Setiap hari kita pergi ke kerja atau hendak kemana-mana, pasti akan perasan badan kita kurang tenang dan stress. Mood di waktu pagi juga sangat mengacau fikiran kita untuk berfikir dengan positif.
Adakah anda tahu, selain mendapatkan tenaga dan kesegaran dari makanan atau mandi pagi, sebenarnya badan kita memerlukan sesuatu yang lebih dari itu. Sarapan yang utama buat badan yang sihat adalah dengan menghirup udara yang segar!
Hirup udara segar menjamin badan yang cergas
Bangun sahaja setiap pagi kita harus menghirup udara yang segar setelah membuka tingkap bilik dan melihat suasana pagi yang indah. Namun, ramai yang alpa untuk menikmati dan mengambil masa seketika untuk menghirup udara yang segar setiap pagi. Ia sangat penting kerana mampu membekalkan faedah yang bermanfaat buat tubuh badan.
Artikel berkaitan: Berhajat Nak Makan Rebus-rebus Semasa Diet? Hadamkan Dulu Perkara Yang Dikongsi Coach Kecergasan Ini
Sebenarnya terdapat beberapa faedah yang boleh di manfaatkan oleh tubuh badan kita melalui kaedah ini jika di lakukan pada setiap pagi. Ianya sangat mudah untuk menghilangkan apa-apa unsur negatif yang boleh mempengaruhi kita, sepertinya:-
#1 Mengurangkan stres
Permulaan hari anda jika dapat menghirup udara segar sangat banyak memberikan manfaat buat kesihatan fizikal dan mental. Sewaktu di awal pagi, kebanyakan gangguan bunyi dari kenderaan kurang di dengari dan ia boleh di jadikan sebagai satu terapi buat anda. Bayangkan jika kita cuba amalkan setiap pagi kaedah ini, hidup pasti akan menjadi lebih tenang dan bahagia.
#2 Stabilkan tekanan darah
Suasana yang tidak bersih dapat menjadi faktor utama dalam peningkatan tekanan darah. Oleh dengan itu, kaedah menghirup udara segar pada awal pagi dapat membekalkan oksigen yang bersih dan menyegarkan seluruh organ badan termasuk jantung dan juga boleh menstabilkan tekanan darah.
#3 Sistem imunisasi menjadi kuat
Sel darah memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi jadi dengan melakukan kaedah ini setiap pagi dapat membantu sedikit sebanyak sistem imunisasi badan. Sel darah putih pula sangat penting untuk memastikan dan membunuh bakteria dan benda asing yang berada dalam badan. Hal ini boleh memberikan sel darah putih menjadi lebih efektif dan berfungsi dengan baik.
Artikel berkaitan: “Dulu Terpaksa Berhenti Sebab…”- Minat Berbasikal Sejak Kecil, Hawa Rizwana Kekal Sihat Dan Cergas!
#4 Kesihatan paru-paru
Setiap kali kita menghirup udara dan menghembuskan nafas, ia dapat mengeluarkan gas yang tidak di perlukan oleh badan. Jadi untuk membantu badan untuk menjadi lebih sihat, hirup udara segar pada setiap pagi akan menggantikan gas yang di keluarkan oleh badan dan seterusnya menyihatkan paru-paru anda.
#5 Bekalan tenaga yang banyak
Bekalan oksigen yang mencukupi setelah menghirup udara yang segar dapat di salurkan kepada bekalan tenaga yang berganda. Organ-organ akan dapat berfungsi dan bekerja dengan lebih efektiv termasuklah otak. Oleh dengan itu, dapatlah bekalan tenaga yang sangat mencukupi untuk tempuhi seharian.
Sebagai seorang yang pentingkan penjagaan badan yang sihat dan cergas, anda perlu ambil kisah tentang diri sebelum membuat apa-apa. Kesihatan susah untuk di jaga apabila ia tercemar dengan ancaman penyakit, jadi gunakan dengan sebaik mungkin nikmat yang ada.
Sumber gambar: Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI