Homemade Fishcake Tanpa MSG, Senang Sangat Nak Buat!

Share

Fishcake atau kek ikan selalu dijadikan rencah untuk pelbagai jenis masakan. Sebagai bahan tumisan untuk mi goreng, bihun goreng, masakan tom yam, sup dan sebagainya.

Ada juga yang gemar menikmatinya begitu sahaja dengan cara menggoreng dan kemudian dicicah bersama sos cili. Memang sedap!

Kalau beli dikedai tentulah fishcake ini ada bahan pengawet. Apa kata anda cuba buat sendiri.

HOMEMADE FISHCAKE-NO MSG

Alang alang tu kita bagi resepi sekali yek

BAHAN-BAHAN:
500g isi ikan tenggiri (buang tulang,kulit)
3/4 air ais (anggaran)
4 sb tepung ubi
2 sb tepung jagung
1 sk lada sulah
3/4 sk garam
1 sb minyak masak

CARA-CARA MEMBUAT:
#1 Kisar isi ikan sampai hancur (saya guna blender kering)

#2 Keluarkan isi ikan. Tuang air ais sikit demi sedikit. Gaul sampai sebati. Jangan terlampau lembik.

#3 Masukkan semua bahan yang lain. Gaul sebati. Uli adunan 4-5 minit (dengan tangan). Adunan memang lembik sikit dan melekat kat tangan.

#4 Lumur minyak pada permukaan dan sisi loyang. (Saya sapu sikit sangat, terpaksa potong dalam loyang ^_^)

#5 Tuang adunan dan padatkan dalam loyang. Nak bagi adunan atas licin cantik, ratakan dengan minyak sikit.

#6 Kukus 15 minit. Keluarkan dari kukusan, rehatkan 10 minit.

#7 Terbalikkan fishcake dan potong. Ikut la nak besar mana.

#8 Deep fry.

Kalau nak buat stok frozen, goreng kejap dan simpan.

Selamat mencuba.

Sumber kredit: Nur Asyikin Shokori

Published by
Norhasliza