Sedar tak sedar, sudah lebih setahun pelakon jelita dan juga suri hati kepada aktor Harris Alif iaitu Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 41 atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Ladyana tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat.
Masih segar di ingatan Hijabista, saat pertama kali pelakon itu memuat naik sekeping gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram pada Oktober tahun lalu, lantas membuatkan ramai yang teruja melihat perubahan imej ibu kepada Eviee Khadeeja itu.
Malah ketika itu, ruangan komen Intan dihujani dengan komen-komen positif ang mendoakan agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqamah dengan imej sopan berkenaan.
Intan Akui Kini Lebih Peka Dan Memilih Watak
Tampil cantik berhijab, kini penampilan Intan masih lagi menjadi tumpuan serta sorotan wargamaya hingga followers mencecah jutaan pengikut.
Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.
Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.
Intan Belajar Banyak Perkara Sejak Bergelar Ibu
Ads
Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.
“BANYAK BENDA YANG SAYA BELAJAR WALAUPUN SELAMA INI SAYA INGAT SAYA DAH TAHU, SETIAP HARI PASTI ADA BENDA BARU YANG SAYA BELAJAR. SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA.”
Untuk rekod, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA
Tidak dinafikan media sosial kini digunakan untuk menyampaikan segala maklumat berguna berkaitan kesihatan atau petua kecantikan. Salah seorang adalah perkongsian seorang gadis yang berjaya turunkan 7kg dalam masa 25 hari sahaja setelah mengamalkan menu diet yang betul. Selain itu, dia juga turut mengamalkan pengambilan air 5 liter sehari juga sedikit senaman.
Perkongsian di laman twitter menggunakan nama akauan @cenyyyy mendapat retweet sehingga 12 ribu dan ramai memuji cara gadis ini yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa cukup singkat.
Sebenarnya apa yang mendorong gadis ini mahu menurunkan berat badannya adalah kerana dia mahu melangsungkan perkahwinanya Pernah menjalani diet sebelum ini tetapi tidak menjadi.
Menu ini yang dimakan selama 23 hari. Menu hari pertama hingga keempat.
Menu hari kelima hingga hari kelapan.
Menu hari kesembilan hingga hari ke 12.
Ini pula menu hari ke 13 hingga ke 16.
Pilihan menu hari ke 17 hingga ke 20.
Menu untuk hari ke 21 hingga ke 24.
Tidak lupa breakfast, snack ringan serta makan malam. Hanya ambil nasi untuk segenggam sahaja.
Selepas pukul 7 hanya akan ambil buah-buahan seperti epal, pear ataupun jambu. Pastikan juga minum air dulu sebelum makan.
Untuk breakfast pula akan ambit roti wholemeal, teller rebus dan juga susu low fat.
25 hari pengambilan telah turun 7 kg. Turut mengamalkan senaman seperti tabata.
Jika ambil ayam pilih bahagian dada. Jangan yang bergoreng, sebaliknya bakar atau panggang sahaja.
Makan tetap lima kali sehari dan ambil nasi untuk makan tengah hari sahaja.
Selain buah, untuk snacking ambil kekacang.
Makanan yang diambil akan direbus, panggang, bakar atau sup. Jangan bergoreng.
Juga makan nasi kosong tanpa kuah untuk cepat turun berat badan.
Nasi tetap boleh makan tapi hanya segenggam sahaja.
Satu lagi sayur dan ulam-ulaman juga sangat penting. Paksa diri untuk makan.
Petua nak kenyang minum air dulu sebelum makan.
Senarai diet untuk pilihan makan malam. Boleh tukar-tukar menu di bawah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hujung minggu ini pastinya anda akan meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti. Sebagai pembuka hari anda, anda disarankan untuk mulakan dengan melakukan senaman kardio ini. Mudah sahaja sis, buat sahaja di rumah.
Senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju. Perkataan kardio adalah singkatan daripada ‘kardiovaskular’ yang bermaksud jantung. Ia memberikan memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Tambahan itu, senaman ini juga mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan membuatkan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.
Senaman kardio ini juga adalah senaman yang mudah dan boleh dilakukan tanpa alat senaman. Jom, kosongkan masa dan ruang di ruang tamu dan bersiaplah untuk berpeluh sis. Pergerakan yang telah diperincikan di bawah ini dapat disesuaikan untuk latihan pemula, jadi ianya sangatlah senang dan mudah.
Sejak daripada zaman sekolah lagi kita dah terbiasa melakukan senaman lompat bintang ni. Senaman ini merupakan senaman yang mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang ini turut dikenali sebagai jumping jacks. Senaman jenis ini meningkatkan kadar denyutan jantung dan melibatkan pergerakan seluruh anggota badan anda.
