Roti canai merupakan sajian sarapan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira usia dan bangsa. Kalau dulu roti canai menjadi sajian khusus di waktu pagi, namun kini ia turut menjadi hidangan petang atau malam.
Roti canai yang panas, garing dan rangup menjadi pilihan penggemarnya. Sedap dimakan bersama dengan kuah dal atau kari serta pilihan pelbagai jenis sambal, sajian roti canai pastinya pilihan menu terbaik buat seisi keluarga.
Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pergerakan tentunya agak terhad. Nak lepak mamak sambil makan roti canai memang tak boleh lagi. Bagi mereka yang ‘rindu’ hendak makan roti canai, ini ada resipi mudah untuk menyediakannya.
Berikut perkongsian Babie Eyfa II
Thankyou Share Resepi Ye Nek 🥰 Cicah Dgn Kari Sardin My Mom 😘 Alhamdulillah . 🤲🏼 Nenek Dah 85 Tahun and Today Genap Birthday My Mom Yg Ke 58 🖤
1 Kg Tepung Gandum
2 sudu kecil Garam
1 Cawan Besar Air
*sedikit minyak masak
Sumber: Babie Eyfa II