 15-16)
2.Syurga dipenuhi bidadari dan orang yang tetap muda
Salah satu masalah sebenar yang dihadapi oleh makhluk hidup semasa hidup di dunia ialah penuaan. Nanti di syurga sebaliknya berlaku. Orang tidak akan tua sedikit pun. Matanya malah manja dengan pandangan bidadari yang sepertinya tidak pernah terfikir oleh orang ramai.
“Dan (di surga) terdapat bidadari-bidadari yang tertutup mata dan tidak pernah dilihat oleh mata manusia sebelumnya, dan tidak pernah terpikir oleh manusia sebelumnya.” (QS. Al-Waqi’ah ayat 34-37)
“Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda yang tetap muda. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan.” (QS. Al-Insan ayat 19)
3.Syurga memiliki banyak sungai
Syurga adalah tempat di mana kita tidak berasa dahaga. Pelbagai jenis sungai akan mengalir di dalamnya. Salah satu minuman yang ada ialah anggur yang memabukkan dunia. Walau bagaimanapun, ini tidak akan berlaku apabila ia kemudiannya dimakan di syurga.
“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Di dalamnya mereka diberi perhiasan berupa gelang emas dan mutiara. Pakaian mereka di dalamnya adalah sutra.” (QS. Al-Hajj ayat 23)
“Perumpamaan (penghuni) taman surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa. Di dalamnya ada sungai-sungai yang airnya berubah rasanya, baunya, sungai-sungai dari air susu, dan sungai-sungai khamar (anggur yang tidak memabukkan) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai madu yang murni. Di dalamnya mereka memperoleh segala macam buah-buahan dan ampunan dari Allah. Samakah mereka dengan orang yang kekal dalam neraka, dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga ususnya terpotong-potong?” (QS. Muhammad ayat 15)
Syurga ditumbuhi berbagai buah-buahan
Selain dimanjakan dengan pelbagai minuman, penghuni syurga juga dimanjakan dengan pelbagai buah-buahan. Menariknya, Buah Syurga akan tumbuh tanpa henti untuk orang soleh yang tinggal di dalam untuk makan sepuas hati mereka.
“Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (QS. Ar-Ra’d ayat 35)
Syurga adalah tempat yang nyaman untuk ditinggali
Jika terpilih untuk masuk ke surga, seseorang tak akan lagi merasakan ancaman seperti saat di dunia. Hanya ada orang-orang yang beramal saleh di surga. Allah SWT menggambarkan raut wajah penghuni surga akan berseri-seri dan menjamin bahwa tidak ada siapapun yang akan menzalimi mereka.
“Siapa yang beramal soleh, baik laki-laki maupun perempuan, sedangkan dia beriman, akan masuk ke dalam surga dan tidak dizalimi sedikit pun.” (QS. An-Nisaa’ ayat 124)
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang risau apabila usia semakin meningkat mengenangkan faktor kesihatan. Begitulah yang dikongsikan oleh chef selebriti terkenal, Chef Wan, mengenai keadaannya yang dimasukkan ke pusat perubatan untuk menjalani rawatan lutut dan bahu.
InsyaAllah kedua-dua lutut dan bahu dapat berfungsi dengan baik…
Menurut perkongsian Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, terpaksa menjalani rawatan itu ekoran terjatuh sewaktu di Abu Dhabi. Sejak itu, beliau berasa tidak selesa untuk berjalan mahupun berdiri dalam keadaan yang terlalu lama.
Rawatan itu juga memerlukannya untuk menginap selama 2 malam di Hospital Gleneagles. Katanya lagi, prosedur itu dapat membantu untuk melegakan serta membantu beliau untuk berjalan dengan baik selepas itu.
“Saya akan dibius pada jam 4pm ini untuk menjalani rawatan bagi kedua-dua lutut dan bahu dibawah PRP treatment,
“Ini merupakan prosuder rawatan yang minor sahaja dan saya akan menginap di Hospital Gleneagles selama 2 malam,
“Rawatan ini akan membantu untuk memberikan keselesaan buat kedua lutut supaya senang nak bergerak pada masa akan datang!.” katanya melalui posting yang dibuat di Instagram miliknya.
Rasa seperti normal semula!
Selepas memuat naik hantaran mengenai prosedur rawatannya semalam. Kini, Chef Wan telah pun sedar dari bius, beliau berkongsi keadaannya bersama di Instagram menunjukkan dia lebih sihat dan cergas.
Meski pun masih lagi rasa sakit buat seketika, tapi beliau sudah dapat rasakan kakinya sudah beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa. Chef Wan juga boleh pulang ke rumahnya pada hari ini.
“Selepas bius beransur hilang, saya dapat rasakan bertapa sakitnya lutut dan bahu saya. Tak dapat saya bayangkan rasa yang perit!
“Saya ingin berterima kasih kepada Dr Dato Seri Zulkarnaen kerana banyak bantu memudahkan semua prosedur rawatan. Dalam beberapa jam, lutut saya sudah beransur pulih dan boleh berjalan normal.” ujarnya lagi.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...