Pemilihan makanan yang salah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan angin pada badan. Angin pada badan akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Nak sendawa, tetapi tak boleh. Mesti anda rasa stress kan?

Itu bermakna badan anda banyak angin. Sebenarnya, ada banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan badan anda dipenuhi dengan angin. Antaranya rasa lesu, letih dan tidak bertenaga. Badan pun rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh.

Kalau nak buang angin dalam badan, anda perlu elakkan daripada makan makanan yang berangin. Ada juga beberapa petua yang boleh membuang angin dalam badan.

Salah satunya adalah dengan minum susu buang angin. Resepi ini telah dikongsi oleh Rose Malinie melalui page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Ini perkongsiannya…

Selalu rasa tak sedap badan?
Kalau rasa lenguh-lenguh,sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas,kaki rasa tak selesa, sebu, tambah-tambah #makyong yang tak sedap badan tu. Badan anda mesti dipenuhi angin,mujur bukan angin helium je,kalau tak dah terbang naik ke langit.

Ads

Ni antara tanda-tanda badan banyak angin:

  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  •  Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  •  Selalu menguap/mudah mengantuk.
  •  Sukar bernafas/nafas pendek.
  •  Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

Ada tak simptom-simptom ni? Kalau ada, #ELOK sangat buat resepi ni. Selepas itu, angin kalau keluar macam belon angin pecah tu.

CARA BUAT SUSU BUANG ANGIN NI SENANG SANGAT.

Bahan-Bahan:

Ads
  • Sekotak susu (brand apa pun boleh)
  • Halia (besar ibu jari) – lebih kurang 3-4cm

Hilangkan Sengal & Lenguh Pada Badan Dengan Susu Buang Angin. Memang Sedap!

*Halia nie ikut ketahanan tekak. Kalau nak kaw kaw punya dan pedas masuk banyak sikit. Kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.

Cara-Cara:

  • Hiris halia tadi nipis-nipis. Kemudian, reneh dengan susu hingga mendidih di atas dengan api perlahan. Taraaaa sedia diminum.

Hilangkan Sengal & Lenguh Pada Badan Dengan Susu Buang Angin. Memang Sedap!

Ads

Hilangkan Sengal & Lenguh Pada Badan Dengan Susu Buang Angin. Memang Sedap!

*Seeloknye minum ketika susu masih suam dan kesan adalah serta merta, memang sendawa dan kentut non stop.

Boleh Diminum Oleh:

  • Lelaki dan wanita.
  • Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak, cukup 2–3cm je ya.

Petua ni sangat berkesan. Bila-bila pun boleh minum. Pagi ke petang ke malam ke ikut korang rasa tak selesa tu. Seminggu 2-3 kali pun okay.

Sumber: Rose Malinie via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI