Kali ini kami bawakan beberapa cara untuk mengempiskan perut dan kembalikan keyakinan anda. Jom kita lihat!
1. Bijirin penuh alternatif dalam pemakanan yang terbaik
Oats mempunyai kandungan protein yang tinggi, baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi gula, penyebab utama pengumpulan lemak di perut. Mengandungi phytochemicals, oat boleh membantu melindungi tubuh kita dari terkena serangan penyakit kronik seperi kanser. Apa kata kurangkan nasi sekali sekala. Cuba alternatif ini pula.
EARTH ORGANIC Regular Rolled Oats
Pengganti nasi yang mengenyangkan
Apa kata tukar nasi kepada oats? Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil whole grain seperti oats kurang mempunyai lemak yang berlebihan sebanyak 17%. Cuba kaji semula pemakanan anda. Tetapi apa salahnya sekali-sekala, cheatday!
2. Pilih snacks bukan makanan ringan
Siapa yang tidak suka makan kudap-kudapan? Tetapi tahukah anda terlampau banyak pengambilan makanan ringan tidak elok untuk kesihatan badan. Bagi anda yang mahukan perut kempis tetapi masih mahu mengunyah kudapan, pastikan pilih snacks yang berasaskan kekacang.
AMAZIN’ GRACE Antioxidant Berry Trail Mix
Snacks on-the-go yang berkhasiat
Tukar jajan anda kepada ini. Ianya mengandungi kacang Almond, Pecan, Pepitas dilengkapi dengan buah Kranberi, Bluberi, Goji Beri dan biji Koko. Kesemua bahan ini amat baik untuk kesihatan kerana ianya tinggi serat dan protein untuk diet yang seimbang. Tetapi bagi anda yang alah kepada kekacang, carilah snack serat yang bagus untuk kesihatan.
3. Kurangkan minuman tanpa bahan tambahan
Kalori dalam minuman boleh didapati dalam minuman bergas, jus yang manis dan minuman energi. Untuk perut lebih langsing, elakkan kesemua minuman ini kerana kandungan fruktos di dalamnya boleh mengakibatkan pembentukan lemak dalam perut. Pilihlah minuman seperti teh hijau yang lebih sihat. Sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
OSK Green Tea
Terbaik untuk mencegah kanser dan tumor
Minuman teh hijau kaya dengan antioksida yang baik untuk tubuh. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolisma yang akan membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Wajarlah orang Jepun menggemari minuman ini.
4. Supplemen wajib untuk seisi rumah
Mulakan amalan pengambilan fish oil untuk mendapatkan nutrisi asid lemak Omega 3 yang secukupnya untuk badan. Ianya membantu mengurangkan penggumpulan lemak pada hati dan rongga perut. Anda akan menjadi lebih sihat dan cergas sepanjang hari!
BLACKMORES Fish Oil 1000mg
Sesuai untuk diambil oleh orang dewasa – murah dan berkualiti tinggi
Fish oil ini diperbuat daripada ikan berkualiti untuk memberi anda penyerapan Omega 3 yang menyeluruh. Ianya tidak mempunyai bauan dan rasa ikan yang hanyir. Selain daripada membantu menghapus lemak degil, ianya juga membantu mengurangkan kolestrol.
5. Minum protein shake
Kita sering menganggap protein shake hanya diminum oleh orang yang pergi ke gym sahaja. Tetapi, protein shake boleh diambil oleh sesiapa sahaja terutama bagi anda yang hendak mengempiskan perut dan menurunkan berat badan. Pengambilan protein yang cukup akan menaikkan kadar metabolisma anda sekaligus mengurangkan selera makan.
Optimum Nutrition Gold Standard Whey Protein
Untuk kandungan protein yang lebih tinggi
Dilengkapi kebaikan whey protein untuk membekalkan nutrisi kepada tubuh, minuman ini boleh dijadikan meal replacement. Ianya akan membuatkan anda berasa kenyang. Minuman ini menjanjikan penyerapan 24gram protein kedalam tubuh untuk hasil slimming yang diidamkan.
6. Kurangkan level stress anda dengan sesi aromaterapi
Stress merupakan punca kebanyakan penyebab penyakit utama dan ianya selalu mengakibatkan kita makan tanpa kawalan. Ianya juga digelar sebagai stress-eating. Stres akan terjadi akibat penghasilan hormon kortisol yang boleh menaikkan selera makan. Cuba kawal stres dengan menggunakan diffuser essential oil dimana sahaja anda berada tidak kira samada di pejabat atau rumah. Jaga kesihatan suami anda dengan mengurangkan habuk kotor dan bau busuk
Muji Inspire Ultrasonic Diffuser
Diffuser terbaik untuk menenangkan stres sepanjang hari
Diffuser atau minyak essential amat terkenal dalam keberkesannya menenangkan anda yang stres akibat kerja sepanjang hari. Hanya setitis minyak essential ke dalam diffuser ini, ianya mampu bertahan sehingga 24 jam.
Lebih elok jika anda gunakannya pada waktu malam sebelum tidur. Ini kerana diffuser ini akan melepaskan aroma yang dapat membuatkan anda lebih relaks sambil memberi lembapan pada kulit.
7. Senaman yang konsisten
Perkara utama untuk mendapatkan perut yang lansing adalah senaman. Bersenam secara amnya pasti akan membuatkan tubuh kita lebih fit dan sihat. Lakukan steps senaman khas untuk mengempiskan perut seperti sit-up.
Tummy Trimmer Exercise Pedal
Alat pembantu untuk sit-up yang betul
Senaman sit-up merupakan senaman yang agak mencabar untuk dilakukan terutama bagi beginner. Dengan adanya alat ini, anda boleh mengawal pergerakan anda dan melakukan sit-up dengan betul.
8. Berbengkung
Berbengkung atau memakai corset sudah menjadi norma dalam masyarakat Melayu. Ianya menyokong otot perut sekaligus membuatkan anda makan pada kuantiti yang sedikit. Ianya terbukti apabila wanita selepas bersalin memakai bengkung untuk mendapatkan kembali bentuk badan dan perut seperti sebelum mengandung.
CAKENIS CURVE SET
Dapatkan perut yang kempis dan pinggang ramping bak kerengga
Cakenis Curve Set rahsia Hanis Zalikha tampil kekalkan bentuk badan, set bengkung didatangi dengan 3 rekaan yang sesuai ketika pantang dan selepas bersalin. Yang paling istimewa Cakenis Petite Oil, tiga kandungan aktif adalah peppermint oil, lavender oil dan rosa seed oil.
Rosa seed oil membantu melembapkan kulit dan memudarkan parut dan sesuai disapu di bahagian yang berlemak. Bahagian badan kita yang berlemak (perut/pinggul/lengan) berpotensi regang, seterusnya menghasilkan stretchmark/rekahan. Jadi sapuan Cakenis Petite Oil di kawasan berlemak bertujuan merawat kulit bahagian berlemak daripada stretchmark dan minyak ini bukan untuk memecahkan lemak. Kelebihan minyak ini jua boleh mengawal nafsu makan dengan aroma peppermint oil sendiri yang buat kita kurang selera makan.
Sumber: productnation
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI