Himpunan Nama Lain Bagi Al-Quran Yang Perlu Kita Ketahui

Share

Al-Quran merupakan satu panduan hidup buat kita umat Islam untuk menjalani satu gaya perjalanan mengikut landasan yang benar. Ternyata, kita akui al-Quran juga menjadi perantara antara suruhan Allah SWT, pesanan Rasulullah SAW dan juga cerita teladan yang terjadi kepada kaum terdahulu.

Baginda SAW telah menerima al-Quran al-Karim menjadikannya sebagai ketua bagi para Nabi AS dan menanda sebagai mukjizat kerasulannya. Ia merupakan salah satu kalam dari Allah SWT yang di jaga sehingga ke hari akhirat.

Kelebihan al-Quran sebagai mukjizat telah di catat bahawa tiada satu makhluk pun yang mampu untuk mencipta walaupun satu potongan ayat daripada al-Quran. Menurut firman Allah SWT:

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

MaksudnyaKatakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”.

(Surah al-Isra’,88)

Nama-nama lain bagi al-Quran al-Karim

Secara lazimnya kita ketahui bahawa al-Quran adalah nama yang di sebut dan merupakan kitab terakhir yang di turunkan kepada Rasul SAW. Meski pun begitu, terdapat juga nama-nama lain yang istimewa bagi al-Quran al-Karim.

Kenapa banyak jenis nama bagi al-Quran? Menurut Laman Portal Rasmi Pejabat Wilayah Mufti, telah di perjelaskan oleh Al-Fairuz Abadi melalui kitabnya, kebanyakan nama itu menunjukkan kemuliaan bagi penamanya atau kesempurnaan dalam sesuatu perkara. Seperti terdapat pelbagai nama bagi Allah SWT yang menunjukkan lagi kebesaranNya serta kemuliaan, begitu jua nama bagi al-Quran untuk menunjukkan kesucian dan kelebihannya (Lihat Basair Zawi al-Tamyiz fi Lataif al-Kitab al-A’ziz, 1/88)

Antara nama-nama lain bagi al-Quran

Menerusi portal rasmi itu, terdapat jua pelbagai nama bagi al-Quran yang di sebut oleh sebilangan ulama melalui kitab mereka. Oleh dengan itu, di perjelaskan di sini nama yang di nyatakan oleh ulama hasil perkongsian oleh Dr. Wahbah Zuhaili melalui tafsirnya, iaitu al-Quran, al-Kittab, al-Mushaf, al-Nur dan al-Furqan. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)

  1. Al-Quran

Al-Quran merupakan perkataan yang berasal daripada قَرَأَ yang membawa maksud menghimpunkan. Kata-kata oleh Ibnu Abbas, apabila di himpunkan dan di gabungkan ia di dalam hati kamu, maka beramallah dengannya. Tertumpu kepada kitab yang di turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW sebagai tanda kenabiannya. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/30).

Firman Allah SWT:

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

(Surah al-Qiyamah, 17)

Melalui tafsiran Dr, Wahbah Zuhaili menjelaskan Jam’ahu (menghimpunkannya) dan Qiraatahu (pembacaannya). Secara umumnya perlu di ketahui, bahawa al-Quran di turunkan secara berperingkat. Apabila telah dapat di kumpulkan semuanya, ia dinamakan sebagai al-Quran. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)

Artikel berkaitan: Jurutera Berjaya Hafaz Al-Quran Dalam Tempoh 10 bulan, Hebat!

2. Al-Kitab

Dari segi bahasa, Al-Kitab bermaksudh ‘himpunan’. Dengan itu, ia di namakan al-Kitab kerana menghimpunkan pelbagai ilmu, kisah dan juga pengkhabaran. (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran

, 1/181)

Imam Fakhruddin al-Razi telah menjelaskan dalam tafsirnya bahawa al-Kitab merupakan kata terbitan seperti al-Qiam dan al-Siyam. Para ulama juga bersepakat bahawa al-Kitab membawa maksud kepada al-Quran. (Lihat Tafsir al-Razi, 2/260)

Al-Kitab dari segi istilah ulama usul bermaksud al-Quran. Ini seperti mana Firman Allah SWT:

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ

Maksudnya: dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk,

(Surah al-Nahl, 89)

3. Al-Mushaf

Dr. Wahbah Zuhaili juga menjelaskan dalam tafsirnya, al-Mushad berasal daripada perkataan ashaf bermaksud mengumpulkan al-Suhuf (lembaran). Al-Sahifah juga bermaksud lembaran kulit atau kertas yang di tulis atasnya. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menjelaskan al-Mushaf adalah nama yang di tulis pada kalam Allah SWT. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 38/5) Menurut firman Allah SWT:

فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ

Maksudnya: (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan,

(Surah Abasa, 13)

Imam al-Razi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa maksud ayat di atas adalah hal kemuliaan al-Quran dan gambaran al-Quran itu di simpan dengan sempurna di dalam (suhuf) lebaran-lembaran yang terletak di Luh al-Mahfuz yang di muliakan oleh Allah SWT dan al-Quran ini suci daripada gangguan syaitan. (Lihat Tafsir al-Razi, 31/55).

4. Al-Nur

Selain dari al-Quran, al-Nur juga merupakan nama lain yang menyingkap perkara kebenaran dan menerangkan perkara yang tidak mampu di jelas tentang halal dan haram yang memberikan penjelasan lebih yang tidak boleh di guna akal untuk berfikir. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)

Di dalam kitab Imam al-Suyuti, nama al-Nur ini di sebabkan oleh pemberian cahaya pertunjuk kepada permasalahan yang tidak jelas apabila menyoal isu halal dan haram. (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran, 1/183)

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا

Maksudnya: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

(al-Nisa’, 174)

5. Al-Furqan

Imam al-Suyuti juga menyatakan al-Furqan di sebut sebagai nama al-Quran jua kerana membezakan antara perkara benar dan batil. (Lihat al-Itqan fi Usul al-Quran, 1/183)

Selain itu, Dr Wahbah Zuhaili juga dalam kitabnya menyatakan al-Furqan ini di sebabkan al-Farq  iaitu membeza di antara al-Haq dan al-Batilal-Iman dan al-Kufr juga kebaikan dan keburukan.

(lihat al-Tafsir al-Munir, 1/15) Firman Allah SWT:

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا

Maksudnya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam

(Surah al-Furqan, 1)

Sumber info: Laman Portal Rasmi Pejabat Wilayah Mufti

Artikel berkaitan: Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee