Sedar tak sedar, sudah lebih setahun pelakon jelita dan juga suri hati kepada aktor Harris Alif iaitu Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 41 atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Ladyana tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat.
Masih segar di ingatan Hijabista, saat pertama kali pelakon itu memuat naik sekeping gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram pada Oktober tahun lalu, lantas membuatkan ramai yang teruja melihat perubahan imej ibu kepada Eviee Khadeeja itu.
Malah ketika itu, ruangan komen Intan dihujani dengan komen-komen positif ang mendoakan agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqamah dengan imej sopan berkenaan.
Intan Akui Kini Lebih Peka Dan Memilih Watak
Tampil cantik berhijab, kini penampilan Intan masih lagi menjadi tumpuan serta sorotan wargamaya hingga followers mencecah jutaan pengikut.
Ads
Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.
Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.
Ads
Intan Belajar Banyak Perkara Sejak Bergelar Ibu
Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.
“BANYAK BENDA YANG SAYA BELAJAR WALAUPUN SELAMA INI SAYA INGAT SAYA DAH TAHU, SETIAP HARI PASTI ADA BENDA BARU YANG SAYA BELAJAR. SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA.”
Untuk rekod, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA
Gadis ini pernah mengalami pertambahan berat badan yang agak keterlaluan. Namun dia tidak pernah berputus asa untuk cuba menguruskan badan. Hasilnya dia berjaya menurunkan berat badan daripada 98 kilogram kepada 57 kilogram dalam tempoh 6 hingga 7 bulan.
Rahsianya adalah perlu jaga pemakanan. Perlu ada kekuatan mental dan fizikal dan kena kuat dalam menahan godaan nafsu makan. Lagi satu adalah kena disipinkan diri dan kena tahu berapa untuk capai target.
Nurul Sahira Hashim yang juga seorang model sambilan ini tidak lokek berkongsi tip untuk anda yang mahu kelihatan langsing sepertinya. Ada 17 tip untuk kembali langsing dan jika dilihat, dia tidak mengenepikan perkara yang WAJIB seperti tidak skip sarapan, tetapi perlu ada caranya.
17 Tip Kembali Langsing Cara Cik Nurul Shahira
1. Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB!.
2. Tidur kena cukup.
3. Saya makan 5 ke 6 kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan banyak ya. So, perut kita tak adalah lapar.Tapi jangan sampai terlebih kalori ya.
4. Air manis, ais jangan ambil. Saya langsung tak sentuh.
5. Then, minum banyak air kosong. Minum 3 liter sehari.
6. Pagi selalu saya breakfast oat. Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.
7. Nasi nak makan boleh je. Ambil suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambil beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan akan cepat naik.
8. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih. Makan roti wholemeal sahaja. Saya ni tak suka makan nasi, tapi saya makan roti wholemeal. Roti pun karbo, jadi saya tukar nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau.
9. Jangan ambil mee atau kuetieau sebab makanan tu berminyak.
10. Boleh makan bihun saja.
11. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang saya tak ambil.
12. Kalau ikan atau ayam, saya makan yang grill atau steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan tapi jangan selalu. Seelok-eloknya kurangkan. Sebaiknya ambil yang berkuah, grill atau steam.
13. Malam makan sebelum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong.
14. Kena jogging atau exercise. Exercise tu tak kisah, tengok kat Youtube pun boleh. Seminggu dalam 2 k3 3 kali dah cukup.
15. Saya tak ambil apa-apa supplemen. Malam sebelum tidur saya ambil air green tea.
16. INGAT! Pastikan kita tahu berapa kalori makanan yang kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ya. Penjagaan kalori tu penting.
17. Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting.
KESIMPULANNYA:
Tak ada benda yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yang kita inginkan
Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh. InsyaAllah. Hope, apa yang saya kongsi ni, membantu anda semua. Apa-apa boleh tanya saya.
Kalau dah berjaya kurus, bagitahu saya ya. Buatlah gambar saya ni, sebagai pembakar semangat anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Senyuman yang menawan merupakan bonus bagi kita semua! Untuk memiliki senyuman yang menawan, salah satu faktornya ialah dengan memastikan gigi sentiasa putih bersih berseri!
Tahukah anda, penggunaan ubat gigi pemutih boleh menghakis gigi di dalam jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, kami ada alternatif semula jadi untuk anda mendapatkan gigi yang putih berseri!
Makan Makanan Rangup
Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sepert epal, lobak, saderi atau pir boleh membersihkan serta memutihkan gigi secara semula jadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik. Menggigit epal atau lobak adalah jauh lebih baik untuk gigi daripada memotongnya atau meminum jusnya.
Tambahkan Tenusu Ke Dalam Diet
Semua orang tahu, susu, keju atau yogurt adalah penyumbang kalsium dan fosforus terbaik untuk badan. Tetapi tidak ramai yang sedar, pengambilan kalsium yang cukup turut memperbaiki struktur dan keadaan gigi itu sendiri. Kalsium dan fosforus memperbaiki enamel dan menjadikan ia kuat dari akar dan cantik pada permukaannya.
Makan Lebih Strawberi
Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semula jadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Untuk menjadikannya lebih berkesan, lenyekkan strawberi dan campurkannya dengan setengah sudu serbuk penaik sebelum diletakkan di atas permukaan gigi. Biarkan selama lima minit dan lakukannya seminggu sekali.
Minum Menggunakan Straw
Setiap minuman, kecuali air masak, mampu meninggalkan kesan kepada permukaan gigi dan melunturkan warnanya. Gunakan straw setiap kali anda minum air berperisa untuk mengelak ia daripada terkena permukaan gigi anda, sekali gus untuk memelihara keputihan gigi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila berada dalam farmasi mungkin anda akan mencari hampir 100 pilihan produk dengan menatap dan membelek bahan yang sesuai pada kulit. Pada masa kini, terdapat pilihan produk untuk setiap jenis kulit, tekstur, dan rona.
Tetapi bagaimana untuk tahu yang sesuai? Ia boleh jadi satu pencarian yang berbaloi apabila apa yang dicari sangatlah berfungsi untuk kecantikan kulit. Untuk mengetahui apa produk kecantikan di farmasi, Hijabista senaraikan barangan yang juga mendapat kelulusan doktor dan juga dijual pada harga berpatutan.
Pembersih Wajah
1. Avène Extremely Gentle Cleanser Lotion: Bahan utama dalam pembersih ini ialah air musim bunga termal, yang boleh dibeli secara berasingan. Berfungsi seperti losyen berkrim, jadi ia amat sesuai untuk kulit kering.
2. Simple Cleansing Micellar Water: Penjagaan Kulit Mudah adalah satu jenama yang disarankan oleh panel kecantikan, terutamanya dalam kategori pembersihan. Micellar mengeluarkan cecair yang ringan ini berfungsi untuk menghilangkan kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit.
3.Neutrogena Oil-Free Cleansing Wipes: Dermatologi Michele Green, M.D. memberitahu tisu basah ini adalah kegemarannya dan turut berfungsi untuk menghilangkan maskara.
4. No7 Quick Thinking 4-in-1 Wipes: Penyelesaian pembersihan hypo-allergenic, on-the-go ini sempurna untuk jenis kulit sensitif.
5. Klorane Floral Water Makeup Remover: “Bahan utama untuk membersihkan solekan ini adalah dari bunga jagung, yang menenangkan, melembutkan dan sifat anti-radang,” kata ahli dermatologi Joel Schlessinger, MD. “Produk ini juga bebas daripada parabens, alkohol, dan wangi , menjadikannya cukup lembut walaupun kulit yang paling sensitif.
Anti penuaan
1. Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Serum: Produk anti-penuaan ini sangat popular. “Bukan sahaja ia mengandungi retinol bahan anti penuaan, tetapi ia juga mengandungi dimethicone, yang boleh memberikan kesan pelega segera kepada kulit,” kata Anthony Youn, M.D., pakar bedah plastik.
2. La Roche-Posay Redermic [R] Anti-Aging Concentrate Intensive:
Dr Schlessinger mengesyorkan produk ini untuk pemula anti penuan. “Rawatan ini mengandungi 0.1 peratus retinol tulen untuk menggalakkan perolehan sel dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan,” katanya. “Anda boleh menggunakan rawatan retinol ini di mana-mana di muka, termasuk di sekeliling mata dan bibir dan di dahi
3. La Roche-Posay Active C: Sebagai tambahan kepada retinol, vitamin C adalah komponen penting untuk anti penuan. Turut disarakan penggunaan serum ini pada waktu pagi di bawah pelindung matahari.
4. RoC Retinol Correxion Eye Cream: Jangan lupa penjagaan di bahagian bawah mata. Boleh juga digunakan sebagai anti penuaan.
5.Avène Retrinal 0.1 Intensive Cream: Dermatologi Heidi Waldorf, M.D mengesyorkan garis anti penuaan Avene bagi mereka yang ingin mengelak penuan tanpa kerengsaan atau kemerahan.
Kulit sensitif
1. Vanicream Moisturizing Skin Cream: “Semua produk Vanicream direka untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif,” kata Schlessinger. Vanicream adalah bebas haruman, bebas lanolin, bebas gluten, bebas formaldehida dan bebas paraben
2. La Roche-Posay Toleriane Fluide: Dermatologi mengakui ia sebagai produk terbaik untuk kulit yang sensitif, garis Toleriane ini muncul berkali-kali. Formula alergi diuji untuk memastikan keserasian dengan kulit sensitif.
3. Purpose Gentle Cleansing Wash: Pembersih ini sangat sesuai untuk kulit yang sensitif dan mereka yang menjalani rejimen penjelasan jerawat. “Secara amnya jika seseorang menggunakan beberapa produk jerawat, saya mencadangkan untuk membersihkan muka dengan lembut dari kebiasaan supaya kulit tidak kering terlalu kering,” kata Sejal Shah, M.D., seorang ahli dermatologi.
4. Albolene Moisturizing Cleanser: Jika segala-galanya seolah-olah merengsakan kulit anda, Waldorf mengesyorkan menggunakan pembersih berkrim ini dengan kain atau tisu lembut.
5. Avène TriXera Selectiose Emollient Cream: Krim ini tidak terlalu tebal seperti beberapa ekzema dan losyen kulit kering, dan Waldorf mengatakan ia selamat untuk bayi juga.
Badan
1. Dove Sensitive Skin Bar: Dove adalah salah satu produk yang paling popular di lorong produk kecantikan di farmasi. Malah ahli dermatologi menggunakannya! “Sekiranya saya tidak mempunyai Cuci Badan Dove kecil dengan saya di sebuah hotel, saya menggunakan perapi untuk mencuci,” kata Waldorf. “Sabun dan pembersih tetap kering.
2. CeraVe Hydrating Body Wash: Sama seperti pembersih ini adalah baik untuk kulit kering di muka, cuci lembut adalah sesuai untuk badan juga.
3. Aquaphor Healing Ointment: Gunakan Aquaphor untuk tempat yang sangat kering dalam rutin penjagaan kulit biasa, dan dia juga mengesyorkan salap tebal untuk pesakitnya sebagai krim ruam lampin.
5. Vaseline Petroleum Jelly: “Saya menggunakan Vaseline untuk kulit kering lebih kering di muka dan badan saya, untuk menghapuskan solek atau bulu mata palsu dalam secubit, untuk menjaga kaki saya lembut dan licin, di bibir saya, dan pada luka atau ruang yang melecet,” kata Waldorf.
2.Benzac Acne Eliminating Cleanser: Pembersih berkrim ini mempunyai dos benzoyl peroksida untuk membantu mengimbangi jenis kulit berminyak dan rawan jerawat.
3. PanOxyl 10% Acne Foaming Wash: Anda boleh menggunakan pencuci benzoyl peroksida yang kuat di muka dan badan anda untuk menghilangkan jerawat.
1. Vichy Normaderm Daily Anti-Acne Hydrating Lotion: “Ini adalah pelembap bebas minyak yang baik untuk jenis kulit biasa, gabungan, dan berminyak,” kata Schlessinger. “Sebagai manfaat tambahan, asid glikol dan LHA perlahan-lahan mengelupas untuk meminimumkan penampilan cecair, liang besar, dan bersinar.
3. Avène Cleanance Expert: Walaupun kebanyakan rawatan jerawat boleh rasa pengeringan, krim ini juga menghidratkan dan berkesan.
Rawatan Spot Jerawat
1. Neutrogena On The Spot Acne Treatment: Pakar mengatakan gel ini hebat untuk tempat jerawat yang degil. Dan beberapa ahli dermatologi yang lain juga bersetuju.
3. Bye Bye Blemish Drying Lotion: Perlu menghilangkan zit cepat? Beralih kepada rawatan cepat ini yang akan mengurangkan sekelip mata anda semalaman.
4. Burt’s Bees Natural Acne Solutions Spot Treatment: Pakar akui bahawa rawatan bekas jerawat boleh meninggalkan kulit yang kering dan gatal. Dia mengesyorkan produk ini untuk penyelesaian yang lebih lembut yang masih berfungsi.
3. CeraVe AM SPF 30: Ia penting untuk melindungi kulit sensitif dengan pelindung matahari. Formula ini adalah campuran pelindung fizikal dan kimia yang tidak akan mengganggu kulit.
5. Aveeno Positif Radiant SPF 15: Pelembap ini mempunyai bahan semula jadi seperti soya yang membantu menguruskan bintik coklat dan nada kulit yang tidak sekata.
SUMBER: SELF
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...