Cara melakukannya: Berdiri dengan tangan disisi, bengkokkan lutut anda sedikit kemudian lompat dan buka kaki lebih besar daripada lebar bahu anda. Pastikan tangan diangkat melebihi kepala. Setelah itu, kembali ke posisi awal dan anda boleh lakukannya secara berulang.
2. High Knees
Senaman kardio yang satu ini mudah dah tidak memakan ruang yang banyak.
Cara melakukannya: Berdiri tegak dengan tangan di sisi, kemudian angkat sebelah kaki anda ke arah dada, turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Teruskan pergerakan tersebut secara berselang-seli dan ayunkan tangan anda untuk mengimbangi pergerakan tersebut. Yang paling penting, pastikan badan anda tidak membongkok semasa mengangkat kaki.
3.Butt kicks
Senaman ini berbeza dengan high knees. High knes adalah ketika anda mengangkat lutut anda ke atas, butt kicks pula ialah apabila anda mengangkat tumit ke arah punggung anda.
Cara melakukannya: Anda perlulah berdiri tegak dengan tangan di sisi,angkat sebelah kaki anda dengan tumit mengarah ke punggung, kemudian turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Seterusnya, ulang senaman tersebut dengan bersilih ganti antara kedua kaki anda.
4. Mencangkung
Senaman ini melibatkan otot bahagian bawah badan iaitu bahagian pinggang ke bawah.
Cara melakukannya: Mulakan dengan membuka kaki anda selari dengan kelebaran bahu, bengkokkan lutut dan turun sehingga ke posisi mencangkung ataupun bertinggung. Depakan tangan anda ke hadapan untuk mengimbangi badan anda dan condongkan badan anda sedikit kehadapan.
5. Lunges dan reverse lunges
Senaman ini baik untuk otot kaki dan jantung anda.
Cara lakukannya: Mulakan dengan berdiri tegak dengan kaki berada selari dengan paras bahu. Bengkokkan kedua-dua lutut anda pada sudut 90 darjah dengan sebelah kaki dimajukan ke hadapan. Ulang pergerakan tersebut dengan memajukan kaki sebelah lagi dan ulang pergerakan tersebut. Untuk reverse lunges, anda perlu menggerakkan kaki ke belakang dan kedua-dua lutut perlu dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
6. Tumbukan (punches)
Senaman jenis ini bagus untuk bahagian atas badan terutamanya otot lengan dan jantung.
Cara lakukannya: Senaman ini hanya memerlukan anda untuk menumbuk ke hadapan seperti seorang petinju. Kalau nak dapatkan ‘feel‘ tu lagi, anda boleh lah memakai karung tinju.
7. Lateral shuffles
Senaman ini baik untuk keluasan kaki selari dengan pinggul. Lutut dan pinggang perlulah sedikit bengkok, kemudian condongkan badan sedikit ke hadapan. Angkat kaki kanan, tolak kaki kiri anda dan bergerak ke kanan sambil mengekalkan bentuk badan anda. Letakkan kaki anda bersama-sama dan menyeret ke kanan. Ulangi langkah yang sama ke sisi kiri pula.
8. Berjoging setempat
Senaman ini memerlukan ruang yang luas dan baik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Cara melakukannya: Lantunkan dengan ringan satu kaki ke satu kaki yang lain. Pada masa yang sama hayunkan tangan anda dari sisi ke sisi.
9. Arm circles
Senaman ini paling mudah dilakukan kerana ia boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Cara melakukannya: Putarkan kedua-dua belah tangan dalam pergerakan bulatan mengikut arah putaran jam dan arah lawan jam. Sekiranya anda tidak dapat membuat pergerakan bulatan yang besar, anda boleh mendepakan tangan dan melakukan pergerakan bulatan yang kecil.
Anda semua bolehlah lakukan senaman diatas dengan kerap di rumah. Sambil-sambil tengah dengar lagu atau tonton filem tu, boleh lah bersenam. Untuk pengetahuan anda, senaman kardio yang kerap dan konsisten ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit kronik serta mendapatkan tidur yang baik tau. Orang kata badan sihat, otak cerdas.
Hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Maka banyak-banyaklah berselawat dan berdoa pada hari Jumaat yang mulia ini.
Doa diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.
Anjuran Dan Perintah Memperbanyakkan Doa
Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’”
Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tiada khilaf dalam kalangan orang Islam.
Dalam agama Islam, doa bukanlah sesuatu perkara yang remeh tetapi mempunyai peranannya yang besar. Oleh sebab itu, ia sendiri dianggap sebagai ibadah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada al-Nu‘man bin Basyir bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya: “Doa itu merupakan ibadah.”
Selain itu, kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan bimbingan sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Tambahan lagi, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan.
Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam sendiri
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”
Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.
Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”
Melihat kepada hadis di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.
Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya:
Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